Menginjak Tahun...Bertambah segalanya....

Salam...

Kita semua tau yang tahun 2008 bakal mengintai kita dan tahun yang lame mengundurkan diri.
Aku pasti kite semua pasti mempunyai coretan dan nukilan yang diukir sepanjang hampir 365 hari yang lalu...

Nak difikirkan, nak diimbas, nak dijejak semula apa yang dah berlaku bukanlah mudah dan yang pasti ia akan menjadi titik dan noda hitam putih yang mencorakkan siapa kita pada hari ini...
Letih la nak berdramasastra nih...
Jadi, bersempena dengan tahun baru ni berlumba² kita untuk memasang angan² aka A Z A M yang belum tentu yang tahun ini sudah termakbul semuanya...
Bukan apa, dengan adanya cita², angan² atau bahasa manisnya; [A Z A M] ni pastinya membuatkan kite lebih bermotivasi untuk menuju ke arah itu.
Kan....??

Sepanjang tahun 2007, aku menjalami satu ceritera hidup yang pelbagai...
dari satu kerja ke satu kerja yang lain..
Dari kerani am syarikat Abah sendiri --> pelatih guru...
Satu perjalanan yang sangat bermakna dan signifikasinya aku dah rasa....
Masa depannya mungkin masih jauh di depan...
Yang pasti, akan aku tempuhi segala rintang dan onak di depan dan takkan aku persia akan segala kualiti yang ada pada aku ni...
Inshaallah....


Selain itu, aku semakin melibatkan diri dalam dunia blog yang semakin hari semakin menjadi ini...
Berkawan dan bercanda walau tak bersua muka, sedikit sebanyak merapatkan dan membina ukhwah yang lebih gedang lagi...
Realiti mungkin tak sama seperti fantasi...
Tapi inilah sebenarnya...
Dalam tahun yang bakal menjengah ni, aku akan lebih bergiat lebih lagi dalam bunia blogging yang sebenarnya membawa pelbagai kelebihan...
Dari sini aku kenal lebih ramai manusia yang boleh menjadi sahabat...

Dalam nilai peribadi dan kualiti diri aku, aku mempunyai A Z A M yang akan cuba digapai...
Menjadi seorang guru yang berkualiti, dedikasi dan bermotivasi adalah target...
Dan aku percaya bukan mudah...
Dan mungkin di dalam usia yang bakal menginjak ke angka 1/4 abad...
Mungkin masa yang sesuai untuk aku menjejaki dan mencari "SESEORANG"....

Terima kasih untuk segalanya...
Terima kasih untuk semua yang terlibat di dalam hidup aku...
Terima kasih atas segala kenangan manis dan pahit...
Terima kasih atas penerimaan aku seadaanya...
Terima kasih kerana menerima aku tanpa sebab...

TERIMA KASIH...

Yang pasti, tahun akan datang akan menjadi satu tahun yang bermakna dan semoga dunia kita akan aman selamanya....

Hari ini lebih baik dari semalam
Hari esok lebih baik dari hari ini...

Inshaallah...

Selamat Datang 2008!

Comments

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood