This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Dec 31, 2008

Kalau bukan hari ni, tahun depan lah!


Banyak perkara yang tercoret dalam kamus hidup aku. Sepanjang 2008 ni, banyak perkara yang berlaku. Dan hampir semua tersemat rapi di dalam blog ni. Dari sini, aku mula kenal dengan ramai kawan2 baru, kalau bulih aku sebutkan kat sini :


KakJie (yang ni dah lame dulu kenal) AbahNajwa, Knizam, Adry, AbahFateh, Aan, Yonna, CikguJawe, hayad, Chi Am (previously known as CT, haha) Cikgu Sue, Cikgu KakLah, Cik snm, Luth, PenyuBiru, Krueger, SueAnnaJoe, Yatie dan Keyrol of Sawanila, Juelee dan Encit Leenye, KapalLayar, kak VimmyYasmin, kutaksempurna, zonaku, en_me, ecah, ien muncet, kak neezashahril, kak kuIna, Cikgu Nordee, Zuer, Cikgu2 yang mmg semakin ramai hari demi hari, cikgu OneZaaba, cikgu TERA, zariel, benludin dan ramai lagi.... jangan kecik hati kalau aku tak sebut ye...


Terima kasih! Terima kasih kerana sudi jadi pembaca selaku penasihat selaku kawan selaku pengkritik selaku pembaca senyap...
Aku terlalu menghargai penglibatan secara langsung atau tidak dalam hidup aku sepanjang tahun 2008 ni.

Pernah satu mase, aku begitu down selepas berita kesihatan Mama yang tak mengizinkan...sehingga terpakse terlantar di hospital lantaran kesakitan yang melarat hari demi hari. Menambahkan dramatik lagi cerita aku, mase tu tengah orang nak raye...Maunye tak sedih..

Dan pada mase tuh, aku tak tau pada sapa nak mengadu, jadi aku coretkan kat sini...
Datang korang semua yang mendoakan kesejahteraan ibu aku...
Dan akhirnya, selepas kurang lebih 3 bulan...Termakbul doa korang semua...Alhamdullillah...

Transisi aku daripada seorang graduan yang masih tercari2 jalan dan haluan hidupnye, masuk ke bidang pendidikan yang sangat mencabar kredibiliti. Sebelum ni, aku berharap aku diberikan halatuju terbaik daripadaNya, dan inilah jalannya. Pastinya aku bersyukur dan tak akan menoleh ke belakang lagi.

Terima kasih kepada korang semua yang tak putus2 respon dan menyokong dari kejauhan. Dari awal tahun sampai ke detik dan titik ini.

Menjelang umur aku yang dah/akan melepasi suku abad lewat tengah malam ni, aku harapkan ade satu lagi sinar dan masa depan yang lebih gemilang...Melewati diari seorang guru biasa yang bercita2 menjadi SUPERB, walaupun dalam kelasnya yang tersendiri....

Semoga kita masih dan akan terus bersahabat, walaupun di alam maya, di alam yang kadang kala rupa masih menjadi ukuran. Kan?? Tapi yang paling penting, kita kenalah jujur dalam bersahabat.

Semoga kita akan menjadi insan yang lebih baik, lebih syumul dan menjadi aset berbanding liabiliti....Sentiasalah membantu daripada membuntu...
InsyaAllah...

Bak kata pepatah melayu yang diterjemahkan ke tagline aku:

Aku BUKAN Melukut Di Tepi Gantang.


Dec 30, 2008

Cerita Duo: Gathering@IKEA

Dah lame tak jumpe....Kalau dihitung-panjang-pendeknya...Dekat 3 tahun tak jumpe.
Dorang ni pernah jadi bestfren aku suatu mase dulu...Time mude2 aku blajar dulu..
Alaa...kat UMT (Uni Msia Tganu) dulu...
ces, malu nk sebut KUSTEM, takut orang tatau

Lantak...Sebab masing2 dah ade halatuju dan karier masing2....
Yang dah kawen, yang masih single; menunggu bulan jatuh ke riba agaknye..
Dorang ni sume dok jauh dari KL ni, Tiha ngan Dila kat Terengganu, Eja sbg PTD N9, dan Shae paling "jauh" dari KL...Seksyen 17...Haha...
Sangatlah dekat dengan rumah aku....Tapi jumpenye jarang2 nampak btanag idung....
Masing2 menyombong kan??? Ye laaa, sapelah Cikgu BH ni kan??


Lepas plan segala bagai, dorang yang baru balik dari bersukaria kat Bukit Merah, Perak kebetulan gatal nak jalan2 dan singgah la IKEA ni...
IKEA mane lagi, Damansara ni laa....Hari minggu lak tu...

Orangnye ramai, tak yah cakap laa...Korang yang memang kaki IKEA tau la camne...Gini2 orang kat IKEA...Entah ape yang menarik kat IKEA tu pon aku tatau...

Orang pompuan suke la kut shopping barang2 rencam atau barang2 remeh kat IKEA ni...Hermmm, aku je yang shopping ape2 kat sane...Member2 aku yang lain habis diroundnye IKEA tingkat atas dan bawah....

Heheh...Tapi berbaloila, sebab sebelum tu kami dah melantak semua hidangan2 yang lazat di bawah ini...
Malas nak ghoyak banyok, sile la layan foto2 berselera ini...oke??


Yang paling sedap ialah Meatball tu...huhu....Kalau ikut hati memang nak tale banyak2...Ade set 5 ketol, 10 dan 15 ketol...Ni aku amik 10 ketol...Tapi cam cukup je...
Kalau hidangan pasta cam makaroni or spagetti tu mmg tak sedap...Dah la caiyor je sosnye....Rege tu tak kisah sangat as long it is sedap...Ini rase cam *tuut* hantu je...
Chicken Leg tu pun ala2 je rasenye...

Kalau desertnye, mmg SUPERB! Walah! Daim cake ngan Princess cake tu mmg sedap...Rase nak order lagi je.....

Daim cake ngan Princess cake satu lagi, Mamak!

Gambar2 seterusnye adalah aksi sebelum dan semasa melantak makan....

Yang kat bawah ni adalah sesi posing maut dak2 ni...Aku kena layan, kalau tak ugut nak nanges kat situ, sape nak jawab..Haha....
Layan je....Lantak!


Itu je laa...Sekian...Selamat Tahun Baru 2009.
Hari ni meeting lagi...
Dan esok...
Selamat Kembali Ke Alam Persekolahan!


Cerita Uno: Kabut ke Car Boot?

Kalau kat oversea, pasar lambak jenis ni, dah lame popular. Kalau di Malaysia ni, baru nak berjinak2 untuk kita membudayakan pasar jenis ni.
Kalau kat oversea, ade yang panggil flea market, atau junk sale..Tapi lazimnya orang panggil Car Boot Sale. Asalnye ini jenis pasar yang praktikkan di luar negara je (rasenye) tapi sekarang dah semakin banyak dan menjadi trend untuk kite ikut sekali.


Kenapa car boot?

Sebab konsep asalnya memula dulu orang akan mula berniaga dengan hanya membuka boot kereta. Tanpa perlu khemah dan payung segala. Dan kalau kat Shah Alam ni, tempat yang menjadi perintis perniagaan stail ni adalah di sebelah Stadium Shah Alam, seksyen 13. Orang Shah Alam mungkin tau la kalau cakap pasal bende ni, tapi ade jugak yang tatau...Hehe..Pasar ni cume seminggu sekali je, rasenye...Setiap hari Ahad, dari pagi2 bute tu sampaila ke tengahari...

Dulunye ade barang2 terpakai je....tapi sekrang ni dah ade macam2, tapi aku tengok baju2 orang pompuan ni memang saaanggat la banyakkk....
Orang pompuan memang heaven laa kalau tengok baju banyak2 nih...
Orang laki ni jadik tukang angkat barang je...

Aku tau oke? Cume sebelum ni aku tak berkesempatan nak singgah dan berjual-beli..
Mase mula2 dulu, car boot sale ni atau jowone ngomong "pasar kabut" cume kecil-kecilan je.... Aku selalu limpas je, tak tersinggah pun...

Minggu lepas, Hari Minggu, adik bongsu aku ajak aku pi...Sebab memang takde bende nak buat...aku pun oke je laa...Ingat tak ramai...sekali sampai2 je dalam kol 10 lebih, orangnye...Bersusun2, gini2 haa.. (sambil menindihkan tangan antara satu sama lain)... Parking nye tak yah cakap laa...
Korang layan je la gambar ni...

Aku tak beli ape pun, tapi letihnye nak me-round satu pasar tu...Letih dowh...:bofu_41:
Dulu kecik je...Sekarang ni dah besar gile...

Ade dekat 10 row, dan setiap row dibahagi 2...
Setiap row yang dah dibahagi dua, ade deretan dekat 10 tapak...
Banyak tak??
Berapa sume wahai pakar maths dan cekgu2 maths serta engineer2 semua...??
Cepat kire...


Hehe....
Banyak dowh....And ade satu foodcourt untuk korang melampiaskan nafsu lapar korang:bofu_12: lepas penat me-round untuk beli barang atau sekadar window shopping je sebab poket tak mengizinkan...

Aku balik dengan T-Shirt 2 helai je...Itu pon sehelai seploh hingget...hehe...
Aku mungkin akan kembali..tengok je laa...

ps: Hari ni dah start meeting segala...Meeting GURU, meeting kurikulum, ko-kurikulum, bla-bla...Ni baru balik meeting.... 3 hari meeting berturut2 untuk ubat Cikgu2 Malaysia yang dah lame bercuti... Dan, skang ni aku tengah tengok citer Karut Indon, Ciung Wanara... Ejek la aku Kak Melah...Ade aku kesah..?? hahah...
Kue reti rak opo maksudnye???:bofu_16:

Dec 28, 2008

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun..


Sama-sama kite berdoa bersempena kunjung tibanya tahun baru di dalam Kalenar Qamari atau Kalendar Islam...

Bersama-samalah kita mengaminkan...

Doa akhir tahun 1429 Hijriah

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.
Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.
Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah.
Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa tahun baru 1430 Hijriah

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.
Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka

Semoga dengan hadirnya lembaran tahun baru ini, bersama-sama kita memperbaiki diri dan terus berusaha menjadi ummah terbaik di sisi Manusia dan Pencipta.
Insya Allah.

Salam Maal Hijrah 1430H.

ps: ternyiang2 melodi lagu Satu Muharam di telinga...

Dec 27, 2008

Zaman dan berubah, teknologi pun dah maju...

Haha...
Zaman dan berubah, teknologi pun dah maju...

ingat lagi iklan tu?? Iklan yang tak menjengkelkan...ok la tu...
Ape kaitan dengan entri aku kali ni?
Tak ade apa lagi untuk kali ni, cume nak berkongsi. Berkongsi rasa dan cita. Haha, poyo!

Tak de laa..
Maafkan aku kalau aku terpakse membuat korang tertelan air liur ataupun kecur melihat gambar ini...


Itu aje..Maafkan aku sebab tak dapat nak bagi semua orang, nak2 korang yang berada di alam maya fana ini..Hukhuk...



Sempena dengan tahun baru ni, aku cume nak berkongsi calendar atau takwim cuti dalam satu tahun dengan korang. Cuti umum kite laaa..
Bulihla plan nak bercuti ke ape...ye??
Kalau nak, klik link bawah imej ni...



Dan satu game yang best utk dilayan...
Skor sebanyak yang bulih untuk menunjukkan rase kebencian kite terhadap mereka yang bermusuh dengan Islam dan umatnya.
Kite bermusuh dengan BUSH kerana membawa kemusnahan kepada Iraq.
Photobucket

Dan juga "Heroin/Hero" Kontroversi yang menggunakan nama ADIBAH AHMAD...
Sungguh tak gune...Sian kat empunye nama yang dipergunakan namanya...Beliau tak bersalah

Tau pulak takut lepas isunye digembar-gemburkan dalam media.
Habis semua blog yang direkayasa dipadamkan...

Dan beliau pernah menyerang secara peribadi seorang blogger tentang isu dan status agamanya..

Takut kene "CULIK" dan disoal-siasat ke?? Isu macam ni jangan dibuat main, nak2 ko bermian dengan isu sensitif cemni. Dan satu peribahasa yang digubal yang membawa maksud jangan berani bermain api kalau takut terbakar diri sendiri.


Kalau takut ditimpa tanah, jangan berumah dilereng bukit...

Jahanam!

Doa aku: Semoga Allah masih memelihara umat Islam di Malaysia ini, dan kekalkan keamanan yang kita kecapi hari ini.

*end

Dec 26, 2008

Nuffnang ade problem ke??



Aku tak pasti korang alami bende yang same atau tak? Korang ade problem tak nak loading page?? Hari ni, start lepas sembahyang Jumaat tadi, sampai la ni, aku takleh nak loading page..


Jenuh tunggu....Tunggu punye tunggu, last2 aku disable temporarily ads dari nuffnang ni..
Skang ni baru bulih..

:mNgumpat:
Aku try gak loading page beberapa kengkawan yang lain yang ade nuffnang ads kat leaderboard dorg cam Kakjie, KNizam...pun same...Yang lain aku tak sure..
Korang alami bende yang same ngan aku tak?? Korang ade problem tak nak masuk blog aku dalam hari ni, lepas tengahari tadi??

Masalah aku ke Nuffnang??
Herrm...
:mPening:

Alkisah Pulut Kuning Kembali!

Yeay...!
Cuti sekolah dah nak abis...aktiviti waktu cuti pun sepatutnye dah hampir ke penghujungnye...
Seronok? Bosan? Ade pegi mane2 tak??
Takde? Siannye...
Aku jugak kesian kat diri sendiri, sbab macam Kak Melah cakap la, soalan klise orang awam kat penjawat jawatan awam bergelar pendidik cam aku dan juge Kak Melah ialah:


Cikgu, tak pi jalan mane2 ke?
Takkan dok umah je..


Kak Melah seronok la, sebab baru je turun dari Bukit Cameron bersama suku-sakatnye..Aku je yang tak pi mane2 ...tak pe, simpan duit tu...bulih buat belanja kawen..

Kisahnya, dulu Mama pernah buat pulut, kire2 4 bulan lepas, dengan alasan sebagai membayar niat sebab berhasil aku dipostingkan ke sekolah yang "betul2 " dekat dengan rumah, sekaligus menjadi penemannye kat rumah..
Tak la sunyi sangat....
:mWekk:





Kalau nak bace entry pulut kuning dulu, klik sini.

Kali ni Pulut Kuning muncul kembali...
Treng teng teng....

Sebab ape? Sebab Mama dah sembuh sepenuhnye dari ujian Allah yang pernah melandanya secara khususnye dan kami sekeluarga umumnye.
Kaki Mama terpakse dibedah sementelah bengkak dan bernanah akibat komplikasi kencing manis...Mase tuh emosi Mama dan kami sekeluarga cukup tak stabil. Tapi Mama tabah dan tekad untuk sembuh dan menjalani kehidupan normal macam dulu.

Mase kaki Mama dioperasi, di insisi di tapak kaki sepanjang kire2 4-5 inci untuk mengeluarkan nanah yang bermaharajalela di dalam. Disebabkan Mama penghidap kencing manis, insisi tak boleh dijahit dan musti dicuci setiap hari.

Kesabaran Mama pegi cuci dan berpantang selama kurang lebih 3 bulan, membuahkan hasil.
Selama itu la, aku dan Abah bergilir2 mengambil alih tugas2 Mama di rumah yang asas2; memasak, mengemas etc.. Sebab keuzuran Mama tu membataskan segalanya.

Tapi sekarang tak lagi, sebab Mama semakin sihat. Alhamdulillah, terima kasih segala. Kerana mendoakan kesihatan IBU saya.
Tanpa kalian semua yang menyokong aku selama ni, tak mungkin semuanya akan kembali seperti sedia kala begini.

Hari ni kene agih2kan pulut kuning, dari Jenjarom-Klang-Shah Alam-Pantai Dalam...Habis aku akan me-round..

Korang nak ke?? Erm, takpe nanti aku bagi korang jamu mate je yer...:mWekk:

ps: makin melampau2 strimix aku ni buat perangai tau...lembap tembel mengalahkan bapok je...tak pernah buat hal lembap siput cenggini...

Dec 24, 2008

Yang Manakah Saya?

Mengimbau kisah silam beberapa abad dekad yang lalu...

Di manakah saya?? Boleh teka yang mane satu??
kalau rase gambar ini terlalu cinoni, klik utk lebih besar viewnye, okeh?



Mase ni aku sangatlah comel, sangat chubby dan gedempol. Haha...
Yang penting aku sangat comellah mase nih...Betul, tak caye tanye arwah BOBOT aku, kan, kan??
:mKening:


Seingat aku, mase ni aku dalam darjah 5 barangkali. Aku ingat2 lupe, sebab dah lame..Sekarang ni aku dah mencecah suku abad pun, berape ek umur aku skang??
tapi masih muda di hati..:mBerangan:

Mase ni aku dipakse oleh mak abah aku untuk pegi satu SUMMER CAMP anjuran Sabha Total Training Center (STTC) di Sungai Lui, Hulu Langat. Sekarang ni STTC ni dah takde kut, yang pasti ia dianjurkan oleh AKRAB (Akademi Keluarga Bahagia Malaysia). Program ni memang program yang digemari oleh makbapak masetuh untuk dihadiri dek anak2 dorg sempena cuti sekolah daripada dok melepak tengok TV je kan? Jadi, aku terpaksa menghadiri kem ni, selama 4 hari 3 malam tak silap aku, dari Khamis sampai ke Ahad...
Lame tu...Kirenye menghabiskan mase dengan kengkawan baru yang budak2 lagi, tak pandai nak mengurus diri lagi...Makan dalam dulang, mandi kat kolah...aktiviti lasak (? buleh laa), ceramah motivasi...

Dan AKRAB ni adalah kepunyaan dan kelolaan Datuk Dr Hassan Ali yang cukup2 femes mase tuh. Mase dier belom terlibat dengan politik, dan masih tengah ngetop ngehost FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM di saluran TV Kerajaan...

Masetuh, populariti FPHEI mmg meletop2, ngalah Misteri Niyang Rapik yang disiarkan pada waktu yang same dengannye..Hehe..

Kirenya, kalau dulu, TV cume ade satu, jadi kitorg dipakse oleh Abah dan Mama utk konsentret tgk FPHEI tu...Takleh alih channel lain...Skang ni bile dah besar, dah ade duit sendiri, masing2 sorang satu TV dlm, kalau dorg nk tgk PFHEI tu, kitorg larik la naik atas, tgk citer feveret masetuh..
Sangat jahat, sangat tak nak menghayati majlis ilmu ni...:mHihi:

Back to the topics;
Kirenye sesuai la acara ini untuk disertai oleh anak2 time cuti2 sekolah ni...Skang ni pun ade bukak lagi, tapi dah lepas..kene tunggu sampai next school holiday kut...
Ni linknye... AKRAB -Summer Camp

Hari pertama sume wangi lagi, dah hari ke-2,3 dan 4 macam2 bau ade...ade yang bau hancing la, hamis laa..segala bagai....tapi semua tu experience..Kitorg mase balik tu melalak2 sebab sedih nak berpisah, even cume 4 hari bersama...semangat keakraban tu dah terjalin...Tu la pasal...

Sebelum balik, ade satu sessi tu, LDK di mana kitorg kene tulis satu surat penjanjian dan pengakuan yang kita akan berjanji untuk bla-bla-bla...untuk jadi baik la... dan surat tu beralamat rumah sendiri dengan nama mak dan ayah kite sendiri...Hehe..Untuk diposkan ke rumah kite sendiri, kirenye utk mak abah bace laa...

Aku buat, tapi sudahnye surat tu tak sampai ke tangan mak ayah aku, sebab aku dok menanti je bile surat tu nk sampai..Bile dan sampai, aku sorok...Huhu...Segan dowh nk bagi Mama ngan Abah bace...huhu..

Dan mase tuh la, dier ajar kitorg supaya salam dan cium mak ayah punye pipi atau dahi atau kedua2 sekali...Sebab sebelum tu, mmg cukup segan nak kiss mak ayah punye dahi/pipi atau kedua2 skali...tak pernah prektis...memang laa..
ooo...kalau cium pipi bukan mak ayah tak segan lak kan??
Tapi skang dah tak segan silu dah..dah memang trend...kan??

"Salam semut"; tu lah istilahnye..kan kakak2 dan mak2 semua..
orang laki susah nk buat dengan orang laki yang lain, kang misundestood lak...hehe...
kalau salam semut ngn bini tak pe kot..


Mase summer camp tu ade satu lagu tema yang kitorg dok alunkan selepas aktiviti atau solat berjemaah. Sambil mencangkuk bahu member2 di sebelah, kitorang akan alunkan lagu nih...

Kasih Dirayu
Sayang Dipadu
Keluarga Bahagia
Akademi Keluarga Bahagia
Malaysia


Haaaa..dah banyak aku nulis ni..sekian...

ps: Dapat tak carik??

Dec 22, 2008

Membikin Super ke Superb!

Memandangkan aku pon sedang kemaruk berblogging ni, biarlah aku buat ape yang aku suke, ape yang aku minat. Lagipun skang ni tengah cuti sekolah...kan???

Sebelum tu aku nak say thanks, many thanks to all reader, either vocal or silent-reader sebab tak jemu2 saling melawat, saling berkongsi rasa dan minda...
Menyokong maupun mencemuh, aku syukur sangat2 sebab itu tandanya seseorang tu memberikan perhatian atas ape yang aku coretkan, paparkan kat sini.

Tak kurang mereka yang sebelum ni begitu asing pada aku, dah jadi macam family kepada aku...korang tau kan korang dalam kategori mane. Dan kite bertemu dan bermesra atas satu name, blogger! Walaupun di alam maya...

Kalau dulu, Kakjie sorang je yang dok menyokong dan memberikan maklum balas pada ape yang aku contengkan kat sini, sekarang tak lagi, sebab sekarang ni dah

:mNo:RAMAAAAIIIIIII....

Terima kasih semua.

Siapalah Chekgu BH ni tanpa korang semua kannnss... (tiru ayat en_me hehe)






Ye, aku mengaku, aku perfectionist; semuanye musti lengkap dan mantap, selagi tak capai tahap tu, itu bukan aku...Kalau dulu motto utama aku ialah

I Wanna Be Superb GURU BaniHassim

sekarang aku mengubahnya menjadi satu misi yang tak kurang pentingnye,

Bukan Melukut Di Tepi Gantang.


Malas nak cerite banyak, cume nak hebahkan pasal beberapa laman sesawang (ceh, sesawang la pulok!) yang dah lame dan baru aku buat, khas untuk pengunjung setia aku di sini. Cewah, cakap feeling cam artis realiti lak...hahah...:mCamera:


Semua link untuk laman sesawang tu bulih diklik pada menu bar kat atas tu...Okeh???

Antaranya ialah:

*SIJI

Senarai blog link kawan2 yang telah dikumpulkan, mungkin ade yang tertinggal. Kalau ade, dan aku belum link back korang, jgn segan2 gitau aku, okeh??

klik LINKS > CLICK'S LINK

dan kalau nak tengok updates semua blog yang aku follow, klik pada BLOG UPDATES.
Ia sebagai satu interface yang memudahkan aku checkout your hottest news updated. Tu je...

klik LINKS > BLOG UPDATES

*LORO

Kalau rase nak tengok artikel yang aku dapat kebanyakannya daripada email, aku compile dan publishkan di sini, dan ade yang besh, ade yang agak ngeri, lucah, politikus semasa dan lain2...
Kalau suke bulih klik...ye??

klik GELAK SANTAI

*TELU

Dan ini sebagai hiburan kalau rase boring2 dengan melayan TV Online.
Koleksi video youtube aku yang tak seberapa tu [on ade...nak tengok, klik je...
Aku dah carik beberapa link TV tempatan yang mungkin bulih membantu, manela tau kalau hujan2 ni kan Astro memang kaput.

So, just choose ur fav channel dan klik play button as if the player is idle.

TIPS:

Klik banyak2 kali pada play button, dan tunggu sampai kuar word "buffering...."
sebab server provider ni kadang2 sesak, so capaian korang berdasarkan
"on your best effort"...
Best man wins...haha..

klik TV ONLINE > YOUTUBE/TV1/TV2/TV3/TV9

*credit untuk cik ein muncet yang baik hati atas link TV Online ni, tenkiu...gudluck utk jawatan di syarikat hosting tu ye...hehe

*PAPAT

dan yang terakhir, kalau2 korang nak kenal aku dengan lebih lanjut, nak tau hati budi dan pekerti mulia serta sopan susila seorang Cikgu yang bergelar CHEKGU BANIHASSIM ni, bulihlah klik link BIODATA dan pilih yang mane berkenan di hati.
Nak add YM pun bulih, nak bagi hadiah sempena harijadi pun bulih, nak berkenalan pun bulih, nak hantar rombongan meminang pun bulih...

Kalau nak tengok aku ni sape di mase dulu, sekarang dan selamanya, kliklah pada MY ALBUM untuk layan gambar yang aku upload thru PicasaWEB tu...okeh??


Aku rase itu sahaja. Dan selamat berlibur di http://banihassim.blogspot.com/
Kite ENJOY!

*edited
ps: kepada kak NeezaShahril yang jauh di mate tu serta kengkawan yang kureng jelas pasal ape dier MELUKUT DI TEPI GANTANG tu, klik link ini utk lebih penjelasan okeh??
pss: aku jogging pagi nih...hahaha...:mPeluh:

Kelucahan Friendster...

Hai semua.
Entri aku sebelum ni dah mengarut, ini kurang kut mengarutnye...

Sekadar membangkitkan isu kelucahan yang semakin tersebar di Friendster.
Entah ape2 entah.....
Mungkin korang pernah kena kut....
Check this out!
AN email sent by one of my click...

This is one of the example..Agak lucah la...Dan quite malicious...So, aku abaikan je laa....


ni bentuk comment yg akan sampai dalam testi box anda..

Kepada kawan2 ku yg dihormati...

Virus ini akan menghantar gambar-gambar lucah melalui "comment" kepada kita...
Sekiaranya berlaku, seterusnya ia akan membuatkan kite ter "SIGN OUT" dengan sendirinya tanpa kita tekan LOG OUT...

Lepas kita "SIGN IN" balik, virus ini akan mula beroperasi dan ia akan menghantar gambar2 lucah itu kepada friend list kita di friendster ni melalui comment dengan menggunakan name kita...secara langsung, ia dapat memburukkan name baik kita sendiri....

Pada kawan2 sekali, sekiranya anda menerima gambar yg bukan-bukan (lucah) daripada ID saya atau sesapa, ianya adalah disebabkan oleh virus tersebut...
HARAP MAKLUM....


Korang pernah kena ke???
Erm..aku pown skg dah tak aktif nak berfriendster dah...
Benda tuh sekadar bulih dijadikan faktor pengabaian je laa...
Friendster mmg anak terbiar aku skang...

Ade aku kesah???

Dec 21, 2008

*Orang lelaki pun boleh masuk dapur ape?

Actually, aku di dalam keadaan di mana tak ade bende yang bulih aku tulis. atau ikut kate KakJie, writer's block.
Bukan ape, kite dah terbiasa posting (hampir) setiap hari, tetibe rase dah, satu, dua, tiga hari...masih tak ade yang nak ditulis.
Bukan bende penting pun yang nak ditulis, tapi entah la..
Takpe, aku tulis ape yang ade di dalam benak fikiran aku skang ni...

Okey tak tajuk posting aku? Ape, ingat kalau masak je sinonim dengan perempuan ke?
Sebab mungkin masak memasak ni lebih sinonim dengan jiwa lembut wanita...
Ye ker??

Rona Roni Makaroni, Ria, Thursday.

Lelaki yang pandai atau sekurang2nya tahu memasak tak sepatutnye begitu??
Kalau begitu, lelaki tu dikatakan kurang kelelakiannya?? Gitu??

Setuju??


Aku kurang bersetuju. Tak nafikan, ada juga lelaki yang pandai masak/suka masuk dapur nampak kurang kelelakiannya. Tapi tak kurang jugak yang normal seperti lelaki lahiriah dan batiniahnya...
Kalau lahiriah contoh pemakaian, tingkah laku, gaya berjalan dan cara bercakap kelihatan normal, dalaman kita belum tahu. Kad-dang2, ade yang anaknye memang berderet2 bak keretapi...Wallahualam..

Aku ni kire bulih la memasak, tak le pandai sangat sebab memasak bagi lelaki bukan sesuatu yang enteng. Kita perlu dan mesti tahu asas2 di dalam memasak seperti merebus, menggoreng, menanak nasi, memasak air. Sebab lambat-laun, tugas ini akan dipikul jugak, nak2 kalau baru mendirikan rumah tangga dan isteri terchenta di dalam lingkungan "tak larat" nya, kerana pembawakan budak.

Aku cukup benci dan meluat sebenarnya kalau ade orang yang skeptikal tentang perihal lelaki masuk dapur. Tak boleh ke??
Contoh ayat:

Untung ade "anak dara" yang tolong masuk dapur...


Aku bagi reaksi dengan senyum kambing+kerang busuk pasar Tani...
Ape dapur ni diciptakan khas untuk "orang dapur" je ke?

Ape kalau ko lelaki, dapur adalah tempat haram bagi kita? Macam tu? Kalau dah adik-beradik ko semuanya lelaki, dan mak ko lah satu2 perempuan tunggal dalam rumah ko...
Yang memikul semua tanggunjawab mengurus tetangga...Sanggup ke nak biar dorg bertungkus-lumus, tertonggeng2 sorang2 kat dapur??

Contoh terdekat aku laa...
Bukan aku nak bermegah dan berbangga....tapi selain memasak bertukang pun aku bulih ape...Jadi imam?? InsyaAllah...cume aku tak pandai bertarhim seperti CJ yang pernah sneaking dalam ofis masjid suatu mase dahulu...huhu...

Memang aku akui, mase aku kecik2 dulu, aku cukup segan bile orang tau aku dok tolong2 mak aku berkenaan hal kat dapur. Bukan ape, cume simpati...

Kalau orang luar ternampak aku buat keje kat dapur ke, atau buat keje2 yang kunun2nye "di-assign" memang untuk wanita (eg: sapu sampah kat luar rumah, sidai baju etc.) aku akan cepat2 berselindung, sembunyi ke ape2 laaa...Maksudnya aku segan dan silu laa...
Paham kan maksud aku...
Tapi bila dah meningkat "dewasa" ni aku tak perlu segan silu, malu2 lagi...sebab aku tolong semata2 sebab keadaan mak aku, dah tak sesihat dan sebugar dulu..Pedulik ape aku...
Pulak tu, mak aku je yang ade untuk buat2 keje rumah ni...Masa mak aku nak rehat memang singkat...

Sudahlah bekerja sepanjang hari, melayan anak2 dan suami...Abah aku tu makin tua makin banyak pulak songehnya, persis Atuk aku yang still panjang umur tu...Nak memasak, nak basuh baju, nak menyapu rumah, nak baca paper, nak bace gosip Ekin-Mawi etc...


Banyak kan kerja yang diciptakan untuk mereka yang bergelar wanita ni??
Aku sangat kagum dan takjub dengan kudrat yang ada pada mereka. Dari mana dorang dapat kuasa tu, Tuhan je yang tahu...

Jadi, kita sebagai lelaki ni, usah la tinggi sangat egonya, dengan mengagung2kan prinsip:
Orang perempuan memang kejenya di dapur sahaja..Orang laki kejenya memerintah sahaja...


Banyak cantek muke ko....

Bukan aku tak sokong lelaki. Masing2 ade ego, masing2 ada tanggungjawab, masing2 ade kerjaya dan cita2 tapi demi kemaslahatan dan kesejahteraan dan menunjukkan lagi kasih sayang kite, apa salahnya kita menghulurkan tangan, meringankan beban mereka...

Tentu lebih berbuah2 dan berbunga lagi kasih sayang dan tautan hati suami dan isteri kan??
Ceh..aku cakap macam aku ade experience ber-laki-bini nih...
Tak, tapi aku cume nak tegakkan sikap dan mentaliti yang dah tak relevan sekarang nih...

Tujuan aku timbulkan pasal ni bukan ape, cume aku nak tayang yang aku baru je buat ini...


Banyak dan sedap...
Boleh makan ulang2....Ni gambar kat peti ais ke-2. Peti ais pertama pon banyak lagi...
Yang kaler coklat tu aku bagi nama khas, DADIH JAGLO...
Tahu kenapa namanya DADIH JAGLO?
Teka la....

Nak sikit?? Tak boleh....!

ps: Aku baru je lepas pi rumah kenduri kawin kawan kepada kawan aku..Pengantin perempuannya persis Adibah Noor...kiut sangat... :D

*edited: ini adalah tajuk asalnye...Orang lelaki pun boleh memasak ape?

Dec 19, 2008

Kata Ibu...

Khusyuk ke? A non-related picture.
:bofu_04:

KATA IBU...
Masih ku ingat kata-kata ibu sambil memberi wang dan berpesan;

Sayang,
Pergilah ke kedai Pak Mamat
beli sekati gula dan sekati tepung
kalau tiada pergi ke kedai Maniam
kalau tiada jua belilah di kedai Ah Chong'.
Sambil berlari girang
dicelah-celah pepohon nyiur yang melambai indah
dengan sarang-sarang tempua berhayunan
bagaikan buaian
aku membeli gula dan tepung di kedai Pak Mamat
bertahun-tahun begitu
sesekali aku kekedai Maniam dan Ah Chong.



Kata Ibu:

Beli dikedai Pak Mamat kita dapat berkat
Pak Mamat membayar zakat
kalau beli di kedai Maniam dan Ah Chong
siapa menanggung dosa
kalau mereka jadi kaya raya
wang tadi dibina patung-patung dewa
kita terheret percuma masuk neraka
hanya sedikit yang masuk syurga
selainnya masuk neraka
kerana subahat membina Muruga dan dewa.


Kata Ibu:

Kalau mereka menjadi kaya raya
nanti mereka menjadi ceti
diberi Melayu pinjamnya wang
habis dilelongnya tanah warisan
kerana Melayu tak mampu bayar hutang.


Kata Ibu:

Kalau mereka kaya raya
habis dibelinya tanah dan bendang
padi naik harga kerana Melayu
hanya jadi kuli bukan tuan
kilang bukan kita punya
kedai juga bukan kita punya
tengok tu minum
kopi pun kata mereka
sedap dikedai Cina.

Kata Ibu:

Kalau mereka kaya raya
habis dibelinya pekan dan kampung
kita nantinya tinggal
dipinggir sungai bakau
dan berumah di bukit bukau
tapi kini sungai
juga dibeli dijadikan kolam udang
bukit juga dibeli dibina kondo mewah
Melayu mahu tinggal di mana
dalam hutan belantara?.

Kata Ibu:

Tanamlah kucai kita dapat berkat
kerana makan sayur yang tidak subahat
kucai di kedai Cina disiram najis babi
kalau kita tanam kucai
kita gemukkan kucai dengan tahi kambing.

Kata Ibu:

Jangan makan *tokua
kalau tak tahu siapa pembuatnya
jangan makan mi kalau Ah Chai yang membuatnya
kalau makan makanan subahat
hati hilang sinarnya
kerana memakan makanan subahat
hati dipenuhi bintik - bintik hitam penuh noda dan dosa
hati akhirnya mati
kita nantinya semakin renggang dari kekasih tuhan
kita nantinya menjauhkan diri yang Maha Pencipta
dosa kita berganda-ganda
lalu tuhan turunkan bala..

Inilah *tokua = tauhu = tofu

Itulah, bila ibu berkata rupanya benar-benar belaka. Fikir-fikirkan...

ps: Dalil ibu ni banyak hikmahnya. Jadi, janganlah menderhaka!

Dec 17, 2008

Man's Best Friends...

Selain manusia, kita juga bersahabat dengan selain daripada manusia kan?
Aku jugak begitu.
Sape lagi yang bersahabat dengan syaitan haiwan, angkat tangan!
:mKanta:

Uiiihh...Ramai jugak ye??
Mereka jugak ciptaan Tuhan, mereka jugak punye perasaan. Mereka jugak ade hak atas muka BUMI ALLAH ni.
Mereka makan, minum, tidor, yuk-yek, pee-pee malah mengawan...kan??
Mereka berhak berkasih dan dikasihi??
:mLove:

Beza antara manusia dengan haiwan hanyalah akal fikiran. Itulah kelebihan kita yang membolehkan kite mentadbir muka bumi ni.
Bukan ape, aku cume nak cakap pasal pet aka binatang peliharaan. Ok??

Aku pun pernah ade beberapa bibit kenangan dengan mereka2 ini.
Antaranya ialah :


satu: sang ikan pingpong dan kure2 comey.
Di mana perolehi dan awal kehidupannya:
Aku pernah membela ikan dalam aquarium comel dengan ikan yang sangat fragile dan sangat tidak lasak iaitu ikan ping-pong. Kenal ikan pingpong?? Ikan ni dikatakan seperti bola yang berekor dan berenang dengan menghayunkan ekornya ke kiri dan kanan. Tergedik2...
Harga : RM2-3 sekor.

Aku jugak membela sepasang kure2 yang sangat comey semasa kecilnya, dan aku sempat belajar macamane nak kenal pasti jantina kure2 ni..
Caranya ialah dengan melihat bawah cengkerang kure2 ni, kan ade tompok2 yang memenuhi kotak2 bawah badannya tu kan??

Kalau betina, tompok2 dalam setiap kotak tu hampir penuh, dan jantan sebaliknya, paham??
Satu lagi tengok kepada saiznye, tapi ini cuma dapat diliaht lepas beberapa bulan, lepas dier dah melantak banyak2...
Si betina akan lebih besar dari jantan..
Harga : RM 7-8 sekor

Akhir hayatnya:
Dan tak tahan lame ikan ni kerana lemas dek kerana air keruh akibat dibubuh makanan yang sangat banyak oleh sepupu aku yang sangat nakal tangannya.

Sang kure2 ni aku sempat mendidik sampai akil baligh, dari sebesar syiling 50 sen, hinggalah sebesar tapak tangan lelaki dewasa...
Jodoh kami tak panjang sebab tak sanggup nak bela dek kerana lack of spaces...
Akhirnya aku relakan mereka hidup bebas merdeka di Tasik Shah Alam...
Bahagialah kamu di sane...


dua: mendiang BOBOT
Di mana perolehi dan awal kehidupannya:
Bobot ni kuceng kutip je, itupon adik aku, azroy yang kutip. Kutip di taman permainan dekat dengan rumah member aku, Shae. Kenal shae?? Abaikan....

Semasa keciknye, kucing ini terlalu adorable dan kiut...Suke main2 dengan Bobot, tapi awas...anda akan digigit2 manja..Itu mase kecik...

Sekarang dah besar, langsung tak bulih nak main2, kalau tak naye...
Mandi?? Tak ade sesiapa dalam rumah aku yang berani mandikan, hanya AKU.
Itupun aku amik langkah berjaga2 mase mandikan Bobot.
Macam2 yang dah jadi mase Bobot dalam jagaan kitorg. Kalau nak tau, bulihla klik sini.

Harga : priceless/FOC

Akhir hayatnya:
Bobot dah melalui banyak kali tak sihat, luka2, tak lalu makan, kene pi Vet etc.
Ade skali tu, lepas bawak pi Vet, doctor diagnose yang Bobot ni banyak btol karies aka karang dalam giginye dan kene scaling kalau nak bagi elok.
Sian gak, kalau dier nak makan, kalau bende tu terlalu keras atau pejal, Bobot mmg struggle nak makan...Dan kalau keras skit je, mmg dier tak makan dan berundur even makanan tu sedap btul..
Itula penghujungnya nyawanya...Last sebelum Bobot mati, Mama sempat tegur Bobot kat luar rumah, ajak masuk dier wat derk je....
Rupenye itulah kali terakhir Mama tegur Bobot sebelum Bobot "menghilangkan" dirinya dan mati...

Kami jumpa Bobot di bawah longkang rumah jiran dalam keadaan reput, mungkin 2-3 hari dah mati.


dua: ABOO
Di mana perolehi dan awal kehidupannya:
Aboo ni pon, kucing gelandangan yang Azroy kutip bawak balik rumah. At first my mom mmg takmo bela dah, sebab dah ade yang "sulong" ni, itu pun susah nak jage...
Mula2 Mama mati2 takmo bela satu lagi "beban" nih...
Dah siap hantar balik ke rumah makbapak tempat dia diambik..

After a long thought, Mama suh Azroy amik balik kuceng tu dan bela sampailah besar...
Aboo diberi nama after the word "Kelabu"... Because of its fur...
Mmg sangat manja dan adorable unlike Bobot... Dan kalau tengok kat ke-42 kakinya mcm pakai stokin, memang comey...

Hampir 3 tahun, Aboo besar dan sampai mase "biang"nya...Sebab kuceng ni bukan kucing bersunat atau kuceng kasi, naluri kebinatangan semulajadinya memang tak hilang. Mase ni la, mengiaw sane, mengiaw sini...dengan suara yang bese kite dengar kalau kucing ni biang...

Bukan setakat ngiaw...Habis semua kawasan dalam rumah, luar rumah dah jadi marker kawasan jajahan dier...
Bukan rumah aku je, umah jiran2 pun terkena...
Aboo ni quite femes antara kuceng2 dalam "jajahan" rumah aku, lorong2 gelap belakang rumah aku ni...Dan sifat manja dan "nak" dengan sape2 je, yang membuatkan Aboo ni dikenali la dek kawan2 Mama area sini...
Kalau Aboo buat onar, Mama memang malu habis laa...Same malunya macam kalau anak buat jahat kat luar dan ade orang report...
Tapi Aboo ni comey...tu yang bertahan tu je...baik hati, tak menggigit kalau dipegang....

Harga : priceless/FOC

Akhir hayatnya:
Klimax yang membuatkan Mama dah tak tahan membela Aboo adalah kerana tabiat "biang"nya yang suke buat marker tu..
Kalau dalam rumah tu bulih tahan lagii...Tapi kalau dah selalu, sape yang tahan..
Di tambah pulak bile Aboo suke-suki kencing kat longgokan baju kat rumah kawan Mama..
Bukan sikit, banyak sampai kene basuh semulaa...

Memang hangswa je...and at last, we decided to discard the cat to the nearest pasar..
Memang kesian, tapi bile dah terlalu nakal...

Kesudahannya...entah laa, idup lagi ke tak, wallahualam...Kalau hidup, mungkin dah bercicit kut Aboo...
Kalau dah mati, di mana kuburnya??

Itulah antara pets yang pernah mendiami dan memberikan warna dalam famili kami...

Sekarang semua yang aku citer kat atas ni dah tak ade...
Cume ikan di dalam aquarium je yang tinggal...

Sib baik tak boleh bela anjing, kalau takkk...dah lame aku bela...
Nak carik yang chihuahua tu...hehehe....


ps: Ade rasenye di kalangan blogger yang pet lover, sape ye???



Dec 15, 2008

Burpp...Ekskius Mii...

Nape ni?? Apsal antop semacam je ni?? Makan biawak ke??
Heheh...
Sebenarnya, hajat aku dah tercapai.
*antop (bhs jawe) = sendawa


Hajat nak menikmati hidup berumahtangga satu lagi kenikmatan menjadi manusia; Makan.
Tapi makan ape?
Makan ini laaa....

Taraaaa...!



Dah lame pakcik idam2kan bende Allah ni...Sebab seumur hidup tak pernah merasa. Sian kan???
Aku kan budak kampung je..uweekk!
:mHihi: kampung la sangat BANDARAYA SHAH ALAM ni...
Aku dah citer kan yang aku terlalu idamkan wanita cantik nak merasa hidangan tahunan ni kan??

The price was quite costly gak..tapi sebab nak melampiaskan nafsu serakah pelahap aku ni...
Dan ikut kate snm yang dah mnjadi pengkaji sejarah Prosperity Burger (PB) ni..beberapa tips dan trik yang diturunkan kepada aku sebelum membeli PB ni..

Dan aku pun ikutlah petuanya....Petua orang tua kalau tak ikut kang kate melawan pulak.





Shortly, ini pendapat peribadi aku sebagai 1st timer PB:

  • Rasenya shedap, not bad...Kolesterol tinggi of course...
  • Twister friesnye pon ok, rase ade mirip2 curly fries A&W
  • Disertakan dengan air orange yang pahit (ikut kate snm) dan kalau takmo amik risiko air tak abis, tukar je ngan soft-drink bese...
  • Saiz burgernye membolehkan pemakannya (jika bernafsu binatang besar cam aku) menggigit paling banyak 10 gigitan sebelum semuanya lesap ke dalam tembolok.
  • rase sos blackpepper-nye begitu ketara dan jika budak2 yang makan pasti akan uhhh--aahh--uhh-- kepedasan, kalau mak atau bapak budak yang makan pon lebih kureng laa...
  • Regenya dikatakan semakin mencanak2 naik ikut kate snm juge...dan beliau telah membuat kajian berkaitan trend harga PB itu. (ye ker??)
  • Illustrasi di dalam iklan media cetak dan media elektronik hanya sekadar hiasan. Paham2 je la ek??
  • Kesimpulan: Bolehlah di cube di kala tiba musim mengawannya tahun baru dan tahun baru Cina ye?? Sila kunjungi cawangan McD terdekat dengan anda..Okeh??
  • Pergilah cuba, kelak kempunan merana diri.. :mKenyang:Yang penting, pakcik dah konyang..



Anda pernah dan sedang mencuba PB ini?? Setakat yang aku tau, kengkawan blogger yang memang hantu/dah pernah makan PB ni ialah:

KNizam (ni bapak habtu PB, jgn mara aa...), snm, cikin, liedz (asbennye benje, suke hati la tu :) ) , ecah (bertingkat2 dak ecah ni beli) ..... sape lagi arr???

yang lain, kalau dah rase, bgtau la..bulih diselitkan dlm list ni...

Oklaa, im lovin it!

ps: Kesian kat Bush sebab pemergiannya dari kancah politik US disambut dengan sepasang kasut saiz 10! Haha..
Serve u right!