Nikon AW100 - Rebiu dari chekguBH. Sebuah digicam underwater yang kewl!


Sedikit review dari Youtube. Sila abaikan gadis berbikini itu. Anggaplah anda terpandang sekali dan ia adalah rezeki anda. jgn pandang 2 kali yea....dosa...hikhik.

Dah lama jugak la beli digicam ni. Dan dah lama jugak ngidam...Senang je nak buang gunakan duit dgn sebaiknya kan?? 
sumber dari link Nikon AW-100 ini. 

Digicam ni datang dalam pelbagai warna dan varian. Tapi colour Oranje ni juga yang menarik hati ini.
Dan camera ini susah juga nak jumpa kalau tak pergi ke "lubuk"nya. Jenuh juga cari di kedai-kedai camera biasa. Memang tak ada. Kalau nak mudah kena pergi ke LowYatt la...konfem boleh jumpa.

Aku ni memang sangat anti jalan2 kat KL. Serius tak suka. Jam mmg buatkan aku takde mood. Jadi, aku lebih suka bershopping di sekitar Shah Alam ja. Aman dan jam-free....
Berbalik kepada camera yg sgt2 aku idamkan ini membuak2 teruja nak buang duit membelinya masa ada so-called digital-fair di PAS (Plaza Alam Sentral) ni.

Sedang jenjalan dgn Abang aku, terjumpa dan terus berkenan. Belek2 dan bersoaljawab tentang kemusykilan agama pasal kemampuan camera ni, dan2 terus grab. Rasanya harga yg ditawarkan agak reasonable dan terbaek...tunggu apa lagi.

Selepas dicuba selama beberapa kali, hasilnya tak mengecewakan di atas dan juga di dalam air. Dalam air mmg terbaekk la performancenya. Rasa macam kewl sgt2 bila dapat snap photo dalam air.
Nanti akan aku tunjukkan beberapa hasilnya.

Beberapa snap dari camera Note ku..... view 360 agaknya...







Apa yang aku boleh komen pasal performance underwater camera ini ialah: SUPERB!
Sekian.... :)

Comments

  1. Baru je ushar 2 hari lps...harga brp? DI bangi dlm 1k

    ReplyDelete
  2. @cikgu Naman
    aku bli aritu, RM960 la lebih kurang. kedai dr lowyat katenye, dtg PAS tuk IT fair tuu....
    rase bleh dpt murah lagi kot... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood