Posts

Showing posts with the label Kemalangan

Rahmat Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang...

Image
Salam semua.. Dah laa, takmo buat entry sedih lagi laa... Kita happy 2 la pulak... Sebab itulah resam dunia. Hari ni kita dirundung duka nestapa, siapa tahu esok lusa kite bersuka gembira, kan? ele-ele....memalu meow la pulak KU2 bersaudara nih... :P Entry sebelum aku sempat nukilkan satu entry pendek, tapi bermesej laa... Dan inilah kesinambungannya. KU2 bersaudara , tiba 2 muncul kat wad 4B katil 18, HSB. Aku memang terkejut beruk dan terkesima sebenarnya. Time aku sampai dari jauh, nampak 2 batang tubuh tu. Terima kasih KakJie dan Kak KuIna yang sudi datang, even memang takde idea kat mane katil adik aku tu secara specificnya. Dah sms kat aku, tapi malangnya HP aku serahkan sementara pada Mama aku untuk dia pakai sementara menjaga Azam kat hospital...jadi tak berjawab...dan takde idea... Akhirnya, jumpa jugak kita kan kak?? Sebelum ni cume di alam maya ni jea, skang dah bersua muka...buat pertama kali even dah kenal secara lahir dan batinnya dekat 2 tahun kan kak?? Dan nak min...

Tulusnya Hati Kamu..

Image
Salam. Niatnya nak buat entri panjang berkajang-kajang, dgn harapan aku sedang bersenang-lenang atas katil beradu tapi rupanya terpaksa jage Azam di hospital pulak. Takpelaa.. Maybe next entri. Time ni, aku masih di wad 4B. P-Love Adult Diapers - RM 20.90. L Size, 10 pcs Aku actually terkejut dan terharu dengan kehadiran dua batang tubuh ni kt wad 4B ni time aku visit Azam petang tadi. Terima kasih si manis berlesung pipit, Kakjie dan adiknye yg kecil molek tu, KakIna atas lawatan mengejut td. 1st time berjumpa di alam nyata, dan mereka sgt baik, sangat nice, se-sweet harumanis dan etc.. Murninya hati blogawanis berdua ni..walaupun kita tak pernah bersua.. Ade lagi nak crite, tp terhad sbb entry dipost thru phone.. Sikit perkembangan Azam ; bandage dan jahitan di muka Azam dah dibuka, dan nampak positif. Alhamdulilah... Okla, nanti aku sambung lagi. Terima kasih atas doa dan semangat kalian semua. Terima kasih. Ikhlas, ChekguBH thru phone

Aku tak suka, hospital...

Image
Hospital Sg. Buloh, Selangor. Semalaman di HSB, menjaga Azam dah berlalu. Malam tadi, turn Abah pulak jage Azam... Mama amik shift jaga Azam waktu siang... Aku tak pasti general views tentang HSB ni camane, tapi so far aku rase treatment nya ok, tak de la cam hospital gomen yang lain...Lagipun wad yang Azam masuk tu, takdela packed sangat. Cuma visitors budak 2 tak boleh masuk... So, kena tunggu luar... Cerita tentang menjaga Azam ni, jenuh jugak. Sebab Azam ni dalam kategori yang "ketegaq" jugak laa.. Sampaikan tangannya memang kene diikat...Maybe sebab kurang selesa, tu yang Azam kalau dapat peluang je mesti nak cabut ape yang terpasang kat badannya. Dah berapa kali kena warning ngan misi sane dah, tapi korang bayangkan je laa betapa tak selesanya... Sebab, dalam keadaan sekarang fikiran Azam mungkin separa sedar, dan memang asyik kena tidur. Kalau tak tidur, segala rasa sakit tu akan dirasai. sesi lawatan semalam. terima kasih kerana datang. Kadang 2 bila aku pikir 2 b...

Dari ICU ke Wad 4B...

Image
Salam semua. Entry ni aku postkn dari Wad 4B, Hospital Sg. Buloh. Alhamdulillah.. Di atas berkat doa semua yg sentiasa mengharapkan keselamatan dan kesihatan adik aku, Azam. Sebenarnya, kecederaan yg Azam alami agak parah. Mukanya agak teruk tercedera kerana menghentam bhgn depan van secara tepat dengan motosikalnya. Dan, Maha Suci Allah Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Besar, kecederaan Azam melibatkan muka sahaja, tidak termasuk bhgn kepala dan otak. Jadi, takde la ape2 perkara yg melibatkan ketidakfungsian otak, MINTAK SIMPANG! Alhamdulillah..semua adalah ketentuan dan kehendakNya. Setiap yg berlaku mesti ada hikmahnya. Aku nak cakap lebih2 pun,masih awal lagi. Azam pun baru dipindahkan dari ICU.. Masih ada lagi yg kena Azam jalani. Yg pasti, DOAKAN semoga Azam tabah dan cekal. Kami pun begitu jugak.. Azam masih bernafas menggunakan bantuan oksigen, sbb hidung Azam dan mulutnya masih cedera.. InsyaAllah nanti kalau aku senang, aku update lagi. Doakan Azam kembali sihat seperti sediakala...

Perkembangan Terkini.

Selepas menjalani sesi pembedahan selama kurang lebih 10 jam, adik aku dipindahkan ke wad ICU. Apa yang kami harapkan ialah Azam (adik aku) terus kuat, terus tabah menanggung dugaan ni. Kepada Abah, Mama, abang Pis, Kak Ima dan buat dr aku sendiri, semoga kita pun turut cekal. Kami tak akan putus-putus berdoa kepadaNya agar diberikan RUANG DAN PELUANG untuk Azam terus menikmati hidup ini. Kepada kawan-kawan yang mengirimkan ucapan selamat buat adik aku, terima kasih yang tak terhingga. Doa kalian menjadi satu azimat dan kekuatan buat kami dan Azam. Semangat dan kekuatan buat AZAM.. ChekguBH dan keluarga, Hospital Sg Buloh, 2.35 pm

Doakan adik aku selamat..tolong!

Image
Salam. Time entry ni dipost, aku tgh berada di unit kecemasan hospital Sg Buloh. Adik aku terlibat dgn kemalangan motosikal yg teruk. Kemalangan berlaku di Kuala Kubu Bharu. Mintak jasa baik kawan-kawan utk doakan keselamatan adik saya :(