Posts

Showing posts from June, 2009

Kifarah...Aku Redha...

Image
Kifarah penghapus dosa... Salam. Dah agak lame rasenya aku tak menulis sesuatu yang peribadi kat sini. Erm, mungkin waktu dan masa yang memudarkan semangat aku nak berbelog. Pernah dengar perkataan “kifarah”? Mungkin pernah… Kifarah dalam bahasa melayu kita sebut “denda”… Dan ape yang berlaku tu, mungkin salah satu denda yang Dia turunkan khas buat kita… Kenapa nak denda? Denda atas dosa-dosa kecil yang dah kita lakukan.. Dan mungkin ini sebagai penghapus dosa… Entah la…Lepas satu, satu… Tapi tak pelaa… Aku percaya yang ini semua qada’ dan qadarnya. Semuanya dah ditentukan. Semuanya dah tertulis “di atas” sana… Takpe. Kita redha, kita tabah, kita sabar. Hadapi segalanya dengan tabah. Sedih? Sape yang tak sedih... Kalau entry ni boleh mengingatkan akan perkara yang dah pernah berlaku dulu, kali ni ia berlaku lagi. Things That Happened....For Almost A Month! dari entry yang lepas.... Berdentum! Kejadian berlaku mase aku dalam perjalanan ke sekolah, kat roundabout kat Seksyen 17 ni… Mung

Bulan Rejab Datang Lagi...

Image
Pejam celik, celik pejam... Macam-macam dah berlaku. Macam-macam dah kita lalui. Semua kuasaNya, tergantung kepada kita bagaimana kita menghadapinya. Masa berlalu dengan cepat sekali. Jadi, entry kitarsemula ni mungkin boleh kite manfaatkan bersama. Bulan Rejab datang menjenguk kita semula... Ini bermakna dah tak lama lagi bulan Rahmat dan Pengampunan iaitu Ramadhan akan datang kejap je lagi... Jadi sebelum itu, ayuhlah kita mempersiapkan diri kita menjelang datangnya bulan baru kita, Rejab. Di dalam bulan ini terdapat banyak kelebihan dan amalan 2 yang digalakkan untuk diamalkan.... Jadi kat bawah ni adalah panduan untuk kita sepanjang bulan Rejab ini... Ada 3 perkara yg dituntut oleh Nabi Muhammad saw untuk dilakukan oleh umatnya didalam bulan Rejab: Kembali/berbalik kpd Allah Taala iaitu menunaikan perintahNya dan menjauhi laranganNya. Membanyakkan bertaubat dan beristighfar. Jangan bercadang lagi hendak melakukan perkara2 yg dilarang oleh Allah Taala. Menurut keterangan hadis, s

Kisah 3 Budak...

Image
Prelude: Aku bukan dalam mood update. Sibuk serba sedikit. Qada' Allah. Ada masa lapang, ada masa sempit. Itu lumrah. Jadi, aku tempelkan e-tazkirah ni. ********************************************************** Dalam sebuah hadith yang panjang yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawasanya ia mendengar Nabi s.a.w. bersabda: Sesungguhnya ada tiga orang dari kaum Bani Israil, iaitu seorang berpenyakit sopak, botak dan buta. Allah hendak menguji mereka itu, kemudian mengutus seorang malaikat kepada mereka. Malaikat ini mendatangi si sopak lalu berkata : Apakah perkara yang paling kamu sukai? Si sopak menjawab: Sembuh daripada sopak dan dikurniakan kulit yang cantik supaya manusia tidak merasa jijik kepadaku. Malaikat itu lalu mengusap kulitnya dan lenyaplah kotoran-kotoran itu dari tubuhnya dan dikurniakan kulit yang baik. Malaikat itu berkata pula: Harta apakah yang paling kamu sukai? Orang itu menjawab: Unta. Lalu dia dikurniakan unta yang bunting. Kemudian malaikat berkata:

Berikan 110% semangat aku kembali...

Image
Hari Isnin lepas. Aku bingkas bangun, tapi sikit malas. Mandi seawal 6 pagi. Iron baju, seluar. Sarungkan seluar...fuhh, masih muat...nasib baik... Lepas 2 minggu tak pi skolah awal pagi, hari tu rase lain jea... Mood Monday Blues tu dah mai daa... Susah jugak nak recover, sudahnye haritu mungkin hari paling muke ta*k aku... Takpe laaa... Selalu Monday Blues ni tak jadi pun. Kalau nak blues pun tak payah tunggu Isnin, hari lain pun boleh jadi...Jenuh nye... Tapi itu bukan masalahnya. Masalahnya semangat keSUPERBan aku semacam semakin luntur.. Apasal ek? Tolong kembalikan, boleh tak? Ade sesiapa yang jual semangat tak?? Terima kasih kepada kengkawan yang tak putus 2 bagi kata 2 semangat untuk kami dan Azam. Alhamdulillah, atas doa dan semangat korang semua Azam dah semakin sihat dan pulih. Cuma ingatan Azam kadang 2 ingat 2 lupe... Menurut doktor, itu biase kalau orang yang kemalangan... Harapan dan doa aku sekarang ialah agar Allah kuatkan Mama dan Abah yang bersilih ganti menjaga

Rahmat Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang...

Image
Salam semua.. Dah laa, takmo buat entry sedih lagi laa... Kita happy 2 la pulak... Sebab itulah resam dunia. Hari ni kita dirundung duka nestapa, siapa tahu esok lusa kite bersuka gembira, kan? ele-ele....memalu meow la pulak KU2 bersaudara nih... :P Entry sebelum aku sempat nukilkan satu entry pendek, tapi bermesej laa... Dan inilah kesinambungannya. KU2 bersaudara , tiba 2 muncul kat wad 4B katil 18, HSB. Aku memang terkejut beruk dan terkesima sebenarnya. Time aku sampai dari jauh, nampak 2 batang tubuh tu. Terima kasih KakJie dan Kak KuIna yang sudi datang, even memang takde idea kat mane katil adik aku tu secara specificnya. Dah sms kat aku, tapi malangnya HP aku serahkan sementara pada Mama aku untuk dia pakai sementara menjaga Azam kat hospital...jadi tak berjawab...dan takde idea... Akhirnya, jumpa jugak kita kan kak?? Sebelum ni cume di alam maya ni jea, skang dah bersua muka...buat pertama kali even dah kenal secara lahir dan batinnya dekat 2 tahun kan kak?? Dan nak min

Tulusnya Hati Kamu..

Image
Salam. Niatnya nak buat entri panjang berkajang-kajang, dgn harapan aku sedang bersenang-lenang atas katil beradu tapi rupanya terpaksa jage Azam di hospital pulak. Takpelaa.. Maybe next entri. Time ni, aku masih di wad 4B. P-Love Adult Diapers - RM 20.90. L Size, 10 pcs Aku actually terkejut dan terharu dengan kehadiran dua batang tubuh ni kt wad 4B ni time aku visit Azam petang tadi. Terima kasih si manis berlesung pipit, Kakjie dan adiknye yg kecil molek tu, KakIna atas lawatan mengejut td. 1st time berjumpa di alam nyata, dan mereka sgt baik, sangat nice, se-sweet harumanis dan etc.. Murninya hati blogawanis berdua ni..walaupun kita tak pernah bersua.. Ade lagi nak crite, tp terhad sbb entry dipost thru phone.. Sikit perkembangan Azam ; bandage dan jahitan di muka Azam dah dibuka, dan nampak positif. Alhamdulilah... Okla, nanti aku sambung lagi. Terima kasih atas doa dan semangat kalian semua. Terima kasih. Ikhlas, ChekguBH thru phone

Aku tak suka, hospital...

Image
Hospital Sg. Buloh, Selangor. Semalaman di HSB, menjaga Azam dah berlalu. Malam tadi, turn Abah pulak jage Azam... Mama amik shift jaga Azam waktu siang... Aku tak pasti general views tentang HSB ni camane, tapi so far aku rase treatment nya ok, tak de la cam hospital gomen yang lain...Lagipun wad yang Azam masuk tu, takdela packed sangat. Cuma visitors budak 2 tak boleh masuk... So, kena tunggu luar... Cerita tentang menjaga Azam ni, jenuh jugak. Sebab Azam ni dalam kategori yang "ketegaq" jugak laa.. Sampaikan tangannya memang kene diikat...Maybe sebab kurang selesa, tu yang Azam kalau dapat peluang je mesti nak cabut ape yang terpasang kat badannya. Dah berapa kali kena warning ngan misi sane dah, tapi korang bayangkan je laa betapa tak selesanya... Sebab, dalam keadaan sekarang fikiran Azam mungkin separa sedar, dan memang asyik kena tidur. Kalau tak tidur, segala rasa sakit tu akan dirasai. sesi lawatan semalam. terima kasih kerana datang. Kadang 2 bila aku pikir 2 b

Dari ICU ke Wad 4B...

Image
Salam semua. Entry ni aku postkn dari Wad 4B, Hospital Sg. Buloh. Alhamdulillah.. Di atas berkat doa semua yg sentiasa mengharapkan keselamatan dan kesihatan adik aku, Azam. Sebenarnya, kecederaan yg Azam alami agak parah. Mukanya agak teruk tercedera kerana menghentam bhgn depan van secara tepat dengan motosikalnya. Dan, Maha Suci Allah Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Besar, kecederaan Azam melibatkan muka sahaja, tidak termasuk bhgn kepala dan otak. Jadi, takde la ape2 perkara yg melibatkan ketidakfungsian otak, MINTAK SIMPANG! Alhamdulillah..semua adalah ketentuan dan kehendakNya. Setiap yg berlaku mesti ada hikmahnya. Aku nak cakap lebih2 pun,masih awal lagi. Azam pun baru dipindahkan dari ICU.. Masih ada lagi yg kena Azam jalani. Yg pasti, DOAKAN semoga Azam tabah dan cekal. Kami pun begitu jugak.. Azam masih bernafas menggunakan bantuan oksigen, sbb hidung Azam dan mulutnya masih cedera.. InsyaAllah nanti kalau aku senang, aku update lagi. Doakan Azam kembali sihat seperti sediakala

Perkembangan Terkini.

Selepas menjalani sesi pembedahan selama kurang lebih 10 jam, adik aku dipindahkan ke wad ICU. Apa yang kami harapkan ialah Azam (adik aku) terus kuat, terus tabah menanggung dugaan ni. Kepada Abah, Mama, abang Pis, Kak Ima dan buat dr aku sendiri, semoga kita pun turut cekal. Kami tak akan putus-putus berdoa kepadaNya agar diberikan RUANG DAN PELUANG untuk Azam terus menikmati hidup ini. Kepada kawan-kawan yang mengirimkan ucapan selamat buat adik aku, terima kasih yang tak terhingga. Doa kalian menjadi satu azimat dan kekuatan buat kami dan Azam. Semangat dan kekuatan buat AZAM.. ChekguBH dan keluarga, Hospital Sg Buloh, 2.35 pm

Doakan adik aku selamat..tolong!

Image
Salam. Time entry ni dipost, aku tgh berada di unit kecemasan hospital Sg Buloh. Adik aku terlibat dgn kemalangan motosikal yg teruk. Kemalangan berlaku di Kuala Kubu Bharu. Mintak jasa baik kawan-kawan utk doakan keselamatan adik saya :(

Kenapa Stadium di Terengganu Runtuh...

Image
Runtuhnya bumbung Stadium di Tganu. 5000 nyawa terselamat. Semalam, aku tengok berita kat TV3. Tiba 2 keluar berita tentang stadium yang runtuh tu. Mula 2 Bangunan Supermarket Jaya runtuh, pastu Stadium ni pulak... Dan mase tuh, fofuler balik la Supermarket Jaya tu, selepas habis usianya.. Sebab sebelum ni sumpah aku tak tau ade SJ tu kat PJ.. Dan mase tuh, mulalah mak aku bukak citer nostalgia abah ngan mak aku mase dorg dating kat sana... Macam 2 .... Bende ni even bukan kuasa kita, sebab kalau nak runtuh, tetap akan runtuh... Tapi semasa pembinaanya, janganlah buat ala-carte je... abis 2 camni laaaa... Mengikut pakar, ini adalah sebab mengapa stadium di Terengganu runtuh. Selepas kajian demi kajian dibuat... Entah laa... Tatau aku nak cakap ape... gerombolan Ultraman berkumpul dan berpesta pada malam sebelum kejadian... dan, serangan sejenis raksasa lobster... larriiiiiikkk.....! Oke, yang ni serius sikit. Sekarang kan kes ragut dan ter-bunuh memang tengah hot. Jadi, ini salah sa

Kalah atau menang bukan soalnya...

Image
location: SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (famous and well-known school in Shah Alam) Sabtu yang lepas, aku tolong hantar budak 2 sekolah aku ke Pertandingan Kompang Formasi peringkat Negeri Selangor sempena Karnival Pertandingan Kebudayaan Peringkat Negeri Selangor anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Pertandingan sangat sengit terutama daripada mereka yang dah established dalam kompang formasi ni. Sekolah aku ibarat budak baru bertatih, dan kami berlatih tak sampai pun sebulan cuma seminggu jea... dan kami tak mengharap menang pun. Sekadar menimba dan menceduk ilmu ke-kompang-formasi-an jea... Tahun depan kalau ade lagi, InsyaAllah lebih baik la daripada ini. Anjurannya takdela baik sangat, tapi ok laa... Cuma cuaca banyak membantu jugak laa. Sebab hari tu nak kate panas tak, nak kate tak panas pun tak...sedang 2 aje.... inilah pasukan sekolah; masih bertatih, tahun depan kita berlari laju pulak yea..! the Meet Uncle Hussin (MUH) team. halfly-smiley faced Aku amik k