SELAMAT HARI PEKERJA

1 Mei setiap tahun mungkin hari ni adalah hari yang santai untuk semua makhluk yang bergelar pekerja....Perkataan buruh mungkin agak rough bagi sesetengah pihak tapi itulah hakikat sebenar pekerja a.k.a buruh ni nak-nak lagi di zaman sekarang yang serba-serbinya memerlukan duit. Sampaikan ada yang jadi "hamba duit" semata-mata untuk hidup senang.

Bercakap tentang Hari Pekerja ni tema tahun ini di Malaysia khususnya adakah "Pekerja Produktif, Negara Kompetitif" ...Memang bertepatan la dengan Malaysia sebab sekarang ni Malaysia sedang "berusaha gigih" untuk mencapai taraf negara maju dan itu bukanlah satu misi yang dapat dicapai dengan mudah dan isu kemiskinan merupakan salah satu aspek yang diambil kira untuk mencapai misi nasional nih..Cewahh hari I Talk seriously pullekk...

Berkisar dengan kerja, bukan semua orang bernasib baik punyai kerja dan kalau aku tak silap statistik bilangan pekerja di Malaysia nih cuma 11 juta out of 26M of Malaysian (the current number of citizenship) and keep counting. Golongan umemployed ini bertungkuslumus di dalam mencari mana2 lubang yang sesuai untuk meneruskan hidup sebab hidup ini mesti terus....Macam situasi aku nih yang masih mencari2 lubang yang sesuai atau pun tak kisah janji apa2 yang menjanjikan duit aku sanggup tempuh...Even aku pernah berkerja kerja-kerja dalam kategori "buruh kasar" ni yang mungkin tak seangkatan dengan kelayakan "U" aku tapi beberapa bulan menempuhi kerja yang tak tentu masa dengan gaji yang rendah dan jarang sekali ada increment aku tak kisah.


Sebab dari situ aku dapat belajar tentang apa erti hidup sebenar dan betapa perit-jerihnya untuk mencari rezeki untuk menyuap mulut sendiri dan belum lagi kalau aku dah berkeluarga nanti. Dan pendapat aku, bukan semua orang sanggup melakukan kerja-kerja kasar yang tiada cuti hujung minggu seperti yang aku pernah alami nih...Bile aku tanya adik aku yang ala-ala malas nak belajar tuh lepas ambil result SPM nak kerja apa...dia cakap tatau dan aku suggestkan kerja jer yang "senang-senang" atau "biasa-biasa" dulu cam kerja yang aku pernah buat dulu then baru la cari kerja elok & dia boleh cakap dengan berlagaknya "TAK MINAT"...aku pun hangin la dengan adik aku tuh dan memulakan cermaha hujung minggu aku tuh..Dah la belajar tak jalan ko nak kerja senang jer...mula-mula nak bekerja kenalah kerja yang susah2 dulu...Ni ko nak kerja goyang kaki jer banyak cantik...!!!

Harapan aku untuk masa depan yang lebih cerah dan promising adalah tinggi kerana aku tahu Yang Maha Esa lebih mengetahui segalanya dan aku percaya setiap manusia di bumi ini telah ditentukan rezekinya dan menjadi susah dalam mencari pekerjaan mungkin satu ujian untuk aku dan aku perlu cekal dan strong sebab kalau aku tak kuat tak dapat mencapai apa yang diimpikan, sebab hidup nih realiti dan bukan fantasi dan bukan mudah menyusur tangga ke angkasa. Bukan mudah menggapai mimpi jadi realiti...Bak kata bait2 lirik Menuju Puncak...

Berkenaan dengan mimpi malam tadi aku bermimpi yang agak pelik dan seakan Drama Minggu Ini. Mimpi aku berkisar tentang nenek aku dan seorang budak perempuan kecil yang meninggal dunia bersama dalam satu hari, dan kedua-dua jenazah dikebumikan di hadapan rumah atuk aku di kampung di Melaka. Masa aku mimpi tergambar jelas yang ada batu nisan di depan rumah tuh untuk 2 buah kubur...Yang peliknya, memang nenek aku dah meninggal dunia 6 tahun dulu dan atuk pun dah kahwin lain...Selain tu kami seisi keluarga seakan "meraikan" kepergian arwah dengan kenduri dan nyanyian nasyid dan aku menjadi salah seorang daripada vokalis utamanya...menyanyikan laungan zikir munajat yang syahdu-syahdan tuh...Memang feeling tangkap nangisla masa tuh...

Dan persoalannya, ada maksud ker di sebalik semua mimpi aku tuh...???Tak kisah laa...

Dan sampai di sini dan sehingga di lain blog...Maassalamah...

SELAMAT HARI BURUH, SELAMAT HARI WESAK & SELAMAT HARI ASMA SEDUNIA...Daa!




Comments

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood