Shelter Untuk Si Bulus Triple-O.

Kucing-kucing bertiga ni ikut rancangannya memang taknak jadikan kucing sangkar.
Takmo dorang ni hidup dalam sangkar je, nak bagi dorang bebas dan membesar macam kucing normal yang lain....bebas sebebasnya.

Tapi, dalam bebas tu ada batasan jugak la. Jadi, ada masa memang kena simpan dalam sangkar. Kalau tak, tak pasal-pasal anak dara aku yang dua ekor tu (Omok dan Ompok) kena rogol dan membawak perut je balik...

Sapa nak bertanggungjawab?



Sebagai penjaga kucing yang hensem dan baikhati serta bertanggungjawab, aku terpanggil untuk belikan sangkar ni.

Sangkar ni collapsible, jadi mudah dilipat jika rasa dah takmo pakai dah....

Baru dirikan setingkat...

Dah naik dua tingkat...

Masukkan seekor....

Menjadi dua ekoq...

Kini 3 ekoq!


Sebagai extra, lapikkan dengan carpet untuk sedap dibuat tempat tidur...


Ok, siap untuk menjadi tempat beradu.

Actually sangkar ni aku beli di Bandar Puteri Puchong.
Ni link blog owner kedai tu, Kucing4sale.

Alamat dia....

RIMBA PETS 
NO.40-1, JALAN PUTERI 7/7, BANDAR PUTERI, 47100 PUCHONG..
 TEL 0380663187 HP 0122982643 Mon To Sat 10am to 7.30pm Sun 10am to 1pm.

Tak susah pun nak carik kedai ni. Guna GPS, Googlemaps atau Waze pun boleh jumpa.
Ahad pun dia bukak. Sebelum nak mai, call/whatapps dia...
Dia akan layan.

Cuma dia kurang bercakap/mesra. Peniaga ni sepatutnya manis mulut/sweet talker dan pandai ambik hati customer. Tapi dia tak.

BTW, harga dia memang antara terbaik - best price.
Dan, kalau tak silap owner dia berketurunan Cina. cuma aku konfius sikit time sapa dia dalam Whatapps aku bagi salam...hehe.

Online memang dia buat, tapi bagi aku macam tak puashati sebab tak tengok depan mata. Nak-nak kalau berkaitan dengan size sangkar ni.

Ok. Sekian sesi sharing.

1 Superb Comments!:

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

 

KRIK KRIK KRIK...

10 Terbaik !

Ads

TONE PLUS

 photo BANNERCONTESTSMALL.png