Posts

Showing posts with the label ArticleBest

Give Thanks to Allah; MJ ke yang nyanyi?

Image
Pagi tadi, konon 2 aku "ter"jadi Jurulatih nasyid untuk aktiviti budak 2 tahun 6 selepas UPSR untuk Majlis Tilawah AlQuran peringkat sekolah. Dah tu, dorg belum training ape pun. Tanye nak nyanyi lagu ape, lagu ni yang dorg sibuk 2 nak nasyidkan. Give Thanks To Allah (versi MJ). konon 2 nye laa... Kenapa? Alkisahnya inilah lagu yang dinyanyikan oleh arwah (arwah ke?) Micheal Jackson aka Mikaeel sebelum kematiannya dan selepas DiIslamkan... Sila play video di bawah... Aku tak pernah dengar pun lagu ni, tak terdengar pun cerita yang lagunya nyanyian MJ. Dah tu, aku suh la dorg lagukan lagu ni. Erm, mungkin teknik nyanyian diorg tak betul, aku dengar lagu ni tak sedap. Terus bagi idea lain. Tapi dorg still takmo terima idea lagu nasyid yang aku bagi tu, masih nak pakai yang ini. Sudahnya, dekat 1 jam lebih takde hasil. Lantak korang laaa..Malas aku layan budak hingusan yang bodoh sombong cemtu... Huhu... Aku pun bukannya bersuara emas, ataupun guru vokal berkelayakan nak trai...

Selamat Hari Merdeka ke-52, Tanahairku...

Image
Hear Now : Lagu Tema Hari Kebangsaan ke-52 - 1 Malaysia Bersempena dengan kemerdekaan kita ni, apa kata kita tengok balik trivia yang menarik berkenaan negara tempat tumpah darah kita ni. Okey? Koleksi logo yang dicipta bermula pada tahun 1976 sampailah la ni; 2009. Inilah koleksi logo terbaru. Tema untuk setiap tahun kemerdekaan hanya dimulakan pada tahun 1970. Tahun 1988-1989 dan 2000-2006 menyaksikan tiada perubahan dalam tema. Dan setiap tema adalah misi atau refleksi tentang apa yang akan, sedang atau sudah dicapai oleh negara. Senarai tema dan tahun kemerdekaan dahulu sampailah la nih; 2009 Tahun Tema 1970 Muhibah dan Perpaduan 1971 Masyarakat Progresif 1972 Masyarakat Adil 1973 Masyarakat Kebudayaan Malaysia 1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan 1975 Masyarakat Berdikari 1976 Ketahanan Rakyat 1977 20 Tahun Bersatu Maju 1978 Kebudayaan Seni Perpaduan 1979 Bersatu Berdisiplin 1980 Berdisiplin Berbakti 1981 Berdisiplin Berharmoni ...

RON95 ke RON97? Tak kisah laa...

Image
Salam hari ke-9. Hari ni dah 30 Ogos 2009. Lusa akan jadi 1 September 2009 . Bulan baru, dan harga pun baru. Harga bahan api yang lebih berguna dari emas permata. Tanpanya, pastinya anda tak akan sampai ke ceruk celah bedah mana yang korang nak pergi. Asalnya cuma cecair hitam yang dicari gali nun jauh di dasar batuan bawah laut dan disedut keluar dari perut bumi oleh si pencarigali emas hitam ini. Dan selepas melalui penyulingan berperingkat, akhirnya terhasillah pelbagai kualiti bahan yang mampu menggerakkan jentera sekecil mini-bike sehinggalah sebesar Boeing 777. sebotol sample minyak mentah yang belum diproses... gambar dari : wikipedia Tak kisah laa...bukan aku nak membasa-basikan pasal semua tu, cume intro kepada kenaikan harga minyak yang memang jadi keperluan kita, bukan kehendak. Aku tak kisah sangat sebab tempat kerja cuma sepelaung je dari rumah...:P Aku browse jugak di google, dan pastinya ramai forumer yang dok carik pasal benda nih. Ramai yang gusar, ramai yan sokong, ...

Mangsa Kebakaran Di Bulan Ramadhan...NGERI!

Image
kebakaran adalah sesuatu yang tak dijangka. sekadar gambar hiasan ^__^ Salam Ramadhan semua. Puasa tak hari nih? Puasa tak?? Bagus... Kalau takde ape nak dibuat, ayuh kita muhasabah diri di waktu bulan kareem dan bulan yang dinanti ni. Pernah tengok mangsa kebakaran tak? Bayangkan manusia yang dibakar hidup 2 , sengsara dan azabnya. Begitulah agaknya sedikit azab dan derita kalau dibakar hidup 2 di SANA. Untuk melihat gambar 2 di bawah ni, anda perlu memasukkan password yang tertentu. Password : chekguBH memang best Ya, saya berpuasa hari ini & saya sudah bersedia jiwa dan raga untuk melihat gambar 2 yang menyayat hati ini. Aku Kental! Selamat Meneruskan Perjalanan Ibadah Puasa di Bulan Mulia ini... *__*

Bingkisan Ramadhan...

Image
Ucapan aka Virtual Card ni aku titipkan buat teman 2 seper-belogger-an semua. Kalau minat, ambik laa... Dan sedikit pesanan buat kita... Jangan salahkan mereka..kerana mereka dibelenggu time nih... Penyimpan Mohor 2 Besaq.... Yang Besaq 2 Kepala dgn ini mengisyhtiharkan bahawa PUBLIC HOLIDAYS untuk semua ... untuk Sebulan ( No Overtime!! and No Replacement!!! ). Maka dengan ini ingin diberikan sedikit Pesanan kepada MANUSIA : Kalau dok beratur panjang di Kedai Mamak di waktu puncak Bukan yang suruh!! Kalau ada Runner dok tolong beli Bekalan Dia takdak kena mengena dgn !!! Kalau tak reti 2 nak buat amal ibadat Bukan yang dok bagi hampa MALAS tau!! Kalau dok pakai terdedah sana-sini Bukan yang suruh dan bukan yang suruh tengok..!! Kalau dok pi berkepit sana-sini dgn marka siang malam Bukan yang bagi line!! Kalau dok Boros sangat shopping Raya Bukan yang suruh!! Kalau dok tak habis 2 mengata orang Bukan yang bagi idea!! Kalau tak habis 2 dok berdengki kat orang Memang bukan yang d...

Buraq & Ketika Israk...

Image
******************************************************************** BURAQ ******************************************************************** Lakaran buraq - wikipedia Buraq dari segi bahasa bererti "kilat cahaya". Ia adalah sejenis makhluk menyerupai haiwan, besar sedikit dari himar (keldai) dan kecil sedikit dari baghal (haiwan kacukan keldai dan kuda). Diriwayatkan juga buraq ini merupakan makhluk yang menyerupai haiwan lagenda iaitu seekor kuda putih yang bersayap burung berbulu pelepah yang besar . Namun ada juga yang mengatakan buraq menyerupai burung putih yang besar. Walaubagaimanapun ia dijadikan oleh Allah b ukan dari jenis yang berdarah, berdaging dan bertulang belulang seperti haiwan, sebaliknya ia diciptakan daripada cahaya. Mengikut satu riwayat Buraq yang dipilih oleh Jibril ini merupakan satu-satunya haiwan yang mempunyai ciri teristimewa kerana sejak mendengar nama Nabi Muhammad, ia tidak tahan menanggung rindu sehingga tidak lalu untuk makan dan minum...

Al Isra' Wal Mi'raj

Image
Antara salah satu peristiwa besar yang berlaku pada bulan Rejab adalah peristiwa Al Isra wal Mi’raj. Kebanyakan para ilmuan mengatakan peristiwa al Isra’ wal mi’raj berlaku pada 27 Rejab. Allah SWT berfirman: “Maha Suci Dia (Allah) yang memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad) pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjid al Aqsa yang diberkati kawasan sekitarnya, untuk dipertontonkan bukti-bukti kebesaran Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat” (surah al Isra’: 1) Al Isra’ bermaksud perjalanan Rasulullah daripada Masjid al Haram di Mekah ke Masjid al Aqsa di Palestin pada hanya sebahagian malam. Al Mi’raj pula bermaksud perjalanan Rasulullah dari Masjid al Aqsa menuju ke Sidrat al Muntaha (melepasi lapisan langit ketujuh) dan menerima kefardhuan solat daripada Allah SWT. Peristiwa al Isra’ wal Mi’raj adalah peristiwa yang luar biasa dan tiada manusia yang mampu merencana perjalanan sehebat peristiwa ini. Justeru itulah Allah SWT memulakan ayat ini dengan memuji...

Kisah Anak Derhaka...

Image
Kisah ini diforward dari email yg dikirim teman aku... Jadikan pengajaran dan iktibar... **************************************** edited: maafkan aku jika entry ni terlalu panjang...aku pun baru perasan. kesabaran yang tinggi diperlukan...huhu "Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengahari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka. " Bincang apa tu? Serius aku tengok," saya menyapa. " Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia? " kata Jaimi, kawan saya. " Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu. " Macam ni," kata Jaimi, l...

Kisah 3 Budak...

Image
Prelude: Aku bukan dalam mood update. Sibuk serba sedikit. Qada' Allah. Ada masa lapang, ada masa sempit. Itu lumrah. Jadi, aku tempelkan e-tazkirah ni. ********************************************************** Dalam sebuah hadith yang panjang yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawasanya ia mendengar Nabi s.a.w. bersabda: Sesungguhnya ada tiga orang dari kaum Bani Israil, iaitu seorang berpenyakit sopak, botak dan buta. Allah hendak menguji mereka itu, kemudian mengutus seorang malaikat kepada mereka. Malaikat ini mendatangi si sopak lalu berkata : Apakah perkara yang paling kamu sukai? Si sopak menjawab: Sembuh daripada sopak dan dikurniakan kulit yang cantik supaya manusia tidak merasa jijik kepadaku. Malaikat itu lalu mengusap kulitnya dan lenyaplah kotoran-kotoran itu dari tubuhnya dan dikurniakan kulit yang baik. Malaikat itu berkata pula: Harta apakah yang paling kamu sukai? Orang itu menjawab: Unta. Lalu dia dikurniakan unta yang bunting. Kemudian malaikat berkata: ...

Kenapa Stadium di Terengganu Runtuh...

Image
Runtuhnya bumbung Stadium di Tganu. 5000 nyawa terselamat. Semalam, aku tengok berita kat TV3. Tiba 2 keluar berita tentang stadium yang runtuh tu. Mula 2 Bangunan Supermarket Jaya runtuh, pastu Stadium ni pulak... Dan mase tuh, fofuler balik la Supermarket Jaya tu, selepas habis usianya.. Sebab sebelum ni sumpah aku tak tau ade SJ tu kat PJ.. Dan mase tuh, mulalah mak aku bukak citer nostalgia abah ngan mak aku mase dorg dating kat sana... Macam 2 .... Bende ni even bukan kuasa kita, sebab kalau nak runtuh, tetap akan runtuh... Tapi semasa pembinaanya, janganlah buat ala-carte je... abis 2 camni laaaa... Mengikut pakar, ini adalah sebab mengapa stadium di Terengganu runtuh. Selepas kajian demi kajian dibuat... Entah laa... Tatau aku nak cakap ape... gerombolan Ultraman berkumpul dan berpesta pada malam sebelum kejadian... dan, serangan sejenis raksasa lobster... larriiiiiikkk.....! Oke, yang ni serius sikit. Sekarang kan kes ragut dan ter-bunuh memang tengah hot. Jadi, ini salah sa...

Ibu Tiada Galang Gantinya...

Image
Kita semua adalah anak. Dilahirkan oleh ibu selepas berbulan mengandungkan kita dengan segala susah payah. Sesungguhnya kita sangat terhutang budi dengan bonda yang melahir dan membesarkan kita. Al Quran sendiri menjelaskan betapa tingginya penghormatan dan kebaikan yang wajib dilakukan oleh seorang anak kepada ibu bapanya. Allah berfirman: Dan telah kami perintahkan kepadamu, Janganlah sekali-kali menyembah selainku dan berbuat baiklah kamu kepada kedua orang tuamu. Sama ada kedua ibu bapamu atau salah seorang daripada mereka sudah lanjut usia, janganlah kamu mengatakan kepada mereka walaupun pun perkataan ‘uhh’, dan janganlah sekali-kali kamu meninggikan suara kepada mereka, dan bercakaplah dengan mereka dengan ucapan-ucapan yang mulia. Dan Hendaklah kamu sentiasa merendahkan diri di hadapan mereka dan berdoalah: Wahai Tuhanku, kasihanilah kedua-dua mereka sepertimana jerit perih mereka membesarkan kami sedari kecil. (al Isra’: 23-24) Sungguh jasa bonda tak dapat dibalas. Mengandungk...

Dialah Professorku, Dialah Ibuku...

Image
image source : kambingdombret Sempena Hari Ibu (actually, everyday must be a Hari Ibu).... aku publishkan article nih... thru my email...kite berkongsi, boleh kan? ******************************************************************************* Cerita 1: Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul) Bila dahaga, yang susukan aku.... mak Bila lapar, yang suapkan aku..... mak Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak Bila bangun tidur, aku cari.... mak Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak Bila nak bermanja, aku dekati.... mak Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak Bila sedih, yang boleh memujukku hanya..... mak Bila nakal, yang memarahi aku.... mak Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak ...