Posts

Showing posts with the label Tahun Baru

Hari Pertama; Cabaran Pertama.

Image
Entri tertangguh. Sebenarnya saya nak post entri ni semalam. Dah masuk draft, tapi rasa penat dan lemau mengatasi segalanya. Almaklumlah hari pertama di tahun baru. Dan kali ke-7 menghadapinya sejak 2008 dulu. Ditambah pula, tahun ni ada sedikit perubahan dalam tahun aku mengajar. Selalunya dapat kelas tahun-tahun atas je; tahun 5/6. Tahun ni, aku sendiri mencari naha s mintak nak mengajar peringkat lebih rendah setelah sekian lama. Dan, permintaan tu dimakbulkan. Sesi pagi sekolah aku ada 4 aliran; tahun 3, 4, 5 & 6. Anggaran dalam 1200 orang. Cabaran berdepan dengan kanak-kanak lebih kecil ni menduga kemahiran mengendalikan "klien" kecil ni. Bukan tak pernah alami, pernah. Tapi masa tahun pertama di sini dulu. Tu dah lama dulu. Jadi, aku anggap ini cabaran pertama di tahun baru. Dan semoga aku diberikan kekuatan dan kesabaran yang menebal untuk bantu anak-anak ni. Ditakdirkan tahun ni aku diberikan kelas-kelas hujung untuk 2 aliran tahun yang aku ajar. Semoga...

Dua Kosong Satu Empat menginjak Dua Kosong Satu Lima.

Image
2014... Kehadiran mu dinanti penuh debaran...  Kedatangan mu disambut penuh kemeriahan...  Mengharap sinar, harapan dan senyuman...  Namun siapa sangka...  KAU menduga, KAU menguji kami penuh cabaran...  Mac 2014...  Perginya MH370 tanpa berita...  Perginya penuh tanda tanya...  Perginya tanpa meninggalkan secebis jejak... 

Sayonara 2009. Ahlan DuaPulohSepuloh.

Salam. Entry malas penghujung 2009. Sekejap lagi dah 2010. Macam 2 benda dah jadi tahun nih. Kematian, kejayaan, kedukaan. Semua dalam satu. Naik dan turun saiz. Naik dan turun emosi. Naik dan turun perjalanan hidup. Datang dan pergi sahabat dalam perjalanan hidup. Perjalanan karier yang semakin nampak onak dan duri. Suka dan duka. Pemergian Pak Long, Acik Lan dan baru 2 ni; Atuk bertemu Ilahi. Mereka sudah ada tempat di sana. Kita redha. Kejayaan. Kedukaan. Naik, turun. Jatuh dan bangun semula. Baru 1 tahun 5 bulan bergelar pendidik. Banyak lagi budak yang akan aku temui. Banyak lagi manusia akan aku tempuhi. Banyak lagi masa untuk dihabiskan. Banyak lagi perkara yang mesti dihabisi, dilalui. Kita tinggalkan 2009 dengan seribusatu kenangan dan duka. Kalau perlu, kita jadikan sempadan... Selamat Datang DuaPulohSepuloh... Semoga akan jadi lebih dari setahun sebelum. Dan insyaAllah...masa mendatang akan sentiasa memohon dariNya agar dipermudahkan. Akan sentiasa diberkati... Amiin....

Aku nak jadi seorang...

Image
Usah berbasa-basi lagi, macam orang lain aku pon ade misi untuk tahun baru ni: Antaranya ialah: Jadi seorang yang lebih baik daripada tahun lepas Jadi seorang anak yang lebih baik daripada tahun lepas Jadi seorang guru yang paling baik daripada tahun lepas Jadi seorang blogger yang budiman Jadi seorang pemegang DLSR yang kritis Jadi seorang insan yang matang dan holistik Jadi seorang Guru Tetap berbanding sandaran sekarang ni Jadi seorang kawan yang tak pernah dan takkan lupe kawan 2 nye Jadi seorang blogger yang ade domainnye sendiri berbanding tahun lepas Jadi seorang manusia yang lebih sihat minda dan fizikalnya, semakin "ringan" badannya Jadi seorang yang lebih kaya dan raya daripada tahun lepas. Jadi "dua orang" berbanding seorang tahun lepas Tu je! Ni award tahun baru oleh encik luth dan textilenye ... Terima kasih naa!

Kalau bukan hari ni, tahun depan lah!

Image
Banyak perkara yang tercoret dalam kamus hidup aku. Sepanjang 2008 ni, banyak perkara yang berlaku. Dan hampir semua tersemat rapi di dalam blog ni. Dari sini, aku mula kenal dengan ramai kawan 2 baru, kalau bulih aku sebutkan kat sini : KakJie (yang ni dah lame dulu kenal) AbahNajwa, Knizam, Adry, AbahFateh, Aan, Yonna, CikguJawe, hayad, Chi Am ( previously known as CT, haha ) Cikgu Sue, Cikgu KakLah, Cik snm, Luth, PenyuBiru, Krueger, SueAnnaJoe, Yatie dan Keyrol of Sawanila, Juelee dan Encit Leenye, KapalLayar, kak VimmyYasmin, kutaksempurna, zonaku, en_me, ecah, ien muncet, kak neezashahril, kak kuIna, Cikgu Nordee, Zuer, Cikgu 2 yang mmg semakin ramai hari demi hari, cikgu OneZaaba, cikgu TERA, zariel, benludin dan ramai lagi.... jangan kecik hati kalau aku tak sebut ye... Terima kasih! Terima kasih kerana sudi jadi pembaca selaku penasihat selaku kawan selaku pengkritik selaku pembaca senyap... Aku terlalu menghargai penglibatan secara langsung atau tidak dalam hidup aku sepan...

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun..

Image
Sama-sama kite berdoa bersempena kunjung tibanya tahun baru di dalam Kalenar Qamari atau Kalendar Islam... Bersama-samalah kita mengaminkan... Doa akhir tahun 1429 Hijriah Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah....

Menginjak Tahun...Bertambah segalanya....

Salam... Kita semua tau yang tahun 2008 bakal mengintai kita dan tahun yang lame mengundurkan diri. Aku pasti kite semua pasti mempunyai coretan dan nukilan yang diukir sepanjang hampir 365 hari yang lalu... Nak difikirkan, nak diimbas, nak dijejak semula apa yang dah berlaku bukanlah mudah dan yang pasti ia akan menjadi titik dan noda hitam putih yang mencorakkan siapa kita pada hari ini... Letih la nak berdramasastra nih... Jadi, bersempena dengan tahun baru ni berlumba² kita untuk memasang angan² aka A Z A M yang belum tentu yang tahun ini sudah termakbul semuanya... Bukan apa, dengan adanya cita², angan² atau bahasa manisnya; [A Z A M] ni pastinya membuatkan kite lebih bermotivasi untuk menuju ke arah itu. Kan....?? Sepanjang tahun 2007, aku menjalami satu ceritera hidup yang pelbagai... dari satu kerja ke satu kerja yang lain.. Dari kerani am syarikat Abah sendiri --> pelatih guru... Satu perjalanan yang sangat bermakna dan signifikasinya aku dah rasa.... Masa depannya mungkin ...