Untuk Wanita SAHAJA...

Tempat letak kereta untuk wanita di Sk*d*i Parade

JOHOR BAHRU 26 Julai - Pusat beli-belah Sk*d*i Parade mencipta sejarah tersendiri apabila menyediakan tempat letak kereta khas untuk golongan wanita bermula kelmarin.Bagi membezakan, tempat letak kereta di aras B2 bangunan berkenaan turut dicat dengan warna merah jambu.

"Penyediaan tempat letak kereta itu bertujuan untuk memberi keselesaan kepada pelanggan wanita.

"Malah, kami juga akan meningkat tahap keselamatan di kawasan berkenaan dengan memasang banyak lampu bagi tujuan tersebut," demikian menurut Skudai Parade dalam kenyataan di sini semalam.

Menurut kenyataan tersebut, pihak pengurusan pusat beli-belah itu turut menyediakan perkhidmatan pengawal peronda dan pengawal keselamatan di kawasan tersebut.

Petikan Utusan, 27 Julai 2008


Korang rase berbaloi ke idea tu?? Brilliant enough?? Tempat letak kereta yang khas bagi tujuan tu?? Tahniah utk pusat membeli belah itu utk inisiatif yang cukup murni tu..


Aku perasan pasal bende ni pun semalam, mase tengok Buletin Utama, dah hujung2 sebelum habis berita. Katenye adalah (mungkin) bertujuan untuk mengurangkan masalah jenayah yang biasanya berlaku di parkir kereta. Dan pada peringkat permulaan, parkir untuk WANITA SAHAJA ini akan dikhaskan untuk 20-3o petak sahaja.

:puteh_21:Dari satu sudut yang positif;

kita nampak yang bende ni akan membuatkan pengunjung mall tu rase lebih secure sebab ade parkir khas diperuntukkan utk mereka. Jadi, tak perlu risau dengan masalah yang akan berlaku spt jenayah ragut, rogol dan bunuh dsb. Dengan langkah mitigasi kawalan keselamatan yang diambil cam disebut kat atas tu, insyaAllah segala perkara yang tak diingini akan dapat diminimumkan.

Itu dari satu sudut optimistik.

:mGergaji:Dari sudut yang negatif pula,

Walaupun dengan segala bagai mitigation measures yang diambil tu, sejauh mane keberkesanannya? Mau ke pak guard tu nak meround setiap minit kat area tu? Sejauh mane rajinnya pak guard tu? Kalau kite sebut pak guard nih, org slalu prejudis dengan reliability dorg.

Eg: dorg nih kadang2 kite tgk dorg ni bukan selalunya buat keje pun, ramai yang ngular, ramai yang dok lelap diulit intan sebab dah tak tau nk buat ape dah. Bukan semua Pak Guard cemni, ada gak yang dedicated tapi yang biase kite nampak cemni laaa...
Lagi2 kalau implementation nye bersifat "luke-warm of the chicken shit"...Naye ooo...

Satu lagi, dengan meng-assignkan parkir KHAS UNTUK WANITA sahaja, ini akan lebih memudahkan kerja si penjahat ni. Sebab dah ade tempat yang boleh jadi port dan target utk lebih senang dikerjakan. Kan?? Bende yang luas skopnye, telah dinarrow-downkan oleh system ini.

Dan ade lagi sebab yang bulih diberi, cume ini pandangan personal aku. Ada pros dan kons nye...Tapi kita kene appreciate niat murni-sejati-mulia mall ni, utk memberi kemudahan kepada pelanggan wanitanya. Almaklum la, wanita kan sinonim dengan shopping-moping ni kan???

p/s: Aku pun suke shopping gak, tapi skali-skale la...dan aku bukan wanita..Hehe..
Peace y'all....
:puteh_7:Auummm....

Comments

  1. tp skudai parade tetap x ramai sgt org dtg. hahaha...

    mungkin ngan cr ni dpt tarik org dtg pas ni...

    ReplyDelete
  2. cukup ke 1 floor utk parking wanita... rasanya mcm tak cukup jek... elok the whole parking tu utk org pompuan... :D baru la best...

    ReplyDelete
  3. sultan
    Bleh ke tarik org dgn care camni???
    Err...barang kat sane xbes ke sebab ape tak ramai??

    ku tak sempurna
    tamak no hang nih...isk2...

    ReplyDelete
  4. oooo...petak dia lebih beso ke?
    muahahahahaha...senang nk park

    ReplyDelete
  5. KakJIe
    I think its normal size..unless u r driving a tank...huhu...
    Nak side parking xkan xkatam2 lagi kot kak?Hehe... :p

    ReplyDelete
  6. Buang karen je Yonna..
    Peringkat permulaan tp rasenye takkan diteruskan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Jangan fikir lama-lama nanti dikebas orang...