Ulang, Tambahbaik atau Lakar Sejarah Baru Untuk 2015.

Alhamdulillah....segala peristiwa suka-duka 2014 dah berakhir. Lembaran 2015 membuka halamannya. Sebagai perkara yang lepas, biarkan lepas. Dan jadikan ia sebagai pedoman supaya lebih kuat.

Aku nak tutup buku lama. Buku baru ditulis dengan catatan yang lebih baik dan menggembirakan. 
Pendidik macam aku ni, awal tahun dan hujung tahun pasti akan sibuk. Awal tahun, diberi tugas dan tanggungjawab baru. Hujung tahun, masa untuk kemaskini dan sudahkan apa yang telah selesai...
Awal tahun kami ada Sasaran Kerja Tahunan (SKT). Di situlah diberikan portfolio kami untuk sepanjang tahun ini jika tak digerakkan (dipindahkan atau berpindah sendiri) dari sekolah.

Tahun ni, banyak yang dimoderasi (untuk diri aku berbanding tahun lepas) dan di"modified" untuk beberapa jawatan penting. Tapi, masih banyak seperti selalu....tapi, takde masalah pun sebenarnya, sebab segalanya kena dengan minat dan keupayaan kita....
Kitab SKT kami. Ini yang selalunya dinanti-nantikan oleh semua cikgu untuk tahu apa yang bakal dihadapi....

Esok dah nak mula sesi persekolahan 2015. Semoga aku dan kawan-kawan pendidik dapat laluinya sekali lagi sepanjang 190++ hari persekolahan. Kita pernah buat dan kita akan dapat buat dan laluinya dengan jayanya tahun ni; sekali lagi.

Buku Rekod Pengajaran Harian 2015. 

Selamat berjaya mengharungi Hari Pertama Persekolahan 2015, esok.

Antara sejarah yang pernah dilakarkan 2014, semuanya manis.

 
Penemuan Logo Stallions 24, dan penghasilan jersi ragbi dengan design tersendiri....


Johan MSSD PPD Petaling Perdana 2014.
 

 Tema "Kuning-licious" dan Bala Tentera Kunions....hehe


Johan Keseluruhan Temasya Sukan 2014.

Sesi fotografi Team Ragbi Rimau "The 24 Stallions"

 Johan Negeri Karnival Tunas Mini Olimpik Ragbi Rimau Peringkat Negeri Selangor 2014.


KBai!


ps : Lepas ni kena mengacu baju baru untuk kerja esok. Baju beli tahun lepas, saiz diacu pun tahun lepas. Harapnya masih muat. Huhuhu



Comments

  1. Selamat Bertugas...
    Semoga tahun 2015 lebih suksess dan cemerlang..

    ReplyDelete
  2. Ya...Selamat menjalankan tugas, cikgu. Semoga anak2 bangsa berjaya menjadi insan berjaya dan berguna dibawah didikan cikgu.
    Betapa murni dan mulianya tugas seorang guru...

    ReplyDelete
  3. Selamat menjalankan tugas Cikgu! Dulu housemate kerja cikgu, faham sangat kalau awal tahun ni. Memang busy memanjang, banyaknya prepare untuk aktiviti sukan sekolah.

    ReplyDelete
  4. Selamat menjalankan tugas utk kejayaan anak2 bangsa. Selamat menempuh sesi persekolahan 2015. Semoga segalanya berjalan lancar & berjaya... aamiin.. :)

    ReplyDelete
  5. Selamat menjalankan tugas ya CBH ..Semoga 2015 menjanjikan yang terbaik untuk untuk CBH...Semoga segalanya dipermudahkan ..InsyaAllah ..aaamin aamin aamin

    ReplyDelete
  6. wah...byk nya jawatan yg di sandang..u can do it dan selamat kembali ke sekolah

    ReplyDelete
  7. Oh.. cikgu sek. sek 24, shah alam ye.. selalu juga lalu kawasan tu hehee. Selamat bertugas dgn penuh semangat baru di tahun 2015 ini.. :)

    ReplyDelete
  8. datang BW tapi entri baru ada satu je :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ckgu bz tu...tambah skrg ni musim bdk sekolah ada sukan rasanya...

      Delete
  9. menarik betul mascot dispicable me tu.. boleh buat ni

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. ehh..takkan ZF tak tahu..mengacu, diacu tu kan lebih kurang acah-acah bukan acar-acar..

      Delete
    2. hahaha...kelakar la korg ni...
      mengacu baju tu macam mencuba baju laaa

      Delete
  11. Saya murid pertama SK Seksyen 24 Shah Alam. Pembukaan sekolah tu saya murid seniornya di tahun 6. kini saya juga seorang guru. sekolah tersebut banyak meninggalkan kenangan manis untuk saya. guru kelas saya dahulu En. Satali bin Bawok saya ingat lagi, dialah idola saya untuk menjadi guru. kenangan manis saya sebagai murid kini saya abadikan semana mendidik anak-anak murid saya kini. SK Seksyen 24 sentiasa dalam kenangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.....ada bekas murid yg dah jadi guru sekarang....sekarang bertugas di mana?

      Delete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood