Posts

Showing posts with the label Ramadhan

Nak Raya Cepat ke Raya Lambat..?

Image
Hear Now : Selamat Hari Raya - Rafeah Buang Animasi bulan 3/4 penuh ke anak bulan Salam hari ke-24 kita berpuasa. Kurang lebih seminggu kita akan melangkah ke bulan baru, meninggalkan bulan Rahmat penuh Barakah ni. Di mana kita akan...beraya! Sedih dalam gembira. Sebab kita akan meninggalkan bulan menahan segala hawa nafsu dan lapar dahaga dan menjejakkan kaki ke bulan bermaaf 2 an... Ikut ramalan kalendar Kuda tu, kita akan beraya Ahad depan. Tapi kalau ikut perkiraan kalendar Qamari pun hari Ahad, tapi kalau kite merukyah, dan terzahir anak bulan, mungkin Sabtu boleh jadi akan kite beraya.... Kalau kat sekolah aku, cikgu-cikgi dah berpakat nak apply cuti peristiwa hari Jumaat nanti, takut 2 kalau ter-raya hari Sabtu nanti... Jenuh la kalau Jumaat baru nak cuti, esoknya dah raye... Dah la kampung nun jauh di mata, nak melayan jam lagi...Sian kat dorang... Dan sian kat aku... Apsal? Sebab aku tak merasa balik kampung cam mereka...aku ter-tinggal kat sini je ... Huhu...sedih dowh.... ...

Mari Menghabiskan Uwang Anda...

Image
Salam semua. Sebelum meneruskan entry, kita jamu mata dengan murtabak ini. Kotaknya dah dipamerkan dalam entry sebelum ni kan??? Raja Murtabak. Tebal dan penuh dengan rasa ketumbar dan herba... Harga? Teka la kalau terer... Langkah gagah seorang ibu memasuki Kompleks PKNS demi untuk berbeli-belah bersempena Hari Raya untuk diri sendiri, suami dan anak 2 nya... :P Deco keHari-Raya-an yang merias di dalam Kompleks PKNS, Shah Alam yang dah berusia lebih 3 dekad itu... Meriah sungguh.... barisan booth yg memeriahkan dan menggamit uwang anda untuk dibelanjakan... pilih biar yg berkenan di mata dan di hati...huhu deco lampu yang comey... salah satu gerai yang mempamirkan byk baju 2 yang mungkin bakal membotakkan kepala para si pengeluar uwang.. wanita gigih tadi sibuk bertawar-menawar untuk mendapatkan harga terbaik buat baju yg sangat 2 diminati oleh anak 2 bujangnya... Kalau aku, malas dan tak koser nak menawar...huhu deretan biskut raya yang masih " jual-mahal " sebab masih ...

Setelah 11 hari berpuasa, 1 hari bersekolah...

Image
Hear Now : Ramadhan Datang - Tompi Salam. Hari ni hari kembali ke sekolah. Alhamdulillah, kita dah melepasi trimester (macam mengandung pulak...) pertama bulan barakah nih. Sebenarnya aku bukan betul 2 cuti, takde la lame betol. Kalau dalam 10 hari bercuti, 3 hari aku ke sekolah; kunun 2 menabur budi kepada anak bangsa sendiri. Selebihnya cuti, kire lama jugak la ek? Dah lepas bercuti, kembalilah ke core business aku sebagai seorang pendidik, InsyaAllah... Bermulanya sekolah, maka bermula kembali aku membizikan diri, sama ada benda tu datang atau aku sendiri yang kena cari kerja tu selain kerja asas aku mengajar laaa... lihat tembolokku, lebih kempis kannn?? haha edited: (sekadar gambar hiasan) atas sebab takmo kelirukn korang... Dah lama tak jumpa kengkawan se-persekolah, mulalah, banyak jugak komentari yang aku dapat. Antaranya ialah: : Awat hang nampak cerah skit, ye laa...cerah sket... : Haaa...nampak la turun sket perut tu...almaklumlaa, bulan puasa nih kan.... : Awat ko nam...

Mangsa Kebakaran Di Bulan Ramadhan...NGERI!

Image
kebakaran adalah sesuatu yang tak dijangka. sekadar gambar hiasan ^__^ Salam Ramadhan semua. Puasa tak hari nih? Puasa tak?? Bagus... Kalau takde ape nak dibuat, ayuh kita muhasabah diri di waktu bulan kareem dan bulan yang dinanti ni. Pernah tengok mangsa kebakaran tak? Bayangkan manusia yang dibakar hidup 2 , sengsara dan azabnya. Begitulah agaknya sedikit azab dan derita kalau dibakar hidup 2 di SANA. Untuk melihat gambar 2 di bawah ni, anda perlu memasukkan password yang tertentu. Password : chekguBH memang best Ya, saya berpuasa hari ini & saya sudah bersedia jiwa dan raga untuk melihat gambar 2 yang menyayat hati ini. Aku Kental! Selamat Meneruskan Perjalanan Ibadah Puasa di Bulan Mulia ini... *__*

Roti Uncle John (RUJ)...

Image
Salam semua. Semalam dan puasa hari ke-2 haritu, menu berbuka ialah: ROTI JOHN! My 1st and ever done the Roti John. Tak ade experience sebelum ni pun. Jadi, first timer mmg tak berapa nak jadi but still edible...(tak matila makan, rasenye pun sedap...not bad :P) tapi second time semalam punye buka puasa jadi pulak... Tapi kalau nak masak ni the main thing is the recipe la of course. Jadi, tanpa berlengah, pi la tanya cik google ... Tanya punye tanya, terjumpe entry kakjie pasal recipe Roti John hasil daripada perkongsian kasih resepi dari Puan Dina . Jadi bile dah dapat idea ape bahan yg nak kene ade, pi la carik dan terus try buat. Secara kasarnya inilah bahan 2 yang diperlukan untuk menghasilkan roti uncle John. Bahan-bahannya ialah: 1 roti Perancis mini (dipotong dan disapu merjerin) 2 butir telur daging burger (ayam atau daging) 1 labu bawang besar (dihiris bulat) sedikit cili api di tumbuk (untuk mereka yang hantu pedas) 1/2 kiub pati ayam sedikit mayonis & sos cili (sos ci...

Bingkisan Ramadhan...

Image
Ucapan aka Virtual Card ni aku titipkan buat teman 2 seper-belogger-an semua. Kalau minat, ambik laa... Dan sedikit pesanan buat kita... Jangan salahkan mereka..kerana mereka dibelenggu time nih... Penyimpan Mohor 2 Besaq.... Yang Besaq 2 Kepala dgn ini mengisyhtiharkan bahawa PUBLIC HOLIDAYS untuk semua ... untuk Sebulan ( No Overtime!! and No Replacement!!! ). Maka dengan ini ingin diberikan sedikit Pesanan kepada MANUSIA : Kalau dok beratur panjang di Kedai Mamak di waktu puncak Bukan yang suruh!! Kalau ada Runner dok tolong beli Bekalan Dia takdak kena mengena dgn !!! Kalau tak reti 2 nak buat amal ibadat Bukan yang dok bagi hampa MALAS tau!! Kalau dok pakai terdedah sana-sini Bukan yang suruh dan bukan yang suruh tengok..!! Kalau dok pi berkepit sana-sini dgn marka siang malam Bukan yang bagi line!! Kalau dok Boros sangat shopping Raya Bukan yang suruh!! Kalau dok tak habis 2 mengata orang Bukan yang bagi idea!! Kalau tak habis 2 dok berdengki kat orang Memang bukan yang d...

Mencari Malam Al-Qadar...

Image
Email ini adalah kiriman Pak Uda aku. Jadi aku rase bende ni eloklah dikongsi 2 sebab bende baik... **************************************************** Pesan junjungan besar Nabi Muhammad SAW (selawat dan salam ke atas Baginda): Adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan. Petua oleh Imam Al-Ghazali dan lain-lain ulama’ untuk cari mencari malam Lailatul Qadar Jika awal ramadhan jatuh pada hari:- Isnin - malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadhan Rabu atau Ahad - malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan ; Selasa atau Jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 Ramadhan Khamis - malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 Ramadhan ; Sabtu - malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 Ramadhan Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua di atas. Berdasar petua di atas, InsyaAllah malam qadar jatuh pada malam ke 2...