Langkah pertama...

Alhamdulillah. Memiliki sebuah kediaman sendiri pastinya akan buat kita gembira. Dan kegembiraan tu akan bertambah terujanya dengan mengubahnya mengikut selera dan ketebalan poket sendiri.
Samalah macam aku pun.
Banyak jugak checklist yang mesti dipenuhi sebelum betul-betul mendiami kediaman baru.

Antaranya ialah memasang grill untuk keselamatan.

Benda paling penting; jadi jangan tangguhkan dan cepat-cepatlah deal.
Ada jugak recce, tanya-tanya orang yang buat grill ni, ada yang datang visit rumah dan buat quotation.
Jadi, pilihlah dengan cermat dan harapkan dapat yang terbaik untuk kediaman tersayang.
Almaklumlah, nak membeli rumah ni bukan benda murah untuk rakyat marhaen macam aku ni. Jadi, apa yang ada tu sangatlah perlu dihargai.

Proses membuang alang "useless" yang dipasang oleh developer.

Aku dah deal dengan pembuat grill, dan orang tu adalah orang yang ambik contract jaga taman perumahan tu sepanjang tempoh pembinaan. Quotationnya adalah terbaik berbanding yang lain, jadi aku decide untuk teruskan.
Grill satu rumah, termasuk awning belakang.
Semoga semuanya berjalan lancar.

Jadi, target seterusnya adalah bahagian, kitchen!
Yang ni agak costly, jadi kena fikir panjang sebelum decide. Takpe, perlahan-lahan BH.
Ko bukan nak rush sangat masuk rumah baru. Suri pun ko takde, kan?

Dapur nan sekangkang kera, tapi itulah syurgaku. Alhamdulillah....
Dalam kepala dah berangan macam-macam nak buat camane dah.... hehe

Target lain yang tak kurang penting adalah bahagian lampu dan pencahayaan. Tu pun jenuh nak mengira dan menilik lampu paling cocok dengan tema rumah....
Dan langkah sebaiknya adalah recce kedai terbaik dengan design terbaik dan harga terbaik.
Dengarnya sekitar Puchong memang sangat banyak kedai.

Takpa. Slow and steady ja BH.
Jalan masih jauh, berdikit-dikitlah.
:)

Comments

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood