Kenapa Saya Tak Nak UPSR Mansuh...
Salam semua. Sihat? Chekgu pon semakin gemuk sihat sekarang... Almaklum laa...hati senang kut. Ikut kiraan, tak sampai pun 3 bulan lagi pelajar tahun 6 seluruh negara akan menghadapi satu hari BESAR yang MUNGKIN cukup mendebarkan mereka. Mereka akan duduk di kerusi dan meja yang diasingkan dan disusun di dalam jarak hampir 1 meter di kiri-kanan-depan-belakang meja mereka. Perasaannya; Tuhan saja yang tahu. Berdebar, seram sejuk, tak tentu hala. Masing 2 sama ada sudah bersedia atau tak, akan masuk ke dalam bilik atau dewan peperiksaan untuk "berperang" dengan soalan 2 yang telah dinukil dan dirancang untuk menguji mereka. Kadang-kala bukan pelajar sahaja yang gentar untuk menghadapinya, tapi guru 2 , ibu-bapa, guru besar malah tukang sapu sekolah pun turut merasakan gentarnya. Sekolah akan menjadi sangat hening dan bukan bingit dengan derai tawa atau hilaian suara pelajar bergurau senda. Pelajar akan duduk dan menghabiskan masa yang diperuntukkan untuk menghadapi segala du...