WHaDDuP!!!

Arrgh...Maybe ape jua decision yang aku dah ambil hari ni adalah antara keputusan yang terbesar dalam hidup aku...
Ye laaa...bile ia melibatkan masa depan, apa yang diambil, aku kne jugak tanggung apa jua natijahnya. Ni pasal KPLI laaa...yang selama ni seperti aku dambakan tapi entah macam mane aku jadi tawar hati untuk memujuk hati untuk menerima tawaran DPLI (Diploma Perguruan Lepasan Ijazah)...Begini ceritanya..

" Aku sekarang ni masih lagi bekerja ni kompeni abah aku, hampir enam bulan lamanya telah memohon KPLI yang mulanya menarik minatku pada profession keguruan "

Aku memohon KPLI dan dipendekkan cerita, aku lalui M-Test yang memang menjerihkan...Tapi xmengape biler berkisar soal masa depan...Tunggu punye tunggu, result M-Test pon kluaar dan aku dengan hampa dan menerima keputusan aku tidak cukup 'cakep' bergelar pendidik...jadi, aku pasrah...



Nak dijadikan cerita - Beberapa hari lalu, masa aku ke CC, mama call, dan dari nada suaranya, mama gembira dengan berita yang akan diberitahu kepada aku tu.

" Hazren, ni ada surat dari UPSI, dapat kursus jadi cikgu ni...nak pegi tak?"...aku terdiam sekejap....
" hah??ye ker....macam maner boleh dapat nih...interview pun aku xlayak, ni kan nak berkurusssuss setahun di rebus di KPLI..."

Macam mana aku boleh dapat pon aku tatau..tapi yang pasti aku berkecamuk ketika itu. Menjadi cikgu memang mahu mama aku dan itulah harapan mama yang menggunung pada aku...

Perasaan bercampur baur di antara sayangkan keluarga atau diri sendiri atau pentingkan masa depan....Semuanya bergaul rata dan aku menjadi semakin sesak untuk memikirnya..tambahan pula ketika itu aku dibebani untuk membuat paperwork untuk projek lembu & bebiri fidlot milik abah....

Argh...berhari-hari jugak aku ambil masa untuk mengambil keputusan muktamad...Mama saban hari seperti mendesak dengan kata PsikoNyer tu...dan sebelum ambil keputusan ini, aku buat istikharah...sekurang-kurang aku harap aku x ambil keputusan yang khilaf....

Samada antara memilih jalan menjadi guru yang penuh tanggungjawab dan beban atau memilih untuk tinggal di sini dengan harapan mendapat pekerjaan lain-INSYA ALLAH!....

Dan akhirnya aku mengambil nekad yang aku tak akan berpaling lagi...Abah seperti tak kisah tapi seperti nak menyokong MAMA, dia menyuruh aku pergi...MAMA yang menaruh harapan itu....
" MAMA, maafkan HAZREN mama, sebab tak dapat nak tunaikan impian dan harapan mama untuk melihat Hazren menjdi insan pendidik...Hazren percaya masih ada ruang lain yang MAHA ESA sediakan untuk Hazren di dunia ini...MAMA doakan je..."


MAMA, DOAKAN KEJAYAAN HAZREN YEA!!!



Comments

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood