Doa Akhir Tahun & Awal Tahun..


Sama-sama kite berdoa bersempena kunjung tibanya tahun baru di dalam Kalenar Qamari atau Kalendar Islam...

Bersama-samalah kita mengaminkan...

Doa akhir tahun 1429 Hijriah

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.
Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.
Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah.
Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa tahun baru 1430 Hijriah

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.
Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka

Semoga dengan hadirnya lembaran tahun baru ini, bersama-sama kita memperbaiki diri dan terus berusaha menjadi ummah terbaik di sisi Manusia dan Pencipta.
Insya Allah.

Salam Maal Hijrah 1430H.

ps: ternyiang2 melodi lagu Satu Muharam di telinga...

Comments

  1. salam maal hijrah chekgu! :@

    ReplyDelete
  2. Amiiin..
    Tadi akak berjemaah dengan anak-anak perempuan je kat rumah,Alhamdulillah, dapatlah melakukan amala-amalan yang digariskan menjelang tahun baru. Suami balik dari masjid, dia merungut...."Imam masjid tak baca doa-doa tu...buat macam biasa je" Lupa ke apa Pak imam ni...

    ReplyDelete
  3. ternyiang-nyiang ke terngiang-ngiang? aku rasa BM yg betul terngiang-ngiang. hehe, tetiba plak aku jd chekgu BM :p

    ReplyDelete
  4. KNizam
    salam hijrah utk KN jugak!

    xiiinam751
    bukan semua org yg rajin nak buat cemtu...
    termasuklah saya...
    semoga tahun baru, smgt pon baru..insyaAllah..

    hayad
    dah ganti kaklah ke nih??
    haha...

    terngiang2...kang aku btolkan la...malas!
    tenkiu sbb btolkan aku...

    ReplyDelete
  5. aminn,
    semoga kita semakin maju ke depan dan tidak ke belakang..:)

    ReplyDelete
  6. arsaili
    for the better years ahead...

    benludin
    insyaAllah...
    perot pon same ye..hehe

    ReplyDelete
  7. salam maal hijrah...

    apa hijrah tahun ni??

    ReplyDelete
  8. ku tak sempurna
    berhijrah ke lebih baik...dari semalam dan tahun lepas...
    insyaAllah...
    hijrah jadi guru yg lebik mantap dan syumul dalam semua hal..
    insyaAllah....

    chi am
    selamat am...!

    ReplyDelete
  9. salam awal ramadan chekgu BH ittewww..

    ReplyDelete
  10. ooops sori uolllss, maksud me 'awal muharram'

    ReplyDelete
  11. salam maal hijrah..
    semoga hijrah kali ini memberi pengertian yang lebey buat cekgu..
    semoga sentiasa di bawah rahmatNYA...
    Aminnn..

    ReplyDelete
  12. salam hijrah..

    moga ketemu jodoh tahun ini.... waduhhhhhh!

    ReplyDelete
  13. Salam Maal Hijrah 1430H chekguBH :)
    apa azam kau eh? :f smg bertemu jodoh yg baik2 yek

    ReplyDelete
  14. en_me
    ammvoii, tersyasyul2 en me ittew...

    juelee
    insyaAllah..tahun baru, cabaran baru...

    abahfateh
    amiin...hehe...

    snm
    same lak doa ko ngn org atas nih...dah pakat ke???

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood