RON95 ke RON97? Tak kisah laa...
Salam hari ke-9. Hari ni dah 30 Ogos 2009. Lusa akan jadi 1 September 2009 . Bulan baru, dan harga pun baru. Harga bahan api yang lebih berguna dari emas permata. Tanpanya, pastinya anda tak akan sampai ke ceruk celah bedah mana yang korang nak pergi. Asalnya cuma cecair hitam yang dicari gali nun jauh di dasar batuan bawah laut dan disedut keluar dari perut bumi oleh si pencarigali emas hitam ini. Dan selepas melalui penyulingan berperingkat, akhirnya terhasillah pelbagai kualiti bahan yang mampu menggerakkan jentera sekecil mini-bike sehinggalah sebesar Boeing 777. sebotol sample minyak mentah yang belum diproses... gambar dari : wikipedia Tak kisah laa...bukan aku nak membasa-basikan pasal semua tu, cume intro kepada kenaikan harga minyak yang memang jadi keperluan kita, bukan kehendak. Aku tak kisah sangat sebab tempat kerja cuma sepelaung je dari rumah...:P Aku browse jugak di google, dan pastinya ramai forumer yang dok carik pasal benda nih. Ramai yang gusar, ramai yan sokong, ...