Posts

Showing posts with the label Ulangtahun

Syukur, masih bernafas...

Image
Menjelang tengah malam ni, hari baru. Dan satu tahun baru buat aku. Impian, cita 2 , kerjaya, keluarga dan kawan 2 yang tersedia bersama di depan mata. Mereka pendorong, mereka penyambung, mereka pelampung, mereka menyerikan lagi diari dan rutin seorang aku. Aku bersyukur sebab masih ada yang ambilberatkan aku, ambiltahukan aku, menjadi teman aku. Hidup selama 1/4 abad+1 ni bukanlah lama. Hidup sebagai pendidik 1tahun+2 bulan ini pun bukanlah lama. Harapan aku, dalam meniti satu jalanan hidup yang mungkin masih jauh adalah: jalan yang terang dan bersuluh. jalan yang diapiti oleh mereka yang suka dan membenci aku yang akan naik dan jatuhi aku. jalan yang lurus dan sentiasa dipermudahkanNya. jalan yang penuh dengan kawan 2 yang sentiasa di sisi tak kira maya ataupun realiti. Perasaan aku tatkala ni, sedikit hiba, sedikit gembira. Sebab pelbagai dah aku lalui. Manis dan pahit. Kalau ditelan, kalau diluah, kalau ditanggung sendiri yang untung, sendiri yang rundung. Yang penting, Alhamdul...

ChekguBH kini setahun....Semoga Kau Terus Nyala...

Image
Hear Now : Guru Malaysia - Koir KPM Sila play lagu untuk lebih feel baca entri ini. Kami setahun sekarang. Cikgu Zamzira tiada dalam gambar... Tatkala genap jam menunjukkan jam 12.00 tgh malam 1 Ogos 2009 , maka genaplah setahun aku bergelar seorang guru, pendidik, pembimbing dalam erti kata yang sebenar. Kalau korang adalah pengunjung dan pembaca setia aku, mungkin tau serba sikit selok-belok dan hiruk-pikuk, jatuh-bangun, turun-naik akan aku dalam bidang nih. Kalau nak diimbas semula apa yang aku dah lalui, mungkin ade yang tak tergambar dengan nukilan kata 2 sebab yang menanggungnya mungkin melebihi mereka yang melihatnya, kan? Bermula dengan satu langkah dan azam serta cita 2 yang sedikit membara yang aku ingin menjadi "sesuatu" kepada tempat tumpahnya keringat dan tenaga muda aku. Mengimbau semula mase aku mule 2 dulu, kami lapor diri bukan seorang, berdua tapi berlima! Kami 5-5 2 ditempatkan di satu sekolah yang sama, sekolah yang istimewa; SK Seksyen 24 . Mase ...