:: Gi Candat Sotong? Seronoknyerrrr....Tapi Penat!!! Part 1 ::

Seperti yang aku dah war2-kan dulu...Aku pi candat sotong di tempat yang pernah aku tinggalkan dulu...Setelah beberapa tahun aku tinggalkan KT, kini aku kembali untuk tujuan yang jauh berbeza dari yang dulu....Kira-2 3 hari 2 malam aku habiskan dengan berlibur seboleh dan semahunya sebab aku sendiri pun tak tahu bila lagi aku boleh dan akan jejakkan kaki ke negeri keropok lekor nih...Kalau diikutkan mahu sahaja aku berjumpa kawan2 lama yang dah bermaustautin dan berkerjaya ataupun masih mencari segulung lagi pengiktirafan akademik di sana, tapi faktor kekangan masa yang dibandingkan dengan bilangan aktiviti yang hendak dihabiskan di sana memang tak mencukupi...Takpelaa maybe lain kali...

Waktu perjalanan yang agak panjang memang menjerihkan samada kita menjadi pemandu atau yang dipandu...masa berjam2 dihabiskan di dalam kenderaan memang sesuatu yang panjang dan itulah lumrahnya...Pulak tuh untuk perjalanan ni aku yang jadi pemandu mungkin faktor usia aku yang lebih muda daripada penumpang yang lain yang agak berusia dan aku dikatakan mungkin "orang muda"; mata terang, kuat lagi, boleh driving malam2...tapi bagi aku sama jugak tak kira tua atau muda, semua akan merasa letih, tenaga yang dihabiskan untuk memandu diakhiri dengan "revitalize' dengan tidur yang cukup...Tu la pasal sampai2 jer kat Ajil; rumah mak kepada Pak Cik Azhar; kawan abah yang nak memandu kami ke semua aktiviti di Ganu nih, kami terus basuh muka ala kadar dan _krooohhh_ terus tidur cam orang pengsan..!!!

Bertolak dari KL tengahari selepas sembahyang Jumaat, pergi ambik Pak Cik Azhar, Si Berahim, gedebak-gedebuk selesai bertolak ke Terengganu pukul 3 lebih....Aku driving pun tak berani nak tekan laju2 pasal roadblock memang berlambak2 on the way ke sana...Paling tinggi aku berani tekan pun 120-130 km/j ikut tempat, sebab polis skang nih bukan pakai perangkap halaju, rekod gambar dan hantar surat ke rumah. Tapi polis akan pakai kamera perangkap halaju kat favorite spot dier dan tangkap no kenderaan dan report kat polis yang buat roadblock kat depan skit...Dan-dan maser tuh jugak ko kene saman kalau ko ditangkap memandu laju...Aku bernasib baik la pasal aku ader tekan laju jugakla, tapi sebab maybe ralat ape, I ain't got caught laa...Tapi berdebarnya masa roadblock tuh Tuhan jer yang tahu, dan bila lepas jer roadblock, fuhh....lega gilaa....Sebab memang aku ade tekan laju skit sebab kalau bawak kereta berat cam Storm tu tak shiok lak bawak slow...
LAJU barula sedap!!!



Dipendekkan cerita pagi tuh, pagi2 lagi kami dah keluar nak pergi memancing kelah di Tasik Kenyir. Aku actually tak berapa nak berminat sangat memancing kelah nih...Kalau candat tuh ok laa...Tapi disebabkan aku tak ada pilihan yang banyak, aku tak kisahlaa...Kalau aku nak memancing, aku pancinglaa, paling tidak pun aku jadi "pemerhati" jelaa....

Lama jugak diorang memancing kelah nih...Kami memancing actually bukan dalam the tasik itself, tapi kat sungai
yang mengaliri ke Tasik Kenyir tu...Tapi mungkin nasib dan rezeki belum lagi menyebelahi kami, bilangan ikan kelah yang diperolehi agak sedikit berbanding dengan hasil pancingan yang terdahulu yang pernah Abah dengan kawan2nya pergi...

Gambar kat sebelah nih adalah gambar lokasi di mana kami pergi memancing kelah yang tak seberapa...Kelah kat sini agak jinak gak, sebab masa aku bermandi manda kat dalam tuh, boleh ikan2 nih jadi friendly sesangat?? Bulih pulak aku kene gigit2 dek anak2 ikan nih...Nasib baikla aku tak jadi makanan anak2 ikan nih..hehehe...Lokasi tempat memancing nih agak tersorok dan sunyi tapi syok, sebab deruan air sungai yang mengalir menyusuri batuan sungai memang mendamaikan...Lepas tensen aku kat sana...Bila dah agak lama aku dok memerhati all these anglers nih mancing, Pakcik Azhar (my abah's friend) ajak aku pi carik rebung...Carik rebung!!!Haaa??!!!Aku tak pernah buat benda2 gitu tapi aku ikut jer...sebab kat sepanjang tebing sungai tu berlambak2 rimbunan pokok buluh dan takkan tak ada rebung...Pakcik Azhar dah ajak, aku ikut jer...

Kami menyelusuri sepanjang sungai menaik menuju ke hulu sungai dan mencari2 rebung....Tapi malang tak ada rebung lagsung! Memang pelik pasal semua rebung dah tak ada pasal mungkin dah ada orang yang dah ambil sebelum nih, jadi kami cuma mengambil daun palas je, buat ketupat palas...Tau ker mak haku buat ketupat palas??? Satu tanda tanya besar bermain di benak fikiran aku...huhuhu...Masa Pakcik Azhar masuk dalam hutan sekejap dan aku dok menunggu kat tepi sungai sementara dia pi carik rebung. Masa aku dok termenung menunggu kat tepi sungai tuh, rasa seram2 sejuk pun iye, pasal aku sorang2 jer kat saner, Abah dan kawan2 pemancingnya yang lain jauh kat hilir sungai...Aku risau2 gak manala perginye orang tua nih, rasa lama jugak dier masuk hutan manatau kalau tersesat jer...Meremang jugak aku dok sorang2 kat situ, tapi lepas a while barulaa Pakcik Azhar keluar...Ada lagi rupanya...Legaaa...

Setelah hampir 3 jam memancing inilah hasilnya....
Hasilnya memang tak banyak tapi tak kisahlaa...sebab Abah aku nih memang obsess skit untuk membela kelah nih pasal potensi harga kelah nih di pasaran memang tinggi. Sepanjang pemerhatian aku, ikan kelah nih kalau yang kecil pun harga dah RM 7-8!!! Kelah yang kami perolehi nih kami bungkus dalam plastik bag elok2 dan kami masukkan oksigen, dengan harapan boleh bertahan lama sampai petang Ahad esoknya...

Lepas habis je mancing kat Sungai Kenyir tuh, kami terus bertolak balik naik 4 wheel drive abah aku tuh merentasi sungai dan balik ke rumah untuk bersiap nak ke laut pulak untuk mencandat sotong...Masa tuh badan semua orang dah lenguh dan penat2 tapi masih bersemangat nak ke laut...huhu...Kami singgah makan tengahari kat satu kedai yang so-called "famous" dengan masakan ikan baungnya yang konon2 sedap...Bagi aku, mungkin bagi mereka sedap tapi bagi aku, biasa saja dan macam tak sedap langsung. Sebab nak jaga hati Abang Mat yang nak entertain kami, aku telan jer masak tempoyak ikan baung yang serba tak cukup rasa tuh...Kalau korang raser sendiri la, aku tatau nak komen aper, tapi pengalaman aku makan masak tempoyak paling tak sedap...

Masakan cenggitu aku raser baik tak payah panggil masak tempoyak, tapi panggil jer masak singgang ker, pindang ker pr what ever laas..sebab raser dier tak derserve langsung diberi nama "masak tempoyak"...aku actually bengang sebenarnye masa tuh, sebab lepas balik mancing for sure la lapar tapi bila dapat makan, makanan yang cam hampeh!!! Memang double-horroble betuii!!!
Pulak tuh, dihidangkan dengan ulam2an yang agak pun tak pernah nak makan sebelum nih sepanjang hidup aku!!! Ni segala ulam ada, ulam daun tenggek burung laa, ulam raja, daun pegaga and entah apa2 lagi entah...Semua ulam2an tuh akan dicicah dengan budu...Lagila aku tak makan, bukan pasal aku tak makan budu ker cencaluk or whatever bende2 yang cenggitu, tapi masakan tempoyak tuh buat kembang tekak aku dan hialang selera makan...Sebab tak berapa nak selara makan, aku habiskan cepat2 dan cuci tangan...huhu...bila disua untuk tambah lagi nasi, TAKPE laa...huhu!!

Bukan aku tak biasa makan tempoyak, cencaluk, budu sumer, padahal makanan tuh laa yang aku dok telan hari2 lagi2 masa bulan puasa dulu maser kami bersahur sama dengan Amri, Hilmi, Razif, Sai and Epul...Kalau la korang ingat balik macamaner kite ratah jer cencaluk dari pemberian dak Eija Kecik yang diimport khas dari Melaka yang dimakan dengan telur dada goreng dengan nasi panas2...pehh!!! And on the other morning masa ader kuliah tuh, bau cencaluk tu melekat tak mau hilang....hahahaha...Masa kuliah tu terbau2 lagi bau cencaluk kat tangan, masa siang hari bulan puasa lak tuh....Bayangkan!!
Lupakan pasal makanan yang tak sedap tuh dan proceed ke cerita mencandat sotong..

:: Bersambung Part 2 ::

Comments

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood