Ibu Tiada Galang Gantinya...

Kita semua adalah anak. Dilahirkan oleh ibu selepas berbulan mengandungkan kita dengan segala susah payah. Sesungguhnya kita sangat terhutang budi dengan bonda yang melahir dan membesarkan kita. Al Quran sendiri menjelaskan betapa tingginya penghormatan dan kebaikan yang wajib dilakukan oleh seorang anak kepada ibu bapanya.

Allah berfirman:

Dan telah kami perintahkan kepadamu, Janganlah sekali-kali menyembah selainku dan berbuat baiklah kamu kepada kedua orang tuamu. Sama ada kedua ibu bapamu atau salah seorang daripada mereka sudah lanjut usia, janganlah kamu mengatakan kepada mereka walaupun pun perkataan ‘uhh’, dan janganlah sekali-kali kamu meninggikan suara kepada mereka, dan bercakaplah dengan mereka dengan ucapan-ucapan yang mulia.

Dan Hendaklah kamu sentiasa merendahkan diri di hadapan mereka dan berdoalah:
Wahai Tuhanku, kasihanilah kedua-dua mereka sepertimana jerit perih mereka membesarkan kami sedari kecil.
(al Isra’: 23-24)


Sungguh jasa bonda tak dapat dibalas. Mengandungkan kita berbulan-bulan lamanya, bertarung antara hidup dan mati ketika melahirkan kita ke dunia.

Cinta Tak Berpenghujung

Masih ingatkah kita, bagaimana kesabaran ibu kita melayan karenah dan segala ragam kita sewaktu kecil, bersengkang mata hingga ke pagi ketika kita demam dan sakit, menyedia sarapan untuk kita sebelum ke sekolah…
Banyak sungguh jasa ibu...banyak yang sudah kita terlupa…

Masih ingatkah kita doa ibu di penghujung solat mendoakan kejayaan kita anak yang dikasihinya, tangis syukur yang tumpah dari kelopak mata ibu sewaktu kita menggenggam ijazah. Ibu kita mungkin buta huruf dan tidak bersekolah tetapi mata hatinya celik, ingin melihat masa depan anaknya cerah, secerah mata hatinya.

KASIH IBU SANGAT LUAR BIASA; kasih tanpa syarat, cinta yang tak berpenghujung…

Highway ke Syurga

Rasulullah bersabda:

Sangat rugilah, sangat rugilah, sangat rugilah, mereka yang masih memiliki ibu bapa atau salah seorang daripada mereka patah lagi yang sudah lanjut usia, sedangkan anak-anak tersebut dicampakkan ke dalam neraka.
(riwayat Muslim)

Hadith ini menjelaskan mentaati dan menyantuni ibu bapa apatah lagi yang sudah tua adalah antara jalan yang mudah untuk menikmati syurga. Bahkan ganjaran lebih besar buat anak yang melayani ibu dan bapanya yang sudah tua sehinggakan Rasulullah menyebutkan betapa rugi dan malangnya seorang anak yang masih mempunyai ibu dan ayah sedangkan si anak tersebut tidak memperolehi syurga kerana mengabaikan kedua orang tuanya.

Antara tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapanya termasuklah menyediakan makan dan minum serta kelengkapan hidup mereka sekiranya mereka tidak mampu, taat dan patuh kepada perintah mereka, sentiasa memohon maaf di atas segala kesalahan dan kealpaan dan sentiasa mendoakan keampunan untuk mereka dan kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat.

Memang kita sibuk, kerja banyak, masa tak cukup dan bermacam-macam lagi alasan, namun sementara mereka masih hidup, janganlah bertangguh untuk mendapat ganjaran besar yang disediakan.

Ingatlah, Allah Maha Adil, sekiranya kita menghormati dan mentaati kedua ibubapa, maka kita juga akan dihormati dan di taati oleh anak-anak kita kelak dan begitulah sebaliknya. Kejayaan dan keberkatan hidup banyak bergantung kepada restu ibu dan ayah…


Comments

  1. KASIH IBU SANGAT LUAR BIASA..
    Jazakallah cekgu for the upmost, meaningfull entry.

    Tersentuh hati ibu-ibu diluar sana yg membacanya.. Insya Allah semoga yang Khaliq mengizinkan daku juga utk menjadi seorang ibu suatu hari nnt. Ameen!!

    ReplyDelete
  2. Sungguh, selamat hari ibu yang bukan hanya sehari kepada seluruh ibu ibu

    ReplyDelete
  3. semoga ko menjadi seorang ibu yg baik.
    eh! silap wish lah plak. semoga ko mendapat seorang ibu yg baik tuk menjaga anak² ko nnt. bleh gitu?

    ReplyDelete
  4. entry yg baik.. amat sesuai dibaca di pagi hari..huhu...

    ok cikgu.. mentangla cuti arini ek... huhuu jom ke sekolah..

    ReplyDelete
  5. ....Selamat hari ibu buat bondamu...
    Kasihilah dia sentiasa..kerana dengan siraman air kasih anak/suami, jiwa dan roh wanita itu akan sentiasa berbunga....






    Errr....dah nak hari guru pulak ke.....cepatnya!!!

    ReplyDelete
  6. selamat hari ibu untuk bonda cikgu.. semuga sihat sejahtera selalu..a min..

    ReplyDelete
  7. Kakak
    insyaAllah...

    AZANI
    haaaariiii...haaariiii pon hari ibu...

    Mr PenyuBiru
    ko main2 yea??

    NuR
    ape brg pi skolah...hehe

    xiiinam
    buat akak jugak...

    zino
    ucapan yg sama buat kamu dan ibumu jua...

    ReplyDelete
  8. kasihnya ibu membawa ke syurga...huuuu selamat hari ibu cikgu..eh..silap..utk semua ibu2 hhuhuhu

    ReplyDelete
  9. Akak ingat lagi entry2 chekgu mengenai ibu chekgu.. Alhamdulillah.. dia mempunyai anak-anak yang amat menyayanginya... dan suami yang sangat prihatin..

    dah kawin nanti, teruskan kasih sayang cam tu ye chekgu... :)

    ReplyDelete
  10. salam...good reminder..selamat hari ibu..moga ibu ibu dirahmati ALLAH selalu dan moga kita menjadi anak yg soleh

    ReplyDelete
  11. dah tepon mak...anak pn dah wish..kak jie pun dah wish kat cik abe...terimakasih kerana awaklah saya dapat menjadi seorang ibu...hahaha

    ReplyDelete
  12. Damailah ibu dalam dakapan rahmat Tuhan..........

    ReplyDelete
  13. Salam ..

    syahdunya ya Tuhan...entry ini cukup menyentuh perasaan. Hanya doakan yang terbaik buat bonda kamu.

    ReplyDelete
  14. selamat hari ibu....

    ibu sayang kita...

    kita sayang ibu...

    ReplyDelete
  15. ~Cinta Cukulet~
    eh, boleh silap2 pulak..

    Neeza Shahril
    mudah2an kak...

    arsaili
    insyaAllah...

    kujie
    akak ni nakal yea..hehe

    D'Rimba
    sentiasa dalam lindunganNya...
    SRISUFI
    tq...saya pun berkongsi nih...dpt dr email...

    al-hussaini
    semua sayang kite...

    ReplyDelete
  16. Jasa dan pengorbanan ibu tiada nilainya. Bagi yang jauh jika selalu pulang menjenguknya pun dah tak ternilai gembiranya hatinya.

    SELAMAT HARI IBU untuk ..... ibu cikgu.

    ReplyDelete
  17. kita dah ada anak sendiri
    baru kita tahu……..
    pengorbanan n kasih sayangnya kepada kita

    ReplyDelete
  18. satu2nya perkara yg tak boleh di cari ganti stlh ibu kita da tiada lg ialah, kasih ibu kita itu yg tiada tolok bandingnya.. takkan sama kasihnya dr sang kekasih n tiada yg lebih murni cintanya yg luhur selain kasih ibu..
    sementara ibu msh sht, lyn lah dia n bwlah dia kemana aja yg dia mahu..
    saat dia sdh trlntar n sakit, bkn simpati yg dia mahukan tp ingatan n perhatian penuh kasih syg dr anak2nya...
    aku sendiri tdk cukup kuat bhdpn dgn ibuku yg sdg sakit.. aku selalu palingkn muka ku n menyorokkn diri dr ibu tatkala hati ini sebak n pilu mlhtkn penderitaan ibuku melawan kanser..
    aku tak mahu ibuku melihatkn ku menangis n bsedih.. aku mahu kelihatan kuat agar dia juga akan kuat semngat n ceria selalu..

    ReplyDelete
  19. hargailah ibu
    kasihnya membawa ke syurga

    ReplyDelete
  20. ada gaya jadi ustaz ko ni! cikgu serba boleh. Boleh dicalonkan tokoh guru SK Sek 24 utk tahun ni hehehe

    ReplyDelete
  21. TokNabe
    terimakasih bagi pihak..

    bjorx
    selaamt hari ibu sedunia!

    KampungBoy
    betol2...
    ibu kasihnye melebihi bapa, tpi 2-2 sayangkan kite...

    princess damia
    owh...ye ke?
    aku tumpang simpati...
    semoga mak ko stay sihat dan gembira...
    cheer up :)

    kuIna LadyInRed
    setuju kak...mereka lah segalanya bagi kite...

    Yunus Badawi
    tak layak la YB..
    aku ni sape laa... :$

    ustaz sekolah aku lagi power dari aku...huhu

    ReplyDelete
  22. penyapubaru
    rindu?? balik kmpong laa..ehehe

    Kak Long
    isk...isk...

    ReplyDelete
  23. owh.. i missed my mom... semoga doa yang ku kirimkan sampai pada kedua orang ibu bapaku...

    Adry @ http://www.adrysabry.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood