Buraq & Ketika Israk...

********************************************************************
BURAQ

********************************************************************

Lakaran buraq - wikipedia

Buraq dari segi bahasa bererti "kilat cahaya". Ia adalah sejenis makhluk menyerupai haiwan, besar sedikit dari himar (keldai) dan kecil sedikit dari baghal (haiwan kacukan keldai dan kuda). Diriwayatkan juga buraq ini merupakan makhluk yang menyerupai haiwan lagenda iaitu seekor kuda putih yang bersayap burung berbulu pelepah yang besar.

Namun ada juga yang mengatakan buraq menyerupai burung putih yang besar. Walaubagaimanapun ia dijadikan oleh Allah bukan dari jenis yang berdarah, berdaging dan bertulang belulang seperti haiwan, sebaliknya ia diciptakan daripada cahaya.
Mengikut satu riwayat Buraq yang dipilih oleh Jibril ini merupakan satu-satunya haiwan yang mempunyai ciri teristimewa kerana sejak mendengar nama Nabi Muhammad, ia tidak tahan menanggung rindu sehingga tidak lalu untuk makan dan minum, bahkan saban masa duduk menangis tersedu-sedu.

Buraq yang dibawa oleh Jibril itu agak liar tetapi bila Jibril mengatakan yang Nabi Muhammad akan naik di belakangnya, badannya berpeluh dan dengan rasa malu merendahkan badannya untuk ditunggang oleh Nabi. Buraq terus membawa Nabi dengan diiringi oleh Jibril di sebelah kanan dan Mikail di sebelah kiri. Maka bermulalah perjalanan yang amat bersejarah.

Hikmah dijadikan buraq yang berfungsi sebagai kenderaan dan pesawat angkasa menyerupai seekor binatang walaupun unsur kejadiannya daripada cahaya, adalah bagi memudahkan Nabi Muhammad s.a.w. memahami tujuan Jibril datang membawa makhluk menyerupai haiwan untuk dikenderai oleh Nabi s.a.w. dalam peristiwa Isra dan Mi'raj. Kerana kenderaan yang lazim digunakan oleh manusia pada ketika itu ialah haiwan sama ada unta atau kuda dan seumpamanya.

Buraq mempunyai kelajuan yang luar biasa iaitu selangkah kakinya memacu, bergerak sejauh mata memandang. Sesuai dengan hakikat 'zat' lembaga buraq yang dijadikan oleh Allah SWT dari cahaya.

Ahli sains juga mendapati bahawa pergerakan yang paling pantas di alam maya ini ialah cahaya. Dalam kelajuan seperti cahaya, membolehkan Nabi s.a.w. tiba di Masjid al-Aqsa Baitul Muqaddis dalam waktu yang singkat.

Sedikit trivia tentang sesuatu berkaitan buraq:
  • Tembok Barat di Baitulmuqaddis dipanggil sebagai Tembok Buraq di mana baginda menambat Buraq di situ.
  • Dua syarikat penerbangan dipanggil sempena Buraq iaitu syarikat penerbangan Libya, Buraq Air dan syarikat penerbangan Indonesia, Bouraq Indonesia Airlines.
********************************************************************
ISRAK
********************************************************************
Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

  • Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);
  • Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
  1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
  3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
  4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.
  6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
  7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
  10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
  11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia.. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
  12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
  13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. :

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

(Surah Al-Israa': Ayat 1).

Wallahua'lam..

Comments

  1. Bagus info ni! leh bg bdk2 kat skolah baca sama !

    mekaseh ek!

    (psstt...sihat ke?)

    ReplyDelete
  2. Sesuai dengan title cikgu, memberi dan menyampaikan......

    ReplyDelete
  3. UUhhhh ... dunia dah semakin sampai ke penghujungnya. Dah terlalu banyak tanda2 nye ... Semoga kita insaf ...

    ReplyDelete
  4. moga kita tidak berada dalam golongan yang mendapat kecelakaan di akhirat nanti


    amin

    ReplyDelete
  5. subhanaAllah, maha suci Allah, semoga kita mendapat hidayah dan pengajaran dari kisah2 isra' mikraj itu..
    alhamdulillah, tima kasih cikgu diatas info yg berguna..

    ReplyDelete
  6. su
    same2...kite kan cikgu...
    kite menyampaikan...sampai budak2 paham...kan??

    TokNabe
    my pleasure...

    Precious
    dah tua pun usia bumi kite nih...
    same2 la kite muhasabah...

    pB
    amiin...

    secangkir madu merah
    same2. kite berkongsi bende yg baik ape salahnye..

    benludin
    erm..biase2 je nih...

    ReplyDelete
  7. tahniah bro. tak ramai blogger malaysia khasnya yg Islam buat mcm ko ni. mungkin terlupa kot..

    ReplyDelete
  8. zaryl
    aku ceok sane dan sini sumber...
    tu yg gabung buat entry nih..utk knowledge aku jugak...

    ReplyDelete
  9. seperti biasa, ko tetap memberikan info2 yang menarik dan berguna untuk dikongsi bersama..syabas

    ReplyDelete
  10. thanks for sharing. lagi2 di zaman manusia banyak dah lupa kisah2 nabi dulu (aku lah tu!)

    =)

    ReplyDelete
  11. salammm jumaat chekgu BH tewww..

    ReplyDelete
  12. Time kasih chekgu.. akak rasa first time akak baca artikel buraq ni.. yang list bawah tu ada jugak tahu sikit2..
    takut rasanya dengan siksaan yang tertulis tu...

    ReplyDelete
  13. blinkky
    erm...ok la...

    yOnnA
    same la kite...

    en_me
    salam jumaat en me itteww...

    Neeza Shahril
    semoga kite same2 insaf...

    Jard The Great
    same2...

    ReplyDelete
  14. terima kasih ..
    sharing is caring

    ReplyDelete
  15. terima kasih atas perkongsian ilmu......

    ReplyDelete
  16. salam Cikgu BH

    Pembetulan : gambar yang tertulis Masjid Al Aqsa di dalam gambar di atas ialah gambar masjid Kubah Emas. masjid al aqsa sebenarnya berada lebih kurang 400 meter dari masjid kubah emas tersebut.

    apa pun memang menarik cerita Isra Mikraj ini.

    TQ

    ReplyDelete
  17. zonaku
    same2... :)

    razifembi
    salam cikgu...

    oke..tq atas pembetulan...saya pun kurang ilmu...
    saya pun google masjidil aqsa, itu yg keluar...
    tq skali...
    itu sekadar illustrasi...
    kalau sempat, saya betulkan...

    ReplyDelete
  18. salam cikgu. huhuhu

    info yg bagus ni..
    tapi kan maza ada komen sebelum ini di sini. tapi komennya hilang begitu sahaj.. aderkk

    rugi loo

    huhuuh

    ReplyDelete
  19. maza
    aiyak...sape buang komen tu??
    saya tatau....
    saya tukang jwb je...
    kalau sensitif baru saye cut ke ape yg patutu

    ReplyDelete
  20. hazeleyed
    huhu...saya meng-compile saje entry nih, ceduk sini skit, sane sket...

    ReplyDelete
  21. Peristiwa Israk Mikraj harus di bawa kedalam yang bermaksud ilmu kita menuju mati. Bersediakah kita. Kenalkah kita akan mati. Dari penyucian jiwa kepada penyucian diri. Ia sangat mendalam pengertiannya. Kalau rasullulah boleh mengapa tidak kita. Seperti pernah Guru aku berkata bukan kisah yang di dengar, tapi isinya yang di ambil.
    Walahhulalam

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood