Posts

Selamat Hari Lahir Abah....

Image
  Ini gambar family saya.  Adik saya yang bongsu dan saya tiada dalam gambar. Fokus pada lelaki berkopiah.  Dialah Hj. Hassim bin Hj. Salleh. Dari mana saya dapat nama BaniHassim sebagai nama pena; dari dialah tu. Orang yang banyak dan masih berjasa kepada kami sehingga kini, dalam senyap atau terang. Semoga Allah panjangkan umur Abah. Allah berkati dan rahmati Abah. Semoga Abah terus sihat dan boleh beribadah, boleh ke masjid, boleh berjamaah dan terus menjadi Abah kami. Kami doakan sejahtera untuk Abah. Dan, sebagai tanda hati dari saya dan adik saya, ini sajalah.  Terima kasih Abah. Selamat Hari Lahir Abah, ke-61. Semoga Abah terus dikurniakan rahmat kesihatan. Ameen. ps: beberapa Contest@BH hampir berakhir tengah malam ni. Terima kasih untuk mereka yang beri perhatian. Nantikan saya umumkan ye, nanti..... pss: maafkan saya kawan-kawan yang terus mengunjungi belog biasa-biasa saya ni. Terima kasih banyak-...

Hari Pertama; Cabaran Pertama.

Image
Entri tertangguh. Sebenarnya saya nak post entri ni semalam. Dah masuk draft, tapi rasa penat dan lemau mengatasi segalanya. Almaklumlah hari pertama di tahun baru. Dan kali ke-7 menghadapinya sejak 2008 dulu. Ditambah pula, tahun ni ada sedikit perubahan dalam tahun aku mengajar. Selalunya dapat kelas tahun-tahun atas je; tahun 5/6. Tahun ni, aku sendiri mencari naha s mintak nak mengajar peringkat lebih rendah setelah sekian lama. Dan, permintaan tu dimakbulkan. Sesi pagi sekolah aku ada 4 aliran; tahun 3, 4, 5 & 6. Anggaran dalam 1200 orang. Cabaran berdepan dengan kanak-kanak lebih kecil ni menduga kemahiran mengendalikan "klien" kecil ni. Bukan tak pernah alami, pernah. Tapi masa tahun pertama di sini dulu. Tu dah lama dulu. Jadi, aku anggap ini cabaran pertama di tahun baru. Dan semoga aku diberikan kekuatan dan kesabaran yang menebal untuk bantu anak-anak ni. Ditakdirkan tahun ni aku diberikan kelas-kelas hujung untuk 2 aliran tahun yang aku ajar. Semoga...

Ulang, Tambahbaik atau Lakar Sejarah Baru Untuk 2015.

Image
Alhamdulillah....segala peristiwa suka-duka 2014 dah berakhir. Lembaran 2015 membuka halamannya. Sebagai perkara yang lepas, biarkan lepas. Dan jadikan ia sebagai pedoman supaya lebih kuat. Aku nak tutup buku lama. Buku baru ditulis dengan catatan yang lebih baik dan menggembirakan.  Pendidik macam aku ni, awal tahun dan hujung tahun pasti akan sibuk. Awal tahun, diberi tugas dan tanggungjawab baru. Hujung tahun, masa untuk kemaskini dan sudahkan apa yang telah selesai... Awal tahun kami ada Sasaran Kerja Tahunan (SKT). Di situlah diberikan portfolio kami untuk sepanjang tahun ini jika tak digerakkan (dipindahkan atau berpindah sendiri) dari sekolah. Tahun ni, banyak yang dimoderasi (untuk diri aku berbanding tahun lepas) dan di"modified" untuk beberapa jawatan penting. Tapi, masih banyak seperti selalu....tapi, takde masalah pun sebenarnya, sebab segalanya kena dengan minat dan keupayaan kita....

Koleksi Model Ferrari Lego Complete Set

Image
Ini lah yang

Jom Makan Makan Bersama BH (JMM) : Char Kuey Teow Bang Chik

Image
Salam semua! Dah weekend ni. Mesti masa dihabiskan dengan family untuk bershopping dan mungkin keluar makan-makan. Dah tak tau nak makan kat mana?   Segmen JMM kali ni aku nak rebiu sikit pasal kedai makan yang menghidangkan hidangan utamanya iaitu Char Kuey Teow dan Maggi Ketam. Lokasi : Taman Sg. Besi Indah, Selangor. Nama Kedai : Bang Chik Char Kuey Teow Penang Lokasi dalam Google Maps boleh klik di sini :  Bang Chik Char Kuey Teeow Penang Map

Saya Dah Ada Peminat....Malu Ah !

Image
Saya blogger biasa. Trafik saya pun tak cecah ribuan pageviews sehari. Total pageviews pun tak capai 1 juta. Saya berblog secara suka-suka. Saya berblog dengan niat berkongsi. Tajuk entri/topik entri saya pun bukan SEO friendly. Saya seorang blogger dan cikgu dalam masa yang sama.  Kalau dah suka sangat, datang jenguk hari-hari pun takpe. :) Topik yang dinukilkan dalam belog saya ni biasa-biasa. Komen pun tak datang bertimpa-timpa. Tapi itu semua bukan masalah. Bukan halangan untuk saya terus menulis. Pendek kata : BLOG SAYA TAK POPULAR! (saya pun tak popular...hehe) dan saya tak kisah pun....

RM 30 jadi RM 40, RM 50 jadi RM 70. Tone Plus

Image
Saya sendiri adalah pengguna baru Tone Plus (TP). Dan saya dapat tahu yang benda ni banyak faedahnya. Lebih-lebih untuk diri sendiri. Saya cuba sendiri sebab saya mulanya tak percaya, dan saya dapati tiada apa yang tersirat. Pek Prabayar ni hanya bermula dengan Pek Permulaan berharga RM 90.00 sahaja. Dalam tu ada sim kad dan selepas diaktifkan, kita ada kredit sebanyak RM 30.00 Starter pack untuk memulakan Tone Plus ni.

Pabila Pencari Cahaya Menemui Syurga Cahaya....

Image
Salam. Selepas beberapa hari berfikir di mana tempat terbaik untuk mendapatkan lampu dan cahaya serta sumber angin untuk Villa BH ku itu, aku putuskan untuk ber-shopping di Houses Lightings di Puchong. Di mana lokasinya, aku takyah cerita kot sebab dah ramai blogger bercerita pasal kedai ni. YT Lightings, Top Ten Lightings dah pi tengok, tapi di Houses Lightings ni memang thorbaek. Dan siap dah pun shopping lelampu yang blink-blink. Jenuh mendongak.... Hampir putus tengkuk...eh, acah mat labu. Haha Mana sampai putus leher, cuma lenguh je laa...   Lampu ni sangat futuristik...tak sesuai dengan tema umah ai yang simple tu...

Naik 2 Kilo!

Image
Aku runsing dalam diam sebenarnya. Kita punyalah sukat makan (adakala terlebih sukat, tapi jarang-jarang), sejak semalam aku kuatkan hati untuk naik ke alat penimbang setelah sekian lama tak menimbang. Dan, berita memeranjatkan itu merenggut minda dan hatiku....   NAIK DUA KILO! Imej hanya sekadar illustrasi dan imaginasi penulis sahaja. Harap maklum. Haha

Contest #3 : Trip Sabah - Betul ke Bohong?

Image
Hai kawan-kawan!  Kini, tibalah kita di Contest@BH edisi ke-3. Masih tak susah. Cuma perlu jawab, Betul ke Bohong untuk semua fakta-fakta di bawah berdasarkan cerita yang telah BH kongsikan dalam post di bawah label " TRIP SABAH " sebelum ini.  Nak tau, nak cari jawapan sebenar bolehlah klik pautan Trip Sabah tu. Imej dipetik dari sumber internet. Pautan imej .