Get well soon Double O!

Budak nakal berdua ni dah sampai masanya untuk di"neutered" kan.
Hukumnya adalah harus. Jadi, ini adalah demi kebaikan mereka dari "dirogol" oleh kucing jantan berhidung belang di kawasan ni....Huhu

Ini adalah diet untuk mereka selepas dikembiri. 
Seminggu la ko terpaksa jealous dengan Openg sebab Openg melantak sensorang je ikan rebus tu....Haha.

Dipetik dari belog Nusha. TQ :)

Jakim telah pun mengeluarkan satu ketetapan pada tahun 2002, yang menyebut :
Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah.
All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community.
After studying the messages of the aforementioned mazhab's and the medical viewpoint, JAKIM has decided that neutering of cats for reasons of 'maslahat' is acceptable. It is in agreement with 'qaedah' (way) Fiqhiyyah which states "To choose the lesser of two evils".
Dipetik dari FelineMalaysia.com
 

Sebahagian ubatan-ubatan buat bekalan dari vet. Antibiotik dan surut radang....

Kucing aku ni 3 ekor. Tapi dahulukan 2 ekor betina ni; Ompok dan Omok dulu kerana kekangan kewangan. Almaklum la, kami bukan orang yang ada-ada ni.

Dan kami dah dapatkan servis meng-kembiri/mengkasi/ neuter ni di vet yang bagi aku bagus servisnya. Agak costly, tapi berbaloi. Dr. Vet yang ada pun sangat mesra. PR skills mereka sangat bagus. Aku suka.
Dr. Natrah dan suami, dan lately ada 2-3 orang Dr. Vet baru.

Sedikit info tentang proses kembiri ni:

Haiwan kena dipuasakan sejak jam 7 pagi pada hari nak dikembirikan.

Surgeri biasanya dijalankan jam 2-5 petang.
Lepas surgery, depa akan dimonitor di sana semalaman.
Petang esoknya; pukul 5 dah boleh ambik.
Kos: RM 135 untuk betina, RM 120 (kot, tak pasti) untuk jantan - jantan murah sikit

Boleh walk-in je kalau nak buat surgery ni.

Kalau nak tau lebih lanjut boleh like fan page depa: I-Vet Petcare.
Di Shah Alam ni dah ada 2 cawangan. Satu di Seksyen 23, satu di Seksyen 16; Alam Avenue.
Jadi, kalau ada masalah dengan si Bulus kesayangan, jangan ragu-ragu untuk bawak ke sini.

Medical report card The Triple-O's

Aku pun takde card cenggini....huhu

Sebenarnya, the Triple O's ni dah lama jugak jadi regular kat Vet ni. Semenjak kematian bonda-nya dulu semasa masih menyusu, memang situlah kami tuju kalau depa ni ada masalah. Masa belum putus susu dulu, punyalah susah nak bagi depa ada selera nak menyusu dan makan.

Mak dorang ni pendek umurnya, mati mengejut. Jadi, tanggungjawab nak besarkan tu jatuh atas bahu kami. Tak sampai hati nak buang, jadi teruskan membesarkan dorang ni.
Terima kasih untuk Abah dan Soi (adik bongsu) yang banyak bantu ambik berat kebajikan dorang. Kucing kami ni kucing kampung je, jadi memang kami nak train dan bela dia macam kucing kampung. Takmau ke-sangkar-an sangat. Ada masa memang akan dilepaskan dan balik untuk makan ja.

Sekarang ni Double O dalam proses recovery dari surgery tu, dalam 10 hari akan ke Vet semula untuk buat incision. Semoga sembuh dengan cepat ye...Lepas ni boleh bergumpal dan menggelejat semula dengan adik korang yang makin gemuk dan nakal tu; Openg.

Turn Openg maybe lambat sikit kot, sebab kucing jantan. Tak risau sangat sebab takkan efek dalam mengembangkan zuriat. Hehe.

Kbai. 


0 Superb Comments!:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

 

KRIK KRIK KRIK...

10 Terbaik !

Ads

TONE PLUS

 photo BANNERCONTESTSMALL.png