Posts

Showing posts with the label KasehIbu

Misi Mama: Sempurna. Misi Aku: Gagal...

Image
Dengan Nama Allah. Jemput makan cheezy wedges... :P Kunun 2 aritu, nak kluar la mencari cinta pokok 2 untuk decor taman larangan mini depan rumah aku... Kami kluar dalam kol 10, pi 2-3 tempat kat area Shah Alam ni. Cadangan asal nak pi Sg. Buloh sebab sana memang syurga bagi penggemar decor taman... Banyak pokok 2 , batu-batan, fountain etc. Kedai perabot pon banyak kat sana. Jadi senang la mak aku nak carik ape yang diidam 2 kan selama nih... Tapi, 2-3 kedai perabot kat Shah Alam ni takde yang berkenan di mata mak aku. Jadi, akhirnya kami pi Kampung Jawa, Klang ke satu kedai perabot jati kat sana. yang memang direkemenkan dek Mak Usu aku... Satu kedai penuh dgn perabot jati... Masuk je dalam kedai, mak aku dah rambang mata...dah mula tanya pendapat aku nak pilih set yang mane satu.... Aku mane la reti sangat pasal benda 2 ni, jadi aku bagi la opinion jujur aku... Kalau ikut orang, lagi suke perabot moden, tak main la yang kayu 2 , authentic + antik cemni...huhuhu Mak aku mencebik...

Kisah Anak Derhaka...

Image
Kisah ini diforward dari email yg dikirim teman aku... Jadikan pengajaran dan iktibar... **************************************** edited: maafkan aku jika entry ni terlalu panjang...aku pun baru perasan. kesabaran yang tinggi diperlukan...huhu "Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengahari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka. " Bincang apa tu? Serius aku tengok," saya menyapa. " Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia? " kata Jaimi, kawan saya. " Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu. " Macam ni," kata Jaimi, l...

3 Perkara...

Image
Salam kawan 2 ku yang jelita, hensem, kacak, cantik semua... Mungkin ade yang nak membaca sesuatu dari aku... Dan, mungkin aku boleh buat quickie sket... Oke laa..3 perkara... Satu; Azam's progress... Kaseh ibu membawa ka-syurga... chenta ayah ber-korban nyawa! Alhamdulillah, Azam selamat menjalani 2 pembedahan serentak! Untuk plastik di muka dan di pehanya yang patah.. Itu pun makan mase 10 jam juga! Memang Azam budak yang kuat... Sejurus je keluar dari dewan bedah, Azam mengerang kesakitan, mengaduh menangisi "double pain" selepas pembedahan... Tapi, Azam kuatkan semangat jugak, atas kasih sayang dan belaian Mama yang tak pernah berenggang ataupun mengelak dari menjaga Azam setiap hari, "shift" siang.... Walaupun Mama bukanlah sesihat yang sepatutnya yang melayakkan Mama untuk jage orang sakit... Semoga proses penyembuhan Azam akan berjalan lancar... Besi penarik kaki Azam ni dah tak digunakan lagi, dan tak layak lagi diletakkan atas katil beradu Azam.. Dua; ...

Ibu Tiada Galang Gantinya...

Image
Kita semua adalah anak. Dilahirkan oleh ibu selepas berbulan mengandungkan kita dengan segala susah payah. Sesungguhnya kita sangat terhutang budi dengan bonda yang melahir dan membesarkan kita. Al Quran sendiri menjelaskan betapa tingginya penghormatan dan kebaikan yang wajib dilakukan oleh seorang anak kepada ibu bapanya. Allah berfirman: Dan telah kami perintahkan kepadamu, Janganlah sekali-kali menyembah selainku dan berbuat baiklah kamu kepada kedua orang tuamu. Sama ada kedua ibu bapamu atau salah seorang daripada mereka sudah lanjut usia, janganlah kamu mengatakan kepada mereka walaupun pun perkataan ‘uhh’, dan janganlah sekali-kali kamu meninggikan suara kepada mereka, dan bercakaplah dengan mereka dengan ucapan-ucapan yang mulia. Dan Hendaklah kamu sentiasa merendahkan diri di hadapan mereka dan berdoalah: Wahai Tuhanku, kasihanilah kedua-dua mereka sepertimana jerit perih mereka membesarkan kami sedari kecil. (al Isra’: 23-24) Sungguh jasa bonda tak dapat dibalas. Mengandungk...

Dialah Professorku, Dialah Ibuku...

Image
image source : kambingdombret Sempena Hari Ibu (actually, everyday must be a Hari Ibu).... aku publishkan article nih... thru my email...kite berkongsi, boleh kan? ******************************************************************************* Cerita 1: Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul) Bila dahaga, yang susukan aku.... mak Bila lapar, yang suapkan aku..... mak Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak Bila bangun tidur, aku cari.... mak Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak Bila nak bermanja, aku dekati.... mak Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak Bila sedih, yang boleh memujukku hanya..... mak Bila nakal, yang memarahi aku.... mak Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak ...

Alkisah Pulut Kuning Kembali!

Image
Yeay...! Cuti sekolah dah nak abis...aktiviti waktu cuti pun sepatutnye dah hampir ke penghujungnye... Seronok? Bosan? Ade pegi mane 2 tak?? Takde? Siannye... Aku jugak kesian kat diri sendiri, sbab macam Kak Melah cakap la, soalan klise orang awam kat penjawat jawatan awam bergelar pendidik cam aku dan juge Kak Melah ialah: Cikgu, tak pi jalan mane 2 ke? Takkan dok umah je.. Kak Melah seronok la, sebab baru je turun dari Bukit Cameron bersama suku-sakatnye..Aku je yang tak pi mane 2 ...tak pe, simpan duit tu... bulih buat belanja kawen.. Kisahnya, dulu Mama pernah buat pulut, kire 2 4 bulan lepas, dengan alasan sebagai membayar niat sebab berhasil aku dipostingkan ke sekolah yang "betul 2 " dekat dengan rumah, sekaligus menjadi penemannye kat rumah.. Tak la sunyi sangat.... Kalau nak bace entry pulut kuning dulu, klik sini . Kali ni Pulut Kuning muncul kembali... Treng teng teng.... Sebab ape? Sebab Mama dah sembuh sepenuhnye dari ujian Allah yang pernah melandanya ...

Kata Ibu...

Image
Khusyuk ke? A non-related picture. KATA IBU... Masih ku ingat kata-kata ibu sambil memberi wang dan berpesan; Sayang, Pergilah ke kedai Pak Mamat beli sekati gula dan sekati tepung kalau tiada pergi ke kedai Maniam kalau tiada jua belilah di kedai Ah Chong'. Sambil berlari girang dicelah-celah pepohon nyiur yang melambai indah dengan sarang-sarang tempua berhayunan bagaikan buaian aku membeli gula dan tepung di kedai Pak Mamat bertahun-tahun begitu sesekali aku kekedai Maniam dan Ah Chong. Kata Ibu: Beli dikedai Pak Mamat kita dapat berkat Pak Mamat membayar zakat kalau beli di kedai Maniam dan Ah Chong siapa menanggung dosa kalau mereka jadi kaya raya wang tadi dibina patung-patung dewa kita terheret percuma masuk neraka hanya sedikit yang masuk syurga selainnya masuk neraka kerana subahat membina Muruga dan dewa. Kata Ibu: Kalau mereka menjadi kaya raya nanti mereka menjadi ceti diberi Melayu pinjamnya wang habis dilelongnya tanah warisan kerana Melayu tak mampu bayar hutang. Kat...

Dia Pulang, Hati Kembali Girang...

Image
Alhamdulillah... Terima kasih atas doa teman 2 semua, Mama aku dibenarkan discas dari "rumah berduka" tu semalam... Hati Mama berbunge 2 ...Gembira kerana bukan lagi menjadi sebahagian daripada tempat itu... Bukan Mama saje yang gembira, KAMI turut gembira... Terima kasih Ya Tuhan...! Terima kasih juga kepada sahabat handai dan saudara yang datang melawat... Dan pastinya pelawat Mama pasti akan mendoakan kesejahteraan Mama yang menjadi seperti doa yang akhirnya dimakbulkan Allah... Mama belum pulih sepenuhnya, tapi jika dengan izinNya dan atas usaha Mama sendiri seperti menjaga makan, menjalani rutin rawatan, luke di kaki Mama bulih sembuh...InsyaAllah... Yang penting, harapan Mama untuk beraya di rumah termakbul... Aku pun dah berhajat, jika Mama pulih, aku akan....[antara aku dan Allah] Aidilfitri ni Allah memberikan peluang kepada Mama dan kami sekeluarga untuk meraikannya... Cume keadaan Mama sedikit berbeza...Tak kisahlah, yang penting semangat... Kami jugak bulih memas...

Harapan

Image
Salam sahabat setia semua... I wasnt in the mood of updating.. Apology so much for it... Tapi aku update sket la... Perkembangan terbaru, Mama baru buat operation kecik di tapak kaki sebab kakinya ade nanah, jadi infection yang berlaku menghalang gula dalam darah Mama dari turun walaupun insulin diinject... Selepas pembedahan minor semalam, gula dalam darah Mama beransur turun dari 20-18 ke 10-8 sahaja... Alhamdulillah... Sebelum ni, gula dalam darah Mama cukup liat nak turun, semuanya tinggi menjulang-julang takmo turun...Even after being injected wif insuline...aku riso, Mama aku lagila riso... Terima Kasih tak terhingga kepada kawan-kawan yang tak jemu menyinggah kat sini, memberikan SMS kepada aku dan memberikan kata-kata semangat, dorongan, sokongan dan perangsang kepada aku... Jasa kalian sangat aku hargai... Doa aku, semoga proses pemulihan kaki Mama berjalan dengan baik... Mama dengan pengalaman memakai handphone...Nantila aku cerita... Terima Kasih Semua...

Ya Allah, Kau Sembuhkan Mama kembali...

Image
Berita sedih... 2-3 hari kebelakangan ni, aku rase cam nak slow down sket berblogging ni.. Dalam kepala aku dok pikir perkara yang teruk je pasal musibah yang menimpa Mama aku... Bukan tak mo berfikir positif, tapi lepas Mama being warded for her swollen foot, aku dah ingat macam 2 dah... Dah nak raye ni, dan harapan Mama untuk sembuh sebelum Lebaran memang menggunung.. Tapi itu dah tak penting sekarang ni...Yang paling aku pentingkan ialah kesihatan Mama aku, tidak jadi yang lebih teruk yang aku takmo sebutkan kat sini... Mintak simpang! Aku jadi macam ni sebab sebelum ni bukan mak aku tak pernah warded for her illnesses, tapi kali ni aku rase semacam... Entah lah...Tuhan je yang tahu macamane rase dalam fikiran aku ni... Mama pernah kene ketumbuhan di dalam rahim (fibroid), ketulan di buah dada dan penyakit Mama yang sedia ada sekarang ni: kencing manis dan darah tinggi... Mama mengalami banyak kepayahan dan kesukaran dalam membesarkan kami berempat mase Abah bekerja di luar kawasa...

Tragedi Kuih Mazola...

Image
Huh...Lega dah siap... Entry sebelum aku ade cite yang mak aku berbunga 2 hatinya bile dapat buat kuih-muih biskut raye untuk raya akan bakal menjelma nanti... Dan dah berjaya la menyiapkan 5 bekas tupperware penuh dengan kuih mazola yang wangi itu... Huhu..Macam 2 rintangan yang perlu diatasi... Tuhan je la yang tahu... Kuih mazola ni mudah nak buat, sedap dikunyah, wangi beraroma... Kuih ni feveret cikgu muzem , dan mudah dibuat ikut kate cik yonna yang la ni dok sibuk mengabiskan kudratnye nyiapkan custom made raya cardnye tu... Gigih hang na...?? Dan "buah tangan" daripada 5 bekas kuih mazola tu, kaki Mama bengkak 2 , sampai susah nak berpijak dan sekaligus membataskan pergerakan... Sian mak aku.... Itulaa...Asalnya aku takmo tulung, sebab aku pun ade agenda aku sendiri semalam... tapi tak sampai hati aku tengok mak aku tertongggeng 2 sorang 2 depan oven... Dengan keadaan Mama yang dah tak macam dulu lagi... Last 2 aku "terpakse-rela" menulung mak aku n...