Posts

Showing posts with the label Rumah Baru

Pabila Pencari Cahaya Menemui Syurga Cahaya....

Image
Salam. Selepas beberapa hari berfikir di mana tempat terbaik untuk mendapatkan lampu dan cahaya serta sumber angin untuk Villa BH ku itu, aku putuskan untuk ber-shopping di Houses Lightings di Puchong. Di mana lokasinya, aku takyah cerita kot sebab dah ramai blogger bercerita pasal kedai ni. YT Lightings, Top Ten Lightings dah pi tengok, tapi di Houses Lightings ni memang thorbaek. Dan siap dah pun shopping lelampu yang blink-blink. Jenuh mendongak.... Hampir putus tengkuk...eh, acah mat labu. Haha Mana sampai putus leher, cuma lenguh je laa...   Lampu ni sangat futuristik...tak sesuai dengan tema umah ai yang simple tu...

Pencari cahaya....

Image
Dalam usaha memeriahkan syurga idamanku (biarpun tak besar) tu, mencari aksesori pelengkap yang bagi rupa kepada sesuatu ruang dalam rumah tu memang sangat penting. Dan of course la kita akan cari yang terbaik, tercantik, pada harga terbaik dan murah sebagai bonus. Jadi, hasil Google-lan aku, ramai yang suggest untuk ke Houses Lightings di Puchong tu. Rujuk Google Plus di sini : Houses Lightings Puchong Dan macam yang dibaca, orang memang cenggini-cenggini haa (cakap sambil dua belah tapak tangan ditimpakan satu sama lain, mulut dijuihkan; haha)...ramainya umat.... Masa mula-mula sampai dengan besfren ai tu, masa tu hujan. Lebat boleh tahan la, dan tak susah nak cari tempat tu dengan bantuan GPS yang sangat berjasa tu.   Dalam banyak-banyak lampu yang murah dan serba cantik tu, yang ni antara yang menarik perhatian aku. Tengokla harganya....oke kan?

Lifehacks: Tagging the identicals.

Image
Baru pindah rumah baru dan anda diberikan segugus kunci seperti ini. Kunci ini terdiri daripada kunci-kunci bilik tidur di rumah baru anda. Setiap bilik diberikan 3 salinan kunci. Kuncinya hampir seiras. Persoalan : Macam mana nak bezakan kekunci ini untuk yang disimpan dan akan digunakan nanti? Penyelesaiannya; begini.

Perancangan dikit demi dikit...

Image
Jalan di mana lokasinya.... Orang Jalan Kebun tau la kot mana....

Langkah pertama...

Image
Alhamdulillah. Memiliki sebuah kediaman sendiri pastinya akan buat kita gembira. Dan kegembiraan tu akan bertambah terujanya dengan mengubahnya mengikut selera dan ketebalan poket sendiri. Samalah macam aku pun. Banyak jugak checklist yang mesti dipenuhi sebelum betul-betul mendiami kediaman baru. Antaranya ialah memasang grill untuk keselamatan.

Kalau aku ada RM 10K, apa aku boleh dapat?

Image
Masih mencari dan mencari. Dah Google, sembang dengan parent malah sembang dengan kawan-kawan.  Korang rasa, agak-agaklah, katalah aku ada RM10K dalam tangan sekarang, apa yang boleh aku buat/beli/bina dengan duit banyak tu untuk sebuah rumah baru yang sederhana?

Masa Depan. Inshaa Allah....

Image
Dalam zaman ekonomi tak menentu dan desakan harga rumah yang semakin menaik dan menaik, memang semakin sukar untuk orang muda (macam aku, hehe) memiliki rumah sendiri. Rumah atas tanah (landed property) pun susah, lantaran harga yang semakin mahal. Ditambah dengan karenah berurusan dengan bank yang sukar lulus, tapi aku tak hadapi benda yang sama.   Panoramic view of the houses area.... (klik gambar untuk view lebih besar)  Cuma niat untuk memiliki rumah tu bagi aku agak lewat; dah berusia 30-an baru nak pasang niat. (berusia ke? hehe). Sepatutnya mungkin seawal yang boleh...