#ZALORAmy lagi....huhu
Lately, semakin menjadi-jadi kegilaan Online Shopping ni. Dan semuanya memang mudah dan memikat qalbu, tu yang dok order dan order... Sampaikan abah pun dok heran kenapa asyik ada saja barang deliver ke rumah.... Dia siap ingat aku buat bisnes ke ape. Cuma untuk kegunaan sendiri je ni....Sekejap je. Order hari ni, esok petang akan sampai ke rumah.... Lagipun polisi syarikat yang mudah; kalau tak berkenan boleh tukar, tu yang buat aku puas hati. Dan prosedurnya tanpa kos, lagi lah best. Cuma pergi ke Pejabat Pos untuk pos semula barang yang nak return tu. Just isi borang sikit. Bungkusan yang sering kunjung tiba kat rumah aku...