This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Dec 31, 2014

Dua Kosong Satu Empat menginjak Dua Kosong Satu Lima.

2014...

Kehadiran mu dinanti penuh debaran... 
Kedatangan mu disambut penuh kemeriahan... 
Mengharap sinar, harapan dan senyuman... 

Namun siapa sangka... 
KAU menduga, KAU menguji kami penuh cabaran... 

Mac 2014... 

Perginya MH370 tanpa berita... 
Perginya penuh tanda tanya... 
Perginya tanpa meninggalkan secebis jejak... 

Trip Sabah Episod V : Menara Tun Mustapha & Sekitar Kota Kinabalu

Salam.
Sambung cerita perkelanaan di Bumi Cantik Bawah Bayu; Sabah.
Kalau di KK, dari jauh kita boleh bangunan tinggi ni. Bangunan ni bangunan pejabat, tapi sangat cantik sebagai landmark, berkilau-kilau dari kejauhan.

Termenung ke bang?
Sikit info dari Wikipedia: 

Menara Tun Mustapha yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah merupakan antara 4 bangunan di dunia yang menggunakan teknologi "bangunan tergantung". Menara yang disiapkan pada tahun 1976 ini dinamakan bersempena Ketua Menteri Sabah ketiga, Tun Datu Mustapha Datu Harun. 

Menara setinggi 30 tingkat ini menempatkan beberapa jabatan kerajaan negeri serta menempatkan ibu pejabat Yayasan Sabah. Akan tetapi, tarikan utama menara ini adalah restoran berputar "Atmosphere" di tingkat 18 yang merupakan satu-satunya restoran berputar di pulau Borneo. Menara Tun Mustapha senang dilihat jika anda berkereta ke utara Kota Kinabalu.

 
Ada orang tengah mencuci cermin building....

 
Tak lepaskan peluang untuk wefie berlatarbelakangkan Menara Tun Mustapha
Penuh muka ko BH! Haha


Memang bangunan ni tergantung la....

Alternatif lain selain bas untuk keliling kota dan bergerak ke kawasan berhampiran KK....
Sort of van sapu la ni....

Hanya di luar Muzium Sabah je....

Tugu landmark KK, kalau tengah malam datang sini, mesti clear untuk ambik gambar kan?
Ikan todak rasanya ni...

Masjid Terapung Kota Kinabalu di Likas...

Posing penuh keinsafan...(konon)

Actually, gambar yang di Muzium Sabah dan Masjid Terapung KK tu gambar beberapa jam sebelum bertolak balik.
Sementara ada masa, kami habiskan la merayau-rayau sekitar KK. Rugi rasanya kalau tak gunakan masa dengan baik. Ye la, bukan selalu dapat datang Sabah yang cantik ni....

Ok, sekian sesi sharing.

Jangan lupa Contest BH ek...

Trip Sabah Episod IV : Jambatan Tamparuli

Landmark wajib singgah - Jambatan Gantung Tamparuli.
Tak jauh dari Rumah Terbalik. Siap ada signboard khas ke sana. Cari, dan singgah. Ambik gambar tu wajib! Shopping di pasar dia, harus!

Sapa nak nyanyi lagu Jambatan Tamparuli?
Marsha Milan Londoh?
Krik krik krik....

Dec 30, 2014

Trip Sabah Episod III : Rumah Terbalik

Lokasi Rumah Terbalik (Upside Down House) ni dah well-known di kalangan local tourist atau orang luar yang berkunjung ke Sabah.
Terletak di Talibong, Tamparuli. Tak jauh dari KK. Gunalah teknologi yang ada untuk cari. Tak susah pun nak cari tempat ni. Ada tepi jalan je. Parking agak susah kalau time ramai orang. Wajib singgah untuk pengalaman lain dari lain.


Ini tiket masuknya.

Dec 29, 2014

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood

Entri aku ni sebenarnya tak ikut timeline visit aku kat sana. Aku main taram je la sebab peristiwa dah berlaku lebih setahun lepas kot. Manalah nak ingat semua sebab aku dah tua & banyak termakan semut kot. Haha.

Ok. Sambung cerita. Destinasi waktu malam yang boleh dituju untuk isi perut atau jalan-jalan adalah di Pasar Malam Sinsuran. Pasar ni terletak di Lorong Guomantong, betul-betul tepi jeti laut. 
Landmark dia adalah bersebelahan Pasar Kraftangan Kota Kinabalu atau dikenali sebagai Pasar Filipina.

Hamparan seafood dari laut....sedap mata memandang, rasanya sedap ke tidak belum tau...

Dec 28, 2014

Contest BH: Dari Negeri Bawah Bayu

Berikut adalah antara hadiah yang akan jadi taruhan untuk dimenangi kepada semua pembaca BH.
Nantikan kuiz untuk menangi contest, dan apakah hadiahkan yang bakal menjadi rebutan.
Tunggu.....

Dec 27, 2014

Trip Sabah Episod I : Pengalaman Pertama

Pengalaman pertama tu biasanya akan buatkan kita berdebar.

Dan pastinya kalau tak ada manusia yang bernama kawan yang bantu memudahkan semua cara, pasti tak jadi. Aku dah hidup lebih suku abad, tapi pengalaman menaiki pesawat di awanan biru baru inilah kali pertama.
Terima kasih kepada sang peneman yang bantu membantu sepanjang perjalanan itu.

psst! Ada CONTEST yang akan muncul dihujung episod post ini. Nantikan....

Kita tak biasa terbang, jadi semua prosedur sebelum terbang memang serba tak tau.
Masa mula-mula terbang pun muka aku cuak semacam....hilang darah. Pucat.

Kringgggg............

Cuti sempena akhir tahun sesi persekolahan 2014 ini pendek, tapi aku rasakan panjang. Sebabnya adalah kerana aku tak ke mana, banyak masa dihabiskan di rumah; depan lappy lebih tepatnya.
Takpa, redha.
Sebab tahun 2014 ni antara tahun yang penuh pancaroba dan beronak bagi aku.
Takpa, redha lagi.


Dec 26, 2014

Pencari cahaya....

Dalam usaha memeriahkan syurga idamanku (biarpun tak besar) tu, mencari aksesori pelengkap yang bagi rupa kepada sesuatu ruang dalam rumah tu memang sangat penting.
Dan of course la kita akan cari yang terbaik, tercantik, pada harga terbaik dan murah sebagai bonus.
Jadi, hasil Google-lan aku, ramai yang suggest untuk ke Houses Lightings di Puchong tu. Rujuk Google Plus di sini : Houses Lightings Puchong

Dan macam yang dibaca, orang memang cenggini-cenggini haa (cakap sambil dua belah tapak tangan ditimpakan satu sama lain, mulut dijuihkan; haha)...ramainya umat....
Masa mula-mula sampai dengan besfren ai tu, masa tu hujan. Lebat boleh tahan la, dan tak susah nak cari tempat tu dengan bantuan GPS yang sangat berjasa tu.


Dalam banyak-banyak lampu yang murah dan serba cantik tu, yang ni antara yang menarik perhatian aku.
Tengokla harganya....oke kan?

Musibah. Doa untuk mereka. #pray4pantaitimur

 Sungai menjadi lautan. Yang sangat luas....

Sedih di kala ini saudara di sebelah sana; Pantai Timur dan sebahagian di Pantai Barat sebelah utara seakan mahu dilanda musibah yang sama.

Semua dari Allah. Dia yang memulakan dan Dia-lah yang menyudahkan. Dalam situasi sekarang ini, doa dan munajat kepadaNya adalah senjata terbaik. Dan sentiasa pujuk hati untuk bersabar dan tabah dengan dugaan. 
Mohon lah diberikan keringanan untuk musibah yang diturunkan Dia ini.

Dec 25, 2014

Lifehacks: Tagging the identicals.


Baru pindah rumah baru dan anda diberikan segugus kunci seperti ini. Kunci ini terdiri daripada kunci-kunci bilik tidur di rumah baru anda. Setiap bilik diberikan 3 salinan kunci. Kuncinya hampir seiras.
Persoalan : Macam mana nak bezakan kekunci ini untuk yang disimpan dan akan digunakan nanti?

Penyelesaiannya; begini.

Dec 24, 2014

Perancangan dikit demi dikit...

Jalan di mana lokasinya....
Orang Jalan Kebun tau la kot mana....

Langkah pertama...

Alhamdulillah. Memiliki sebuah kediaman sendiri pastinya akan buat kita gembira. Dan kegembiraan tu akan bertambah terujanya dengan mengubahnya mengikut selera dan ketebalan poket sendiri.
Samalah macam aku pun.
Banyak jugak checklist yang mesti dipenuhi sebelum betul-betul mendiami kediaman baru.

Antaranya ialah memasang grill untuk keselamatan.

Get well soon Double O!

Budak nakal berdua ni dah sampai masanya untuk di"neutered" kan.
Hukumnya adalah harus. Jadi, ini adalah demi kebaikan mereka dari "dirogol" oleh kucing jantan berhidung belang di kawasan ni....Huhu

Ini adalah diet untuk mereka selepas dikembiri. 
Seminggu la ko terpaksa jealous dengan Openg sebab Openg melantak sensorang je ikan rebus tu....Haha.

Dipetik dari belog Nusha. TQ :)

Jakim telah pun mengeluarkan satu ketetapan pada tahun 2002, yang menyebut :
Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah.
All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community.
After studying the messages of the aforementioned mazhab's and the medical viewpoint, JAKIM has decided that neutering of cats for reasons of 'maslahat' is acceptable. It is in agreement with 'qaedah' (way) Fiqhiyyah which states "To choose the lesser of two evils".
Dipetik dari FelineMalaysia.com
 

Dec 21, 2014

Kalau aku ada RM 10K, apa aku boleh dapat?

Masih mencari dan mencari. Dah Google, sembang dengan parent malah sembang dengan kawan-kawan. 
Korang rasa, agak-agaklah, katalah aku ada RM10K dalam tangan sekarang, apa yang boleh aku buat/beli/bina dengan duit banyak tu untuk sebuah rumah baru yang sederhana?

Dec 19, 2014

Shelter Untuk Si Bulus Triple-O.

Kucing-kucing bertiga ni ikut rancangannya memang taknak jadikan kucing sangkar.
Takmo dorang ni hidup dalam sangkar je, nak bagi dorang bebas dan membesar macam kucing normal yang lain....bebas sebebasnya.

Tapi, dalam bebas tu ada batasan jugak la. Jadi, ada masa memang kena simpan dalam sangkar. Kalau tak, tak pasal-pasal anak dara aku yang dua ekor tu (Omok dan Ompok) kena rogol dan membawak perut je balik...

Sapa nak bertanggungjawab?

Dec 18, 2014

Aku carikan tempat untukmu....

Masa mula-mula mengumpul, memang takda ruang khas untuk dorang ni. Benda ni walau kecik je, tapi bila dah bertambah je, jadilah banyaknya.

Jadi, kena jadi lebih kreatif la sikit. Aku kutip kotak baju melayu Jakel jenama Aaron Aziz itu dan aku potongkan board tebal tu untuk jadi partition.
Lekatkan sekali dan lekatkan model-model tu semua atas ni dan tutup.
Settle! Dah tak berabuk lagi.

Masih ada ruangan kat atas tu, jadi boleh tambah koleksi lagi! Yeay....
hahaha

Dec 17, 2014

Dunia Miniatur : Koleksi Superheroes Campur-campur...

Hai...Salam semua.
Sesi menayang berkongsi apa yang abang ada....
Hobi koleksi yang under budget. Ok la....murah. Dan saya gembira.

Koleksi kali ni dari siri Perang Galaksi (Star Wars)  & Superheroes.
Since aku pun tak berapa nak kenal sangat character dalam Star Wars sebab aku tak follow.
Aku beli ni pun sebab macam kiut je, macam comel je, macam lain macam je....

 Koleksi watak dari Star Wars...

Dunia Miniatur : Koleksi Abam Lelaki Besi.

 Kalau ikutkan Siri Iron Man memang banyak rupanya spesies Abam besi ni.
Dan sebab tu lah, banyak jugak koleksi Lego Superheroes ni.
Dalam set ni je ada 8 jenis. Banyak...

Dec 16, 2014

Dunia Miniatur : Koleksi Superheroes Batman.

Makan hati je Si Nabil Waie ni sebab jadi model tak berbayar untuk Pakngah...
Ni Pakngah punya..... bluekkk!

Chima ala Lego China...

Satu lagi koleksi.  Chima & mobile.
Dapat di mana? Hanya di GM Klang. 
Dapatkanlah sekarang, untuk anak-anak anda. :P

Koleksi Lego China; Chima ni tak sesukar mana untuk di pasang.
Mudah, dan playable. Bolehla kalau anak-anak nak main.
Macam biasa aku beli set of 6.

Dec 12, 2014

Superheroes Mobiles....So Cute!

Ini dah semacam kegilaan. Gila mengumpul benda cinoni dan comel cemni.
Perasaan seronok tu Tuhan je yang tahu.
Nak assemble benda ni ada agak tricky dan kena sangat berhati-hati takut-takut ada parts yang cicir.
Dan akhirnya, selamat dipasang semuanya.....

Sebenarnya, hobi ni dah lama. Dan pernah aku buat gila masa dok kumpul koleksi lego Ferrari Shell.
Beli minyak minimum RM 30, dapatlah beli koleksi tu dengan harga RM 9.90 kalau tak silap.
Benda tu keluar secara berkala, dan ada masa aku teralpa dan ter-miss model.
Jenuhlah bertanya kengkawan yang dok kumpul benda yang sama, SERATA MALAYSIA!
Dan, malangnya SATU MALAYSIA OUT OF STOCK! Gila!

Dec 11, 2014

Masa Depan. Inshaa Allah....

Dalam zaman ekonomi tak menentu dan desakan harga rumah yang semakin menaik dan menaik, memang semakin sukar untuk orang muda (macam aku, hehe) memiliki rumah sendiri. Rumah atas tanah (landed property) pun susah, lantaran harga yang semakin mahal.
Ditambah dengan karenah berurusan dengan bank yang sukar lulus, tapi aku tak hadapi benda yang sama.

 
Panoramic view of the houses area....
(klik gambar untuk view lebih besar)

 Cuma niat untuk memiliki rumah tu bagi aku agak lewat; dah berusia 30-an baru nak pasang niat. (berusia ke? hehe). Sepatutnya mungkin seawal yang boleh...

Dec 10, 2014

#ZALORAmy lagi....huhu

Lately, semakin menjadi-jadi kegilaan Online Shopping ni. Dan semuanya memang mudah dan memikat qalbu, tu yang dok order dan order...
Sampaikan abah pun dok heran kenapa asyik ada saja barang deliver ke rumah.... Dia siap ingat aku buat bisnes ke ape. Cuma untuk kegunaan sendiri je ni....Sekejap je. Order hari ni, esok petang akan sampai ke rumah....

Lagipun polisi syarikat yang mudah; kalau tak berkenan boleh tukar, tu yang buat aku puas hati.
Dan prosedurnya tanpa kos, lagi lah best. Cuma pergi ke Pejabat Pos untuk pos semula barang yang nak return tu. Just isi borang sikit.
 
Bungkusan yang sering kunjung tiba kat rumah aku...

Dec 9, 2014

Si Bulus. Triple-O: Omok, Ompok, Openg.

Alkisah, 3 ekor makhluk Allah ni dah pun membesar sekarang ni.
Bermula kisah 3 meow ni dari seekor ibu yang kerap dirogol beranak kat kawasan kejiranan aku ni. Dan asalnya diorang ni, jiran aku yang dok bagi makan; bukan bela - sebab tak bawak masuk rumah.
Bila dah selalu bagi makan, dah jadi macam kita yang bela lah kan?

Dan tersebutlah kisah satu hari, isteri kepada tuan asal kepada memeows ni meninggal. Maka, terabailah memeows ni semua. Kami yang simpati bagilah dia makan secara berkala. Sudahnya bertukarlah pemilikan tuan kepada memeows ni semua....

Ibu kepada mereka ni kami bagi nama Momot, pasal comot, tapi slim je....sampaikan selalu jadi pilihan jejaka tua (kucing pencen) kawasan aku.

Sampai masa dia ditakdirkan Ilahi beranak lagi.

Dec 7, 2014

Ini Baru Makan!

Dinner malam minggu. Mama & abah balik kampung, jadi konklusi untuk malas masak adalah makan kat luar....
Aku macam dah lama tak makan beria-ria ni, jadi malam tu lah masanya...hehe
Aku ajak Soi (adik bongsu) makan....tak jauh, di Tam Nasi Ayam di Seksyen 23 tu je...
Jadi, inilah menunya....

Double Riang katenya.... Rawang Burger Bakar (RBB)

Dec 6, 2014

Festival Bimbingan Seni Budaya Selangor 2014.

Cameo dari Najwa Latiff. Dua lagu dipersembahkan....


Gila Online Shopping.

Benda ni wujud dah agak lama rasanya.
Dulu banyak orang beli dari blog.
Sekarang ni guna portal je.
Sebut je, Zalora, Lazada, IG Shop (Instagram Shop) etc.
Entahla. Lately memang sopping online ni jadi kegilaan aku.
Dah macam ketagih pon ye gak. Mohon tak terlebih-lebih la....
So far, so good....hehehe.
Kepada yang belum mencuba tu boleh mencuba jika mampu dan berani serta yakin.

Hijrah.

Salam.
Entri baru di laman yang lama dah tinggal.
Tahun terakhir 2013, sekarang dah penghujung Disember 2014.
LAMANYA!

Kalau tiada aral, tempat aku mencari rezeki selama hampir 6 tahun bakal berubah.
Masih menunggu jawaban pasti.
Apa pun, aku kena bersedia.....
Dah aku dah bersedia....