Posts

This Is Our Day Part II

Image
Untuk hari guru ni, kami ade buat sket la ceremony utk perasmian. Secara simboliknya, GB akan menarik tali yang tergantung banner selamat hari guru. Jenuh nak buat banner tu. Dan hasilnya pun lawa kan?? Terima kasih untuk Kak Maria , cikgu shadiana aka cikgu PD dan sepupunya yang creative tu....dan jugak utk diri aku sendiri laa...haha Walaupun dalam cuaca yang dah nak hujan, kite berjaya siapkan pentas yang simple yet nice itu kan?? Hasilnya memang tak mengecewakan.... Sila perhatikan pentas dan backdrop kami yang hijau kelumut-lumutan tu... cikgu MS, ko ngn sepupu ko memang creative... aku pun ade tolong 2 gak kan?? Kann?? huhu Lepas je perasmian, kami teruskan dengan Majlis Anugerah Guru 2009 (MAG09) . Anugerah main 2 , suke 2 je.... Budak 2 dan cikgu 2 yang undi... Dan konsepnye macam AIM, ABP dan seumpama dengannya. Ade penyampai anugerah dan pemenang akan amik hadiah dari penyampai. Akan diselang-selikan dengan persembahan mantop! Mantop ke?? Eh...mantop.... Dan pemenangnye...

This Is Our Day Part I

Image
Salam. Kat mane nak mule ek?? Okelaa.. Kite cite pasal aku dulu laa... Aku adalah pengerusi kelab guru sekolah aku yang bertanggungjawab organize sambutan hari guru ni. Dengan kudrat dan kemampuan aku, dan dibantu oleh AJK semua, kami berjaya. Dalam cara yang tersendiri. Dan aku akui, dalam gambar memang nampak meriah. Dengan baju sedondon merah hati kami, memang nampak serba cantik. Semua nampak berseri 2 hari tu... Cik farah dan cik bjorx, jangan makan hati banyak sangat yea?? Festival sambutan ni disambut seawal 7.40 pagi sampailah ke 12.30 tghari. Ade perarakan guru diringi dengan pasukan kompang, penyampaian cenderamata dari kelab guru dan badan pengawas. Ade Mr dan Mrs MC yang bubbly; pedulik ape, aku nak puji diri sendiri gak...haha. Tapi tonggak utama ialah cikgu MS tu laa...dier dah MC sampai takat kebangsaan, aku ni picisan jea... Boleh celen kut kalau ngan CkLah tu...kan?? Huhu... Acara yang aku dan rakan 2 plan, alhamdulillah berjalan dengan lancar. Dengan bantuan dan ker...

Manisnya menjadi guru...

Image
Alhamdulillah. Syukur ke Hadrat Ilahi kerana segalanya dah selesai sekarang. Segalanya dah berakhir. Penat lelah berbaloi, rasanya. Kami dah tamat acara sambutan Hari Guru 2009, secara langsung dan terus sempena meraikan semua warga pendidik SK Seksyen 24, khususnya. Penat? Biasalah tu. Yang penting semuanya dah berlalu. Kesemua dah menggemblengkan tenaga dan kerjasama yang sepatutnya dalam menjayakan majlis ini. Aku tak dapat nak nilai majlis ni sebab aku adalah penganjur, tapi melalui feedback yang aku dapat; rata 2 bagi reaksi yang ok laa... Bagi aku, apa yang aku buat itulah yang terbaik. Mungkin ada sedikit masalah komunikasi yang kurang kat situ yang buatkan ramai takde idea pasal sambutan ni. Takpe laa.. Yang penting, semua aku telan, aku simpan dan hanya kawan 2 terdekat je yang tahu. Walaupun malam mase lepas aku, cikgu Maria dan cikgu PD serta cousinnya tu pasang banner untuk perasmian, hujan renyai 2 turun mencurah 2 dari langit... Aku punyalah mintak dengan YANG ATAS s...

Duhai awan, hentikanlah tangismu...

Image
Hujan..satu rahmat. Tatkala aku menulis entry ni, hujan kat luar masih renyai 2 ... Tanda hujan nak berhenti masih tak nampak. Aku sebenarnya gusar. Gusar dalam hati. Sebentar tadi, lepas aku keluar nak beli barang kat kedai, aku sempat singgah sekolah. Intai 2 kalau 2 prop pentas kami masih utuh walaupun dalam hujan yang sedang turun nih. Aku gundah sebenarnya. Gulana dalam hati, sebab esok kami akan menyambut Hari Guru peringkat sekolah. Tapi kat luar masih hujan. Dah jenuh berdoa agar hujan dikurangi, tapi belum ade tanda. Takpe, ini dugaan. Macam 2 bende yang bermain dalam otak aku nih... Tidur pun kadang 2 termimpi 2 .... Betul.... Aku terlalu risau sebab kelancaran esok, menandakan aku sebagai perancang yang baik. Tapi kalau tak selancar yang sepatutnya, itulah suratannya. Aku pun masih belajar. Belajar menjadi ketua, belajar menjadi pengajar. Perancang SEBENAR adalah yang di atas sana. Kita adalah perancang, tapi DIAlah penentu. Aku tak dapat nak menjejaki mereka yang dah ba...

Hikayat Seorang Guru...

Image
Sekuntum mawar buat mereka. Jamuan PIBG buat Pendidik SK Seksyen 24. Nak ambik kesempatan, sempena dengan hari yang diciptakan khas buat mereka yang digelar dan bergelar pendidik; sebuah nukilan puisi bermakna dari Allahyarham Sasterawan Negara. Dalam dan menyentuh puisinya. Hayati. Guru Oh! Guru Berburu ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepala ajar Ibarat bunga kembang tak jadi Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Den...

Sekali-sekala tak ke sekolah, kan best....

Image
Panasnya Malaysia skang ni kan? Time aku dok ngarang entry ni, berpeluh 2 satu badan... Kipas dah laju berputar dalam bilik aku nih, sebab memang takde air cond (kunun 2 takmo cemarkan ozone dengan CFC yang ade dalam air cond tu laa...haha) still tak hilangkan bahang siang tadi. Kalau berlenggeng tu biase la tu...orang laki takpe, orang pompuan susah sket nak berlenggeng...hehe... Nasib baiklah semalam, aku tak berapa nak panas...sebab semalam aku bermalam kat hotel.... Taklimat Manual Prosedur Kerja & Fail Meja SU UPSR Jabatan Pelajaran Negeri Selangor PPD Petaling Perdana + PPD Sabak Bernam Concorde Inn, KLIA Sepang. Aku attend kursus tu, petang semalam sampailah tengahari tadi. Dekat 12 stgh baru habis. Kursus berkenaan dengan skop tugas seorang SU Peperiksaan UPSR. Kita cuma datang, duduk, dengar, tanya kalau tak paham dan makan. Cukup mase tidur... Best kan? Nasib baiklah tak hari 2 cemtu. Kalau tak, memangla makin buntal aku...huhu...Yelaa...hati senang. Keje senang. Cuku...

Ibu Tiada Galang Gantinya...

Image
Kita semua adalah anak. Dilahirkan oleh ibu selepas berbulan mengandungkan kita dengan segala susah payah. Sesungguhnya kita sangat terhutang budi dengan bonda yang melahir dan membesarkan kita. Al Quran sendiri menjelaskan betapa tingginya penghormatan dan kebaikan yang wajib dilakukan oleh seorang anak kepada ibu bapanya. Allah berfirman: Dan telah kami perintahkan kepadamu, Janganlah sekali-kali menyembah selainku dan berbuat baiklah kamu kepada kedua orang tuamu. Sama ada kedua ibu bapamu atau salah seorang daripada mereka sudah lanjut usia, janganlah kamu mengatakan kepada mereka walaupun pun perkataan ‘uhh’, dan janganlah sekali-kali kamu meninggikan suara kepada mereka, dan bercakaplah dengan mereka dengan ucapan-ucapan yang mulia. Dan Hendaklah kamu sentiasa merendahkan diri di hadapan mereka dan berdoalah: Wahai Tuhanku, kasihanilah kedua-dua mereka sepertimana jerit perih mereka membesarkan kami sedari kecil. (al Isra’: 23-24) Sungguh jasa bonda tak dapat dibalas. Mengandungk...

Potluck Lagi!

Image
Baked Makaroni...air tangan cikgu MS...oke laa... not bad... Ini sepatutnya dipublish Isnin atau Selasa lepas. Tapi sebab aku pon macam buat 2 bizi kan, tu yang tak sempat... Ini adalah jamuan ringan 2 sempena meraikan kemenangan kami, RUMAH UNGU pada hari sukan yang lepas. Makanannya memang licin, sebab budak yang datang ramai sangat la pulak... Takpe la, sikit sama sikit...sikit sama dicicah, banyak sama dilapah kan? Gadis penghidang sedang membahagi 2 kan makanan...gadis ke? hiks... Si "gadis" berbusana torquoise sedang mengagihkan makanan kepada budak 2 ni semua... Kami buat konsep potluck je hari tu, tapi tak terpikir nak bawak banyak, jadi sikitla makanannya. Sambutan di luar jangkaan, budak 2 ade la dekat 50 orang yang dok tunggu lepas habis sekolah. Dah ramai pulak yang mengaku peserta hari tu. Dah ramai yang tunggu, takkan nak halau pulak kan? Takpe, dah rezeki mereka itu jea.... Jemput makan! Actually, menu kami untuk hari tu ialah: Baked RonaRoni Macaroni Ala ...

Dialah Professorku, Dialah Ibuku...

Image
image source : kambingdombret Sempena Hari Ibu (actually, everyday must be a Hari Ibu).... aku publishkan article nih... thru my email...kite berkongsi, boleh kan? ******************************************************************************* Cerita 1: Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul) Bila dahaga, yang susukan aku.... mak Bila lapar, yang suapkan aku..... mak Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak Bila bangun tidur, aku cari.... mak Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak Bila nak bermanja, aku dekati.... mak Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak Bila sedih, yang boleh memujukku hanya..... mak Bila nakal, yang memarahi aku.... mak Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak ...

Dah itu rezekinya...Terimalah...

Image
Semalam, aku hantar budak ke Pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah bawah 12 tahun. Saje dok meneman Ustaz T dan Cikgu H sebab budak yang nak dihantar agak ramai. 2 team = 20 orang. Dan hasilnya, kami berjaya di tempat ke-3. Jadi laa... Kurang rajin nak cerita banyak 2 , biar gambar memberitahu segalanya, kan? Sebenarnya, penentuan siapa layak ke final sangat tak memuaskan hati. Selepas terikat dengan tiada jaringan, pengadil sepakat untuk tentukan pemenang berdasarkan penalti. Lepas 3 kali tendangan, masing 2 terikat dengan 1-1. Jadi, mungkin sebab pengadil malas, nak cepat habis nak sudahkan perlawanan dan cari pemenang, mereka cuma diberi peluang untuk mengundi dengan melambung syiling utk penentuan sape yang akan tendang, sapa yang akan menjaga gol. Akhirnya, nasib tak menyebelahi kami, kami kena jaga gol dan mereka menendang. Akhirnya, kami kecundang. Pasuka yang menang ke final. Aah, lantak la... Sebenarnya jurulatih utama team sekolah aku takde, jadi suara bantahan takde. Kami k...