Posts

Showing posts with the label Omok

Progress si Anak Dara...

Image
Lebih 10 hari lepas, Cik Omok & Cik Ompok aku bawa untuk surgeri untuk dikembirikan di Vet. Dan semalam, dah selesai pun tempoh berpantang Doublel O ni selama 10 hari. Jadi, kami melawat Vet untuk buka jahitan tu. Budak-budak ni kucing remaja, of coursela lincah, aktif dan tak reti duduk diam. Nak-nak time kita bagi dia keluar cage untuk bersenam. Habis semua benda dilanggar, jahanam! Dan, untuk memudahkan aku mengangkut dua beradik ni ke Vet, sepatutnya kena ada carrier macam dalam gambar ni. Sebab kami bukan pembela kucing yang selalu ke Vet atau nak bawak haiwan ni travel jejauh, jadi aku rasa takde keperluan untuk memilik satu. Rupanya aku silap. Kena ada satu bagi memudahkan kita mengangkat dan mengurung si bulus ni. Pernah satu masa aku bawa dua beradik ni ke Vet, sebelum sampai pintu masuk je dah meronta-ronta mintak dilepaskan dan nak lari.  Akibat taknak bagi lepas, natijahnya tangan kita pulak dicakarnya.... Kurang asam. Jadi, untuk ke Vet ka...

Get well soon Double O!

Image
Budak nakal berdua ni dah sampai masanya untuk di"neutered" kan. Hukumnya adalah harus. Jadi, ini adalah demi kebaikan mereka dari "dirogol" oleh kucing jantan berhidung belang di kawasan ni....Huhu   Ini adalah diet untuk mereka selepas dikembiri.  Seminggu la ko terpaksa jealous dengan Openg sebab Openg melantak sensorang je ikan rebus tu....Haha. Dipetik dari belog Nusha . TQ :) Jakim telah pun mengeluarkan satu ketetapan pada tahun 2002, yang menyebut : Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah. All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community. After studying the messages of the aforementioned mazhab's and the medical viewpoint, JAKIM has decided that neutering of cats for reasons of 'maslahat' is acceptable. It ...

Shelter Untuk Si Bulus Triple-O.

Image
  Kucing-kucing bertiga ni ikut rancangannya memang taknak jadikan kucing sangkar. Takmo dorang ni hidup dalam sangkar je, nak bagi dorang bebas dan membesar macam kucing normal yang lain....bebas sebebasnya. Tapi, dalam bebas tu ada batasan jugak la. Jadi, ada masa memang kena simpan dalam sangkar. Kalau tak, tak pasal-pasal anak dara aku yang dua ekor tu (Omok dan Ompok) kena rogol dan membawak perut je balik... Sapa nak bertanggungjawab?

Si Bulus. Triple-O: Omok, Ompok, Openg.

Image
Alkisah, 3 ekor makhluk Allah ni dah pun membesar sekarang ni. Bermula kisah 3 meow ni dari seekor ibu yang kerap dirogol beranak kat kawasan kejiranan aku ni. Dan asalnya diorang ni, jiran aku yang dok bagi makan; bukan bela - sebab tak bawak masuk rumah. Bila dah selalu bagi makan, dah jadi macam kita yang bela lah kan? Dan tersebutlah kisah satu hari, isteri kepada tuan asal kepada memeows ni meninggal. Maka, terabailah memeows ni semua. Kami yang simpati bagilah dia makan secara berkala. Sudahnya bertukarlah pemilikan tuan kepada memeows ni semua.... Ibu kepada mereka ni kami bagi nama Momot, pasal comot, tapi slim je....sampaikan selalu jadi pilihan jejaka tua (kucing pencen) kawasan aku. Sampai masa dia ditakdirkan Ilahi beranak lagi.