Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood

Entri aku ni sebenarnya tak ikut timeline visit aku kat sana. Aku main taram je la sebab peristiwa dah berlaku lebih setahun lepas kot. Manalah nak ingat semua sebab aku dah tua & banyak termakan semut kot. Haha.

Ok. Sambung cerita. Destinasi waktu malam yang boleh dituju untuk isi perut atau jalan-jalan adalah di Pasar Malam Sinsuran. Pasar ni terletak di Lorong Guomantong, betul-betul tepi jeti laut. 
Landmark dia adalah bersebelahan Pasar Kraftangan Kota Kinabalu atau dikenali sebagai Pasar Filipina.

Hamparan seafood dari laut....sedap mata memandang, rasanya sedap ke tidak belum tau...

Pasar ni sebenarnya kalau kita datang pada waktu siang memang tak wujud. Waktu siang, kalau kita datang - kosong; takda apa pun. Yang ada cuma aktiviti nelayan yang turunkan hasil di sini.
Bila menjelang malam je, memang macam pesta. Siap ada kerusi meja untuk pelanggan makan di sini.
En. ZE khusyuk menelek mana satu hidangan yang jadi idaman hati....

Suasana di pasar lautan seafood ni memang tak ubah macam kalau kita pergi Foodcourt kat Uptown Seksyen 24. Pantang kita lalu je, peniaga tak jemu-jemu mempelawa kita untuk singgah gerai mereka. Jadi, terpulanglah kepada kita untuk singgah atau tak.

Dan kerana pilihan sangat banyak, saingan sangat sengit dari peniaga lain - kita sebagai pelanggan kenalah pandai memilih. Kita ada pilihan sebenarnya kalau nak menikmati makanan di sini. Pilih lah samada:

#1 Kita pilih ikan/udang galah/ketam atau apa saja yang ada terhidang di sini - lepas kita pilih, dia akan bakar semula/panaskan ikan tu dan hidang kepada kita. atau

#2 Kita pilih ikan/seafood yang fresh, masih belum dibakar, akan ditimbang dulu dan dia akan buat ikut selera kita, nak bakar, atau dibuat masak apa sahaja. Just name it.

Kalau diperhatikan, memang kita akan jadi rambang mata....pilihan sangat banyak.
Sudahnya kita akan jadi kenyang dengan melihat je...hehe


Pilihan yang dibuat ada pro dan kontranya:

Pilihan #1 : harganya murah, dah ditetapkan berapa. Dan lebih cepat dihidang kepada kita. Hidangannya lebih mudah dan ringkas, dia panaskan dan dihidang dengan sos pilihan, air asam atau kuah kicap - tapi; ada sebahagian makanan ni yang di"recycle" selama berhari-hari akibat tak habis dijual. Nak-nak kalau spesies udang karang (lobster) yang mahal tu.
Agak-agak la, kalau tak habis dia akan buang ke? Lu pikirlah ye...


Pilihan #2 : Pilih lah seafood yang berkenan di mata - katanya fresh dari laut. Check dulu. Dah puas hati, dia akan timbang dan dia akan tanya nak masak apa. Harganya ikut jenis. Tanyalah dulu dengan peniaga tu.
Dia akan masak ikut apa yang kita mahu, dan dalam < 20 minit akan sampai. Panas dan baru dimasak.
Tapi, ada masanya (masa aku order hari tu) hidangannya entah apa-apa! Masakannya tak kena dengan tekak kami, tapi kami telan sebab dah order. Huhu.
Dan tipsnya ialah - jangan order ikan pelik-pelik kerana termakan dengan bujukan dan ayat power dari sang peniaga. Jadi, order ikan biasa-biasa je.

Aku order ikan pelangi tu, ikan apentah, aku kurang pasti. Mintak dia bakar je. Tapi bakar stail dia la....Harganya boleh tahan mahai...huhu

Antara makanan yang signature di Pasar Malam Sinsuran - kepak ayam madu....wajib beli sebab semuanya sedap! Buat kudap-kudap je...

Tertekan agaknya dengan pilihan seafood yang pelbagai...

En ZE tengah text anak-bini kot....rindu katanya.... :P

Kerapu masak 3 rasa - their own 3 rasa punya style...huhu

Ikan pelangi bakar - isinya agak lembut, dan agak bertulang...
sos mereka pun pelik sikit....telan je laa....

Ni muka puas hati ke ape?

Overall, pengalaman makan seafood di pasar ni boleh tahan. Maybe kita tersalah pilih gerai sebab takde experience. Jadi, belajarlah dari pengalaman....
Tapi pasar ni seronok sebab meriah dengan manusia. Pengemis di kalangan kanak-kanak pun banyak. Terpulanglah nak layan atau tak. Dan ada antara mereka adalah anak-anak peniaga di sini. Aku dok perati je sebenarnya diorang ni.

Okela. Sehingga di lain belog. 
Jangan lupa janji CONTEST kita ye? Nantikan...



Comments

  1. Pergi Sabah ni memang rugi kalau tak try seafoodnya. Memang murah harganya kalau nak dibandingkan dengan yang kat Semenanjung. Paling awesome udang kara nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu....cuma kena pandai pilih tmpat..selain kt sino, kat luar KK ade jugak feveret spot makan seafood. Sedap dn murah...
      Sy teringin p itmpt tu...

      Delete
  2. Kalau ke sabah jom ke tawau. Makanan dia lagi best. Hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaaa....tu antara wishlist saya kalau ke Sabah lagi sekali nanti.
      bila tu tak pasti, tapi mmg nak pergi area Pantai belah sana....
      Sana pun cantik2 jugak tempatnya..... :)

      Delete
  3. Kenapalah duhai gambar... Menjemput hati lara.... huwa... ngidam menda yang mahal tu... yang ada galah tu.... huuuuuuu.... dugaaannnnn...

    ReplyDelete
  4. kalau JM akan pilih pilihan#2..tak nak lah yg siap bakar pastu panaskan..ntah bila dorang bakar..makan nanti sakit perut...maybe salah pilih kedai itu sbb kurang menyelerakan..ikan 3 rasa tu pun nampak sendu je

    ReplyDelete
  5. ketam, udang ikan.. dpat kat saya.. memang meratah la..

    ReplyDelete
  6. Great and that i have a dandy provide: What Renovation Expenses Are Tax Deductible for home renovation

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...