Masa Depan. Inshaa Allah....

Dalam zaman ekonomi tak menentu dan desakan harga rumah yang semakin menaik dan menaik, memang semakin sukar untuk orang muda (macam aku, hehe) memiliki rumah sendiri. Rumah atas tanah (landed property) pun susah, lantaran harga yang semakin mahal.
Ditambah dengan karenah berurusan dengan bank yang sukar lulus, tapi aku tak hadapi benda yang sama.

 
Panoramic view of the houses area....
(klik gambar untuk view lebih besar)

 Cuma niat untuk memiliki rumah tu bagi aku agak lewat; dah berusia 30-an baru nak pasang niat. (berusia ke? hehe). Sepatutnya mungkin seawal yang boleh...

Alhamdulillah, kawasan Jalan Kebun kalau di Selangor ni memang tengah pesat membangun dan rumah yang aku beli ni memadai dengan kemampuan aku. Banyak jugak projek perumahan yang pesat membangun sekitar sini. Tambahan pulak landed property, adalah sikit kawasan untuk anak-anak (dah ade anak ke?) bermain depan rumah....dengan harga yang bolehlah diterima akal yang sesuai dengan kemampuan aku sebagai gomen servant ni, berpadanan dengan lokasinya; bagi aku semuanya - syukur. 4 Bilik Tidur & 2 bilik air...


Seronoknya memiliki rumah sendiri ni Tuhan saja yang tau. Dalam kepala memang pasang angan-angan nak buat itu-ini, tapi kena check kocek sendiri la, mampu ke tak. InshaAllah, aku cuba berdikit-dikit. Yang penting benda asas dalam rumah tu didahulukan.

Surinya saja yang belum ditemu-in donk! hahaha

 
Pandangan dari depan rumah....
  
Pandangan dari sisi kiri...
  
Pandangan dari sisi kanan...
 
Another panoramic view of the neighbourhood.... 

Proses pembelian rumah ni sebenarnya berlaku sangat cepat bagi aku. Allah dah mudahkan urusan aku untuk mencari, menguruskan pinjaman, guaman dan macam-macam gedebak-gedebuk urusan pembelian rumah.

Aku mula recce rumah ni awal tahun ni, tu pun hasil bantuan BFF terbaik pernah aku ada. Dia memang banyak membantu aku la, sebab dia memang banyak experience.....Aku dapat rumah ni lepas dok survey kat area ni, call agen dan pi kat office diorang kat atas Bangunan Tabung Haji Klang.

Masa memula tanya tu, banyak jugak projek yang masuk dan naik, dan perumahan yang aku nak cari asalnya takda lot yang kosong dah, tapi sebab ada yang surrender pasal bank tak approve loan, aku dapatkan yang tu. Lagipun, perumahan ni dah mula pembinaan tahun lepas lagi. Jadi dan nampaklah progress naik rumahnya...

Lepas berurusan dengan BPP (Bahagian Pinjaman Perumahan) dengan segala bagai dokumen, akhirnya selesai dah sampailah hari ni. Cuma masalah berurusan BPP ni adalah komunikasi. Aku sebagai first-experience buyer, of course la banyak benda nak tanya. 

Nak pi terus kat BPP kat Putrajaya tu boleh, tapi mesti dia suruh kita call je kalau ada problem. Problemnya kalau call 3 hotline yang memang hot tu, tak berangkat dan asyik melayan operator mesin penjawab tu apekes?

Takpe la, semua pun dah selesai sekarang ni. Anggaplah tu semua dugaan sebelum nak dapatkan sesuatu. Allah dah bantu mudahkan proses aku sebenarnya....syukur. Cuma lantaran kelewatan pembayaran 10% oleh BPP kepada developer, aku dikenakan interest sikit. 

Sekarang ni dalam proses nak ambik kunci, tunggu developer checker datang Isnin depan untuk check kalau-kalau ade defects, harapnya takde la....

Semoga semuanya dimudahkanNya....

Sekian. Daaaaa.....!

 

Comments

  1. alhamdulillah.. yeay dah beli rumah, cepat2 cr surinya ye.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Tahniah u. Cantiknya umah dia.... mesti nak hias2 kan kalo dah masuk nanti. wowwwwww.... :)

    ReplyDelete
  3. juelee
    baekklaaa.....doakan aku ye...hehehe

    yass
    opkoslaaa....ko pun berumah baru jugak kannn???
    surinya bilaaa?

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...selesai semua tu terasa lega kan...
    syoknya dh dpt beli rumah.... saya bila la dpt beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pasang angan2 laa....
      hidup makin sukar skrg ni, jadi kena pandai2 laaa...
      tak dpt rumah besar, rmh kecik pun jadilaaa.... :)

      Delete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Jangan fikir lama-lama nanti dikebas orang...