Aktivitas Hujung Minggu...Walaupun Dalam Gerimis...
Salam. Mungkin mulai minggu lepas, mungkin ini aktiviti hujung minggu kami. Kalau selalu, aku akan berjogging bila "kesedaran tentang kesihatan tu tinggi" sorang 2 je, kali ni nak gak ubah angin kan? Takde la boring sangat... Kalau sorang 2 bukan tak boleh buat, buat jugak. Tapi kalau berpakat 2 , berkawan 2 kan lagi seronok. Kan? Segelas oren segar pengubat lelah... Cenggini ceritanya... Ahad lepas, aku pakat 2 ngan cikgu rizal ngan cik fiza yg dok di Taman Medan, PJ tu untuk join aktiviti pagi di Dataran Shah Alam. Jauh jugak dari PJ ke Shah Alam semata 2 nak senaman kan?? Takpe laa...seminggu sekali je... Komuniti kat area dekat 2 sane memang agak aktif. Biasanya diorang akan buat senamrobik dan poco 2 pada waktu pagi start pukul 7.45 pagi. Sambutan pun boleh tahan. Siap ade instructor yang memang pakar. Senam seni pun ade gak campur sekali. Alkisahnya pengalaman pertama kali untuk aku, dalam kol 7.45 tu baru nak kluar dari rumah. Nak ke dataran tak lama. Dalam 10...