Awan SK Seksyen 24 di kala petang...kuasa Tuhan...
Biarlah segala pahit maung itu berlaku, sebab itulah kehidupan. Kalau tak ade asam dan garamnya, segalanya manis tak best la pulak kan?
Silap hari boleh kena kencing manis
Kita senyum kembali, kita hilangkan lelah itu, dan kembali seperti dahulu. Kekal bersemangat dan teruskan hidup.
flip flap flower; korang ade ??
Bunga comel ni dah jadi trend skang nih. Dah banyak kereta yang memilikinya.
Tersengguk2, terhangguk2, tergedik2....
Memang comel...dan cume menggunakan kuasa dari sang suria...
Aku beli kat pasar malam je...sebab aku jeles tengok kereta colleague2 aku dah ade..
Bukan 1, tapi 2, malah 3 pun ade!
Saje je...
Sebelum ni aku ade berkeluh kesah kan?
Bukan niat aku nak tagih simpati, tapi sekadar pelepas penat-lelah, turun-naik, asam-garam dan pahit-manis dalam menempuh hidup.
Kalau aku bercerita atau mengadu pada sesiapa, takut ade yang jelak pulak nak mendengar...
Biar aku bercerita pada mereka yang terdengar saje...
Ok la, yang pasti aku akan tetap teruskan hidup. Dugaan aku hadapi, kita ketepi demi kelangsungan hidup.
Hidup mane yang tak dirundung duga kan?
Yang jelas, aku dan barisan kengkawan cikgu-cekgi sekolah aku jelas sibuk dan tunggang-langgang sekarang nih.
Yang pasti antara peristiwa yang akan datang ni ialah:
- Rehlah Ibadah Tahun 6 (Khemah Ibadah)
- Kelas pemulihan Tahun 6
- Ujian Percubaan UPSR Tahun 6
- Klinik UPSR
- LaDaP 5
- Sambutan Jamuan Perpisahan
- Minggu Maths, Sains dan lain2...
Ape lagi?
Entah...Yang pasti, minggu ni adalah minggu meeting...Segala panitia bermeeting utk melihat perkembangan ujian pertengahan yang lepas. Ada yang naik, ada yang turun....
Itu yang kena diusahakan lagi...
Prestasi Sains dan Maths memang merudum. Syukur PPSMI akan dimansuhkan, tapi kenapa ambik mase yang agak lame.
Kenapa tak tahun depan jea...
Takpe laa..yang pasti, kami tak akan pernah putus asa dan sentiasa menjunjung perintah.
Azam pun dah discas. Dah semakin sihat, cume kakinya yang dimasukkan besi tu masih membengkak.Yang penting, Azam dah ade kat rumah dan Mama tak perlu nak ulang-alik ke HSB.
Terima kasih atas doa kawan2 yang sentiasa memohon kesihatan dan kesembuhan untuknya.
Sebab Azam tak biasa dengan kekurangannya itu, mase mula2 tu Azam melalak jugak la, mengaduh kesakitan dan tak tahan...
Hampir 4 hari ni, Azam semakin biasa dengan keadaannya. Dan semakin sihat, insyaAllah...
Esok hari Jumaat. Tapi tak berakhir begitu sahaja sebab esoklah Khemah Ibadahnya.
Sebagai ikhtiar akhir kami selain latih tubi untuk budak2 UPSR nih.
Kami akan bermula petang esok dan berakhir petang Sabtu.
Aku ditugaskan untuk bahagian riadah selaku Camp Com...
Huhuhu..
Kenalah aku berperawakan ganas dan brutal...tapi menten...
Hahah...
Okela...tu jea...terima kasih....
ps: pengebumian Micheal Jackson aka Jacko aka MJ aka Mikaeel tu katanya mengikut cara Islam...
Islamkah kalau dah "ber-halelujah-halelujah" tu?? Bernyanyi sakan segala bagai...
Aku kesiankan si jenazah je...2 minggu diperam tak ditanam...
Dunia-dunia....
Tapi majlis tu cukup terkesan laa...
Thursday, July 09, 2009









