Pabila Pencari Cahaya Menemui Syurga Cahaya....
Salam. Selepas beberapa hari berfikir di mana tempat terbaik untuk mendapatkan lampu dan cahaya serta sumber angin untuk Villa BH ku itu, aku putuskan untuk ber-shopping di Houses Lightings di Puchong. Di mana lokasinya, aku takyah cerita kot sebab dah ramai blogger bercerita pasal kedai ni. YT Lightings, Top Ten Lightings dah pi tengok, tapi di Houses Lightings ni memang thorbaek. Dan siap dah pun shopping lelampu yang blink-blink. Jenuh mendongak.... Hampir putus tengkuk...eh, acah mat labu. Haha Mana sampai putus leher, cuma lenguh je laa... Lampu ni sangat futuristik...tak sesuai dengan tema umah ai yang simple tu...