Al Isra' Wal Mi'raj

Antara salah satu peristiwa besar yang berlaku pada bulan Rejab adalah peristiwa Al Isra wal Mi’raj. Kebanyakan para ilmuan mengatakan peristiwa al Isra’ wal mi’raj berlaku pada 27 Rejab.

Allah SWT berfirman:

“Maha Suci Dia (Allah) yang memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad) pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjid al Aqsa yang diberkati kawasan sekitarnya, untuk dipertontonkan bukti-bukti kebesaran Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat” (surah al Isra’: 1)

Al Isra’ bermaksud perjalanan Rasulullah daripada Masjid al Haram di Mekah ke Masjid al Aqsa di Palestin pada hanya sebahagian malam. Al Mi’raj pula bermaksud perjalanan Rasulullah dari Masjid al Aqsa menuju ke Sidrat al Muntaha (melepasi lapisan langit ketujuh) dan menerima kefardhuan solat daripada Allah SWT.

Peristiwa al Isra’ wal Mi’raj adalah peristiwa yang luar biasa dan tiada manusia yang mampu merencana perjalanan sehebat peristiwa ini. Justeru itulah Allah SWT memulakan ayat ini dengan memuji DIRINYA yang tidak terbanding dengan mana-mana kekuasaan dan kebijaksanaan yang lain.

Antara pengajaran utama daripada peristiwa al Isra’ wal mi’raj adalah seperti berikut:

1. Keutamaan Solat

Allah SWT mewahyukan kewajiban solat secara langsung kepada Rasulullah SAW tanpa melalui sebarang perantaraan. Pada asalnya manusia diperintahkan untuk menunaikan solat 50 waktu sehari semalam. Walaubagaimanapun perintah tersebut dikurangkan sehingga hanya 5 waktu sehari semalam sebagaimana yang kita laksanakan pada hari ini.

Walaubagaimanapun, Rasulullah mengatakan sesiapa yang mengerjakan solat 5 waktu sehari sebagaimana yang diperintahkan, akan mendapat ganjaran seolah-olah mengerjakan 50 waktu sehari semalam.

Para Ilmuan Islam juga mengatakan bahawa “Solat adalah mi’raj bagi seorang Muslim”. Solat juga menjadi pembeza di antara iman dan kufur.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sembahyang itu tiang agama, barangsiapa yang mendirikannya sesungguhnya dia telah mendirikan agama, barangsiapa meninggalkannya sesungguhnya dia telah MERUNTUHKAN AGAMA"- Bukhari dan Muslim.

Bahkan sekiranya ada yang bertanya tentang “turning point” dalam hidup, jawapannya “sempurnakanlah SOLAT”.

2. Kemuliaan Masjid al Haram dan Masjid al Aqsa

Dalam ayat yang disebutkan di atas, disebutkan dua masjid secara jelas iaitu Masjidil Haram di Mekah dan Masjid al Aqsa di Palestin. Masjid al Aqsa merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Mekah. Bahkan Masjid al Aqsa dan Baitul Maqdis adalah tanah suci umat Islam yang ketiga selepas Mekah dan Madinah.

Masjid al Aqsa juga merupakan masjid yang kedua tertua di dunia selepas Masjidil Haram iaitu dibina 40 tahun selepas pembinaan Masjidil Haram di Mekah (Hadith riwayat al Bukhari).

Malangnya pada hari ini, Masjid al Aqsa menjadi saksi kepada jenayah kemanusiaan yang paling buruk dalam sejarah dunia dan tidak ada mahkamah di atas dunia ini yang boleh menjatuhkan hukuman kepada pengganas Zionis yang merampas tanah Umat Islam, penganut Kristian dan sebahagian Yahudi di Palestin dan membunuh ratusan ribu nyawa yang tidak berdosa.

3. Senang selepas susah.

Peristiwa bersejarah ini berlaku selepas Rasulullah SAW mengalami tahun yang penuh dukacita. Baginda kehilangan isteri yang tercinta, Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib hampir serentak. Tambah memilukan kedatangan Baginda ke Taif (sebuah negeri di luar Mekah) bukan sekadar tidak disambut tetapi Baginda dilemparkan batu oleh pemuda-pemuda upahan sehingga baginda luka parah.

Walaubagaimanapun Baginda terus berdoa agar Allah memberi hidayah kepada penduduk Taif biarpun mereka menyakiti Baginda. Segala dukacita Baginda diubati dengan anugerah yang Maha Besar; perjalanan ke langit untuk bertemu dengan Tuhannya.

Sesungguhnya dunia ini adalah ibarat satu putaran roda. Ada masanya kita senang dan ada ketikanya kita susah. Justeru yang senang, bersyukurlah dan yang susah, bersabarlah; kesenangan pasti datang dengan kesabaran dan usaha.



Untuk entri yang akan datang, aku tertarik untuk publish pasal lapisan langit yang dilalui oleh Baginda dan buraq...

Taukah korang ape itu buraq??
Lepas ni...
Salam.

Comments

  1. Bagus !

    Entri yang saling ingat mengingatkan tentang kewajipan solat.

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih.

    buraq = 'kenderaan' yang ditunggang Nabi s.a.w. bergerak dengan kelajuan cahaya.
    *betulkan jika salah*

    ReplyDelete
  3. salam.. terima kasih atas ingatan...
    kita makhluk ciptaanNya.. acapkali lalai dan lupa

    ReplyDelete
  4. Abang Long
    same2la kite igt mengingati...

    fiezabaiduri
    bteol la tu...
    ia lebih kepada bentuk kuda tapi kecil sket...
    pantas sepantas saujana mata memandang...

    secangkir madu merah
    salam israk mikraj...

    zonaku
    same2la kite ingat-mengingati... :)

    ReplyDelete
  5. lepas ni cikgu, di masjid2 dan di surau2 akan sibuk dengan ceramah dan aturcara menyambut israk dan mikraj kan..... hehehhe

    ReplyDelete
  6. Tazkirah untuk kali ini.

    Terima Kasih. :)

    ReplyDelete
  7. salam bro, tazkirah dan info yang berguna untuk dikongsi bersama...

    ReplyDelete
  8. salam..chekgu..lama tak jenguk blog ini..hehehe..windooo...

    nway, nak cakap sikit. janji Allah tu pasti. dalam surah isra' Allah janji kita akan tawan balik masjidil aqsa.tggu sgt3 saat tu :)

    ReplyDelete
  9. tak sabar nak mengenali buraq :D

    ReplyDelete
  10. Salam Syaaban ...


    esok sudah 1 Sya'ban. Moga kita mendapat keberkatan di bulan yang baik ini.

    ReplyDelete
  11. maza
    itu normal laa...

    Syafik
    same2...

    Fly
    sikit sama dicicah, byk sma dilapah..

    ♥chentatiku♥
    rasenye tika kita dah dpt kuasai balik, dah nak kiamat...
    tunggu je laa...

    ku tak sempurna
    akan aku introduce kan nnti...
    huhu

    pB
    mudah-mudahan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Jangan fikir lama-lama nanti dikebas orang...