Posts

Showing posts from July, 2009

Jangan - Tinggal - Daku (JTD)....

Image
Hear Now : Salam Terakhir - Sudirman Sila play lagu untuk lebih feel bile membaca entri ini. Malam sebelum... Aku bermonolog sorang 2 ... mustila sorang 2 , kalau dua orang dah jadi dialog, dush! Ape la aku nak buat ni, esok dah nak bla dah Kak Zarina tu... Erm... Lame jugak aku berfikir panjang... Nak buat macam Puan PK aku tu dah tak fresh kut idea tu.. Tambah nak kene nyanyi 2 segala bagai...Mane nak sempat... Ting! Ting! Ting! Idea sudah mari... Ya, sudah mari... Aku cuba SMS Puan SeharumMawarBerduri tapi takde jawapan, sebab aku nak mintak pertolongannya. Nak pinjam barangnya, sebab barang aku kecik ... Heheh... dun get me wrong laa, citt! Sebab takde jawapan, aku terpaksa jugak pakai barang aku, aku rias sket dengan barang kitar semula yang pernah digunakan untuk Persaraan Cikgu Rakayah dulu dan jugak mase perasmian Sambutan Hari Guru dulu... Huhu... Aku tekad je la... Hari Langsung... Ustaz T : Baiklah, untuk meneruskan lagi majlis kita, dipersilakan k

Poco-Poco Mega & Bulan Kecergasan 2009

Image
Hear Now : Poco-poco - Yopie Latul Sila play lagu untuk lebih feel baca entri ini. Salam semua. Penat jugak la yea minggu yang lepas ni. Macam 2 laa yang nak dibuat, tak padan dengan budak yang dah nak exam, tapi kesibukan yang melanda macam budak 2 ni takde ape 2 yang penting yang akan dihadapi. Tapi itulah sekolah. Sepanjang tahun. Walaupun ade suara 2 sumbang dan nakal yang cakap kami ni kerja separuh hari , cuti banyak (sebab bile budak cuti sekolah, kami pun cuti, kononnye ) dan bermacam 2 tohmahan dan kata nista yang lain yang tak payah aku nak sebutkan kat sini....kami tetap begini. Terus menggalas tugas membimbing budak dari pelbagai segi. Kalau bulat acuannya, maka bulatlah kuihnya. Okela, ni haaa...aku cume nak cerita pasal acara yang bermula Selasa lepas, dan akan berakhir kira-kira sebulan akan datang; Bulan Kecergasan 2009. Acara dimulakan dengan Poco-poco Mega yang diketuai oleh cikgu baru (baru ke?) ni. Sebelum beraksi, kenala kasi demo sket...

Buraq & Ketika Israk...

Image
******************************************************************** BURAQ ******************************************************************** Lakaran buraq - wikipedia Buraq dari segi bahasa bererti "kilat cahaya". Ia adalah sejenis makhluk menyerupai haiwan, besar sedikit dari himar (keldai) dan kecil sedikit dari baghal (haiwan kacukan keldai dan kuda). Diriwayatkan juga buraq ini merupakan makhluk yang menyerupai haiwan lagenda iaitu seekor kuda putih yang bersayap burung berbulu pelepah yang besar . Namun ada juga yang mengatakan buraq menyerupai burung putih yang besar. Walaubagaimanapun ia dijadikan oleh Allah b ukan dari jenis yang berdarah, berdaging dan bertulang belulang seperti haiwan, sebaliknya ia diciptakan daripada cahaya. Mengikut satu riwayat Buraq yang dipilih oleh Jibril ini merupakan satu-satunya haiwan yang mempunyai ciri teristimewa kerana sejak mendengar nama Nabi Muhammad, ia tidak tahan menanggung rindu sehingga tidak lalu untuk makan dan

Al Isra' Wal Mi'raj

Image
Antara salah satu peristiwa besar yang berlaku pada bulan Rejab adalah peristiwa Al Isra wal Mi’raj. Kebanyakan para ilmuan mengatakan peristiwa al Isra’ wal mi’raj berlaku pada 27 Rejab. Allah SWT berfirman: “Maha Suci Dia (Allah) yang memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad) pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjid al Aqsa yang diberkati kawasan sekitarnya, untuk dipertontonkan bukti-bukti kebesaran Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat” (surah al Isra’: 1) Al Isra’ bermaksud perjalanan Rasulullah daripada Masjid al Haram di Mekah ke Masjid al Aqsa di Palestin pada hanya sebahagian malam. Al Mi’raj pula bermaksud perjalanan Rasulullah dari Masjid al Aqsa menuju ke Sidrat al Muntaha (melepasi lapisan langit ketujuh) dan menerima kefardhuan solat daripada Allah SWT. Peristiwa al Isra’ wal Mi’raj adalah peristiwa yang luar biasa dan tiada manusia yang mampu merencana perjalanan sehebat peristiwa ini. Justeru itulah Allah SWT memulakan ayat ini dengan me

Aku Bukan Suparman - The Lucky Laki

Image
Inilah label gambar zaman kanak 2 aku yg aku publish semalam... Senyumlah, Kenangan Itu Telah Tercoret... Hear Now : The Lucky Laki - Superman The Lucky Laki – Superman Reff: Aku bukanlah superman Aku juga bisa nangis Jika kekasih hatiku Pergi meninggalkan aku Ayahku selalu berkata padaku Laki-laki tak boleh nangis Harus slalu kuat Harus slalu tangguh Harus bisa jadi tahan banting Tapi ternyata sakitnya cinta Buat aku menangis Ulang Reff Ayahku selalu memarahi aku Jika jatuh air mataku Kata ayah slalu air mata itu Adalah tanda kelemahan Tapi ternyata air mataku Ternyata jatuh juga Ulang Reff Ayahku tersayang maafkanlah aku Jika aku masih menangis Masih belum bisa menjadi seperti Apa yang ayah selalu mau Kita berjanji 'tuk tidak lagi Menangis karena cinta Repeat Reff 3x sikit trivia tentang band ni: Band ni adalah band anak 2 Ahmad Dhani Dewa 19. Anak 2 nya sekarang duduk dengannya bukan dengan ibunya, Maia Ahmad selepas bercerai. Ahmad Dhani katenye tak ma

Senyumlah, Kenangan Itu Telah Tercoret...

Image
Orang cakap kenangan zaman kanak 2 antara zaman yang tak boleh dilupakan. Zaman kite menuntut ilmu, mengenali baik budi seorang guru, berkawan, membentuk peribadi diri dan lain 2 .... srk seksyen 17 dulu; sekarang sk seksyen 17 ... Aku sebenarnya takde banyak gambar kenangan mase sekolah rendah dulu sebab tak mampu nak beli camera. Yang ada dan mampu cuci gambar ni semua antara mereka yang berada je laa... Dan famili aku tak termasuk dalam golongan tu... Dah tu, memang takde gambar laa... Tiba 2 , classmate aku Puan Sazalina tu, mengupload gambar mase kami kecik 2 dulu kat MukaBuku aka Facebook.... Mase di sekolah rendah.... Memang oldies betol... Ape pun, aku tak lepas peluang copy gambar tu sebagai kenangan... Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain... kan? kalau terer teka la chekguBH yang mane...??? Hehe... edited : dalam gambar yg pertama, ade seorang naib johan raja lawak 3 tu...rasenye sape?? haa...cube teka....kalau pandai... Aku tertanye 2 ju

Kalau dah dasar bajingan....bajingan jugak...

Image
Sape la yang cipta virus ni ek? Sungguh menyusahkan betol... Tak pasal 2 orang tak bersalah menjadi mangsa. Dah tu company yg buat anti-virus semakin hari semakin gemuk dengan duit hasil penghasilan courseware pemakan virus nih... Hampeh, aku nampak seakan ade konspirasi disitu antara penghasil virus, malware, spyware or whatever it is dengan penghapus, pemakan, pengbuster virus ni semua... Bukan ape, aku ni baru 2 baru je dijangkiti virus autorun.inf yang menyebabkan sistem aku hancus... Kena pulak kat laptop sekolah...Haduiii yaii.... Nasib baik aku buat backup atau ape 2 yang patut... Data UPSR, SAP Head Count, Data EMIS, SMM, SLaP etc banyak dowh dalam tu.... Satu lagi antivirusnya pun dah banyak menghancurkan data makhluk tuhan yang menumpang kasih kat laptop tu. Pantang ade virus je, habis dimakannya file tu, tak bagi chance langsung... Sampai aku pun terkena... Kejam tak kejam la OfficeScan nih... Dan ini rasenye bermula dari sumber satu PC kat ofis skolah aku tu laa

Kisah Anak Derhaka...

Image
Kisah ini diforward dari email yg dikirim teman aku... Jadikan pengajaran dan iktibar... **************************************** edited: maafkan aku jika entry ni terlalu panjang...aku pun baru perasan. kesabaran yang tinggi diperlukan...huhu "Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengahari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka. " Bincang apa tu? Serius aku tengok," saya menyapa. " Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia? " kata Jaimi, kawan saya. " Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu. " Macam ni," k

Aku Kem Komanden...

Image
Salam. Maaflah sebab entry ni terliwat terlewat dan tertangguh. Bukan ape, sengal di badan masih berbaki. Nasib baiklah kem cume 2 hari 1 malam. Kalau lebih, mau je aku amik MC hari ni. Ape 2 pun, dah berlalu pun Khemah Ibadah tu. Semuanya dengan berkat hasil kerjasama semua guru yang komited. Tapi bukan semua laa...itu biasa... :P Image source: flickr.com Takpe laa...Yang penting dah settle kan Ustaz T ? Kita dah buat yang terbaik yang kederat kita mampu. Outcomes dan effectsnya dah pun ade. Takpe laaa... Biarlah Tuhan saje yang membalasnya. Aku tak harapkan ape 2 , cume jalankan amanah, itu sahaja... Tugasan yang "dilimpahkan" untuk aku sebagai Kem Komanden sepanjang 2 hari 1 malam tu dah berlalu. Dan aku dah sempat la "mencurahkan" kasih sayang dan merasa "buah tangan" kepada mereka yang layak mendapatnya. Haha... Suara guruh aku dah jadi alunan muzik biasa sepanjang 2 hari tu. Tak sah kalau aku tak gunakan kelebihan aku ni. Kalau kita dok dia

Hilangkan Gundah Itu, Kembalikan Kuntum Senyum...

Image
Awan SK Seksyen 24 di kala petang...kuasa Tuhan... Biarlah segala pahit maung itu berlaku, sebab itulah kehidupan. Kalau tak ade asam dan garamnya, segalanya manis tak best la pulak kan? Silap hari boleh kena kencing manis dan akan dihurung semut pulak ... :P Kita senyum kembali, kita hilangkan lelah itu, dan kembali seperti dahulu. Kekal bersemangat dan teruskan hidup. flip flap flower; korang ade ?? Bunga comel ni dah jadi trend skang nih. Dah banyak kereta yang memilikinya. Tersengguk 2 , terhangguk 2 , tergedik 2 .... Memang comel...dan cume menggunakan kuasa dari sang suria... Aku beli kat pasar malam je...sebab aku jeles tengok kereta colleague 2 aku dah ade.. Bukan 1, tapi 2, malah 3 pun ade! Saje je... Sebelum ni aku ade berkeluh kesah kan? Bukan niat aku nak tagih simpati, tapi sekadar pelepas penat-lelah, turun-naik, asam-garam dan pahit-manis dalam menempuh hidup. Kalau aku bercerita atau mengadu pada sesiapa, takut ade yang jelak pulak nak mendengar... Biar aku berce

Belum pun setahun jagung...

Image
Salam... Nak luahkan perasaan sikit kat sini, boleh tak? Bukan ape, tapi kudrat aku ni dah habis dikerah. Lembikkah aku? Erm...entah, sebab semenjak-dua-menjak nih aku selalu letih. Rasenye macam hari 2 aku puase... Perasaan penatnya rase macam tu... Hari 2 yang aku lalui setiap hari, musti akan ade bende yang mencemaskan, buat aku terkejar 2 , buat aku berdebar dan macam 2 lagi... Aku cakap khusus dalam kerjaya aku skg nih laaa. Kalau nak dikire, masuk hari ni, baru 342 hari aku bergelar pendidik nih. Nah, tak sampai pun setahun, tapi bebannya macam dah cukup lame... Bende ni macam makan dalam laa... Aku risao kalau 2 aku jadi tua sebelum waktunya. Keje yang aku kene buat, aku buat dan aku cuba bagi yang terbaik. Bukan bermaksud aku nak mengeluh, tapi tugas mengajar tu dah lebih dari sepatutnya... Tak payah lah aku nak explain kat sini, tapi dalam sesetengah kerja atau beban aku, aku tanggung sendiri. Aku simpan, aku telan... Takpe laaa... Sebab aku berpegang pada prinsip

3 Perkara...

Image
Salam kawan 2 ku yang jelita, hensem, kacak, cantik semua... Mungkin ade yang nak membaca sesuatu dari aku... Dan, mungkin aku boleh buat quickie sket... Oke laa..3 perkara... Satu; Azam's progress... Kaseh ibu membawa ka-syurga... chenta ayah ber-korban nyawa! Alhamdulillah, Azam selamat menjalani 2 pembedahan serentak! Untuk plastik di muka dan di pehanya yang patah.. Itu pun makan mase 10 jam juga! Memang Azam budak yang kuat... Sejurus je keluar dari dewan bedah, Azam mengerang kesakitan, mengaduh menangisi "double pain" selepas pembedahan... Tapi, Azam kuatkan semangat jugak, atas kasih sayang dan belaian Mama yang tak pernah berenggang ataupun mengelak dari menjaga Azam setiap hari, "shift" siang.... Walaupun Mama bukanlah sesihat yang sepatutnya yang melayakkan Mama untuk jage orang sakit... Semoga proses penyembuhan Azam akan berjalan lancar... Besi penarik kaki Azam ni dah tak digunakan lagi, dan tak layak lagi diletakkan atas katil beradu Az