Ibu Tiada Galang Gantinya...

Allah berfirman:
Dan telah kami perintahkan kepadamu, Janganlah sekali-kali menyembah selainku dan berbuat baiklah kamu kepada kedua orang tuamu. Sama ada kedua ibu bapamu atau salah seorang daripada mereka sudah lanjut usia, janganlah kamu mengatakan kepada mereka walaupun pun perkataan ‘uhh’, dan janganlah sekali-kali kamu meninggikan suara kepada mereka, dan bercakaplah dengan mereka dengan ucapan-ucapan yang mulia.
Dan Hendaklah kamu sentiasa merendahkan diri di hadapan mereka dan berdoalah:
Wahai Tuhanku, kasihanilah kedua-dua mereka sepertimana jerit perih mereka membesarkan kami sedari kecil.(al Isra’: 23-24)
Sungguh jasa bonda tak dapat dibalas. Mengandungkan kita berbulan-bulan lamanya, bertarung antara hidup dan mati ketika melahirkan kita ke dunia.
Cinta Tak Berpenghujung
Masih ingatkah kita, bagaimana kesabaran ibu kita melayan karenah dan segala ragam kita sewaktu kecil, bersengkang mata hingga ke pagi ketika kita demam dan sakit, menyedia sarapan untuk kita sebelum ke sekolah…
Banyak sungguh jasa ibu...banyak yang sudah kita terlupa…
Masih ingatkah kita doa ibu di penghujung solat mendoakan kejayaan kita anak yang dikasihinya, tangis syukur yang tumpah dari kelopak mata ibu sewaktu kita menggenggam ijazah. Ibu kita mungkin buta huruf dan tidak bersekolah tetapi mata hatinya celik, ingin melihat masa depan anaknya cerah, secerah mata hatinya.
KASIH IBU SANGAT LUAR BIASA; kasih tanpa syarat, cinta yang tak berpenghujung…
Highway ke Syurga
Rasulullah bersabda:
Sangat rugilah, sangat rugilah, sangat rugilah, mereka yang masih memiliki ibu bapa atau salah seorang daripada mereka patah lagi yang sudah lanjut usia, sedangkan anak-anak tersebut dicampakkan ke dalam neraka.(riwayat Muslim)
Hadith ini menjelaskan mentaati dan menyantuni ibu bapa apatah lagi yang sudah tua adalah antara jalan yang mudah untuk menikmati syurga. Bahkan ganjaran lebih besar buat anak yang melayani ibu dan bapanya yang sudah tua sehinggakan Rasulullah menyebutkan betapa rugi dan malangnya seorang anak yang masih mempunyai ibu dan ayah sedangkan si anak tersebut tidak memperolehi syurga kerana mengabaikan kedua orang tuanya.
Antara tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapanya termasuklah menyediakan makan dan minum serta kelengkapan hidup mereka sekiranya mereka tidak mampu, taat dan patuh kepada perintah mereka, sentiasa memohon maaf di atas segala kesalahan dan kealpaan dan sentiasa mendoakan keampunan untuk mereka dan kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat.
Memang kita sibuk, kerja banyak, masa tak cukup dan bermacam-macam lagi alasan, namun sementara mereka masih hidup, janganlah bertangguh untuk mendapat ganjaran besar yang disediakan.
Ingatlah, Allah Maha Adil, sekiranya kita menghormati dan mentaati kedua ibubapa, maka kita juga akan dihormati dan di taati oleh anak-anak kita kelak dan begitulah sebaliknya. Kejayaan dan keberkatan hidup banyak bergantung kepada restu ibu dan ayah…
KASIH IBU SANGAT LUAR BIASA..
ReplyDeleteJazakallah cekgu for the upmost, meaningfull entry.
Tersentuh hati ibu-ibu diluar sana yg membacanya.. Insya Allah semoga yang Khaliq mengizinkan daku juga utk menjadi seorang ibu suatu hari nnt. Ameen!!
Sungguh, selamat hari ibu yang bukan hanya sehari kepada seluruh ibu ibu
ReplyDeletesemoga ko menjadi seorang ibu yg baik.
ReplyDeleteeh! silap wish lah plak. semoga ko mendapat seorang ibu yg baik tuk menjaga anak² ko nnt. bleh gitu?
entry yg baik.. amat sesuai dibaca di pagi hari..huhu...
ReplyDeleteok cikgu.. mentangla cuti arini ek... huhuu jom ke sekolah..
....Selamat hari ibu buat bondamu...
ReplyDeleteKasihilah dia sentiasa..kerana dengan siraman air kasih anak/suami, jiwa dan roh wanita itu akan sentiasa berbunga....
Errr....dah nak hari guru pulak ke.....cepatnya!!!
selamat hari ibu untuk bonda cikgu.. semuga sihat sejahtera selalu..a min..
ReplyDeleteKakak
ReplyDeleteinsyaAllah...
AZANI
haaaariiii...haaariiii pon hari ibu...
Mr PenyuBiru
ko main2 yea??
NuR
ape brg pi skolah...hehe
xiiinam
buat akak jugak...
zino
ucapan yg sama buat kamu dan ibumu jua...
kasihnya ibu membawa ke syurga...huuuu selamat hari ibu cikgu..eh..silap..utk semua ibu2 hhuhuhu
ReplyDeleteAkak ingat lagi entry2 chekgu mengenai ibu chekgu.. Alhamdulillah.. dia mempunyai anak-anak yang amat menyayanginya... dan suami yang sangat prihatin..
ReplyDeletedah kawin nanti, teruskan kasih sayang cam tu ye chekgu... :)
salam...good reminder..selamat hari ibu..moga ibu ibu dirahmati ALLAH selalu dan moga kita menjadi anak yg soleh
ReplyDeletedah tepon mak...anak pn dah wish..kak jie pun dah wish kat cik abe...terimakasih kerana awaklah saya dapat menjadi seorang ibu...hahaha
ReplyDeleteDamailah ibu dalam dakapan rahmat Tuhan..........
ReplyDeleteSalam ..
ReplyDeletesyahdunya ya Tuhan...entry ini cukup menyentuh perasaan. Hanya doakan yang terbaik buat bonda kamu.
selamat hari ibu....
ReplyDeleteibu sayang kita...
kita sayang ibu...
~Cinta Cukulet~
ReplyDeleteeh, boleh silap2 pulak..
Neeza Shahril
mudah2an kak...
arsaili
insyaAllah...
kujie
akak ni nakal yea..hehe
D'Rimba
sentiasa dalam lindunganNya...
SRISUFI
tq...saya pun berkongsi nih...dpt dr email...
al-hussaini
semua sayang kite...
Jasa dan pengorbanan ibu tiada nilainya. Bagi yang jauh jika selalu pulang menjenguknya pun dah tak ternilai gembiranya hatinya.
ReplyDeleteSELAMAT HARI IBU untuk ..... ibu cikgu.
Selamat hari ibu.
ReplyDeletekita dah ada anak sendiri
ReplyDeletebaru kita tahu……..
pengorbanan n kasih sayangnya kepada kita
satu2nya perkara yg tak boleh di cari ganti stlh ibu kita da tiada lg ialah, kasih ibu kita itu yg tiada tolok bandingnya.. takkan sama kasihnya dr sang kekasih n tiada yg lebih murni cintanya yg luhur selain kasih ibu..
ReplyDeletesementara ibu msh sht, lyn lah dia n bwlah dia kemana aja yg dia mahu..
saat dia sdh trlntar n sakit, bkn simpati yg dia mahukan tp ingatan n perhatian penuh kasih syg dr anak2nya...
aku sendiri tdk cukup kuat bhdpn dgn ibuku yg sdg sakit.. aku selalu palingkn muka ku n menyorokkn diri dr ibu tatkala hati ini sebak n pilu mlhtkn penderitaan ibuku melawan kanser..
aku tak mahu ibuku melihatkn ku menangis n bsedih.. aku mahu kelihatan kuat agar dia juga akan kuat semngat n ceria selalu..
hargailah ibu
ReplyDeletekasihnya membawa ke syurga
ada gaya jadi ustaz ko ni! cikgu serba boleh. Boleh dicalonkan tokoh guru SK Sek 24 utk tahun ni hehehe
ReplyDeleteTokNabe
ReplyDeleteterimakasih bagi pihak..
bjorx
selaamt hari ibu sedunia!
KampungBoy
betol2...
ibu kasihnye melebihi bapa, tpi 2-2 sayangkan kite...
princess damia
owh...ye ke?
aku tumpang simpati...
semoga mak ko stay sihat dan gembira...
cheer up :)
kuIna LadyInRed
setuju kak...mereka lah segalanya bagi kite...
Yunus Badawi
tak layak la YB..
aku ni sape laa... :$
ustaz sekolah aku lagi power dari aku...huhu
:((
ReplyDeleterindunye kat mak akuu
Kasihnya ibu buatku terharu!
ReplyDeletepenyapubaru
ReplyDeleterindu?? balik kmpong laa..ehehe
Kak Long
isk...isk...
owh.. i missed my mom... semoga doa yang ku kirimkan sampai pada kedua orang ibu bapaku...
ReplyDeleteAdry @ http://www.adrysabry.com