Selamat Hari Merdeka ke-52, Tanahairku...






Hear Now : Lagu Tema Hari Kebangsaan ke-52 - 1 Malaysia



Bersempena dengan kemerdekaan kita ni, apa kata kita tengok balik trivia yang menarik berkenaan negara tempat tumpah darah kita ni.
Okey?

Koleksi logo yang dicipta bermula pada tahun 1976 sampailah la ni; 2009.

Inilah koleksi logo terbaru.

Tema untuk setiap tahun kemerdekaan hanya dimulakan pada tahun 1970.
Tahun 1988-1989 dan 2000-2006 menyaksikan tiada perubahan dalam tema.
Dan setiap tema adalah misi atau refleksi tentang apa yang akan, sedang atau sudah dicapai oleh negara.

Senarai tema dan tahun kemerdekaan dahulu sampailah la nih; 2009

Tahun Tema
1970 Muhibah dan Perpaduan
1971 Masyarakat Progresif
1972 Masyarakat Adil
1973 Masyarakat Kebudayaan Malaysia
1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 Masyarakat Berdikari
1976 Ketahanan Rakyat
1977 20 Tahun Bersatu Maju
1978 Kebudayaan Seni Perpaduan
1979 Bersatu Berdisiplin
1980 Berdisiplin Berbakti
1981 Berdisiplin Berharmoni
1982 Berdisiplin Giat Maju
1983 Bersama ke Arah Kemajuan
1984 Amanah Asas Kejayaan
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
1988-1989 Bersatu
1990 Berjaya
1991 Wawasan 2020
1992 Wawasan Asas Kejayaan
1993 Bersatu Menuju Wawasan
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 Jatidiri Penggerak Wawasan
1996 Budaya Penentu Kecapaian
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
1998 Negara Kita Tanggungjawab Kita
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006 Keranamu Malaysia
2007 Malaysiaku Gemilang
2008 Perpaduan Teras Kejayaan
2009 1 Malaysia



Sumber: Wikipedia


Trivia menarik yang lain ialah:

Nama Jalur Gemilang.
Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat Idris. Cadangan berkenaan dikemukakan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995.

Pencalonan nama jalur gemilang:
1st : 75 cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara (akhirnya ditolak Jemaah Menteri).2
2nd : 28 lagi cadangan dan tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang disenaraipendekkan.

Pengisytiharan Jalur Gemilang
dilakukan Tun Dr Mahathir, pada 31 Ogos 1997, jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

yang lain, boleh baca di SINI.

MyKad

Kad ini telah dilancarkan secara rasminya pada September 2001.

Perkataan ‘MyKad’ mempunyai maksud yang tersendiri. Perkataan ‘My’ bererti Malaysia dan juga kata ganti nama kepunyaanku dalam bahasa Inggeris. Perkataan ‘Kad’ pula boleh bermaksud kad ataupun singkatan kepada ‘Kad Akuan Diri’.

Untuk membezakan di antara pemegang MyKad lelaki dan perempuan, nombor terakhir berangka genap = wanita dan kalau berakhir dengan angka ganjil = lelaki.


Bendera Malaysia

Reka bentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Encik Mohamad bin Hamzah.

Rekabentuk mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950 dan dikibarkan dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai King George VI.

Lakaran asal bendera Malaysia.

Oke laa...dah banyak rasenye info yang dilambakkan kat sini.
Jumpe lagi dalam updates akan datang.
Selamat Hari Kemerdekaan ke-52 dan Selamat Kembali Ke Sekolah esok... ^__^

21 Superb Comments!:

  1. wow!!! page baru.. cantik dan ceria..

    Salam merdeka cikgu!!

    ReplyDelete
  2. ceria benar page cikgu
    handsome pakwe kat tepi sblh kanan tu..


    selamat hari merdeka...

    ReplyDelete
  3. Neeza Shahril
    terima kasih kak...
    salam merdeka...

    NuR
    hensem ke??
    dah lame dier kt sini...
    borg pulak sorg2...
    salam merdeka utk cikgu nur...

    ReplyDelete
  4. Wah cukup lengkap nampaknya..syabas..Salam 1 Malaysia

    ReplyDelete
  5. salam persahabatan selamat merdeka

    ReplyDelete
  6. Cantik .. Memang kreatif..
    Salam Merdeka..

    ReplyDelete
  7. Selamat menyambut hari kemerdekaan....

    ReplyDelete
  8. maiyah
    salam kenal...

    zool
    erm...bese2 jea...

    xiiinam
    salam 1 malaysia kak... :)

    ReplyDelete
  9. hoho,,penuh informasi..

    tak sia2 ko jdkan KSW sebagai idola..hehe..

    ReplyDelete
  10. n@m@n
    haha...
    idola utama aku tuh...
    erm...
    aku cedok sini sket, sana sket...

    ReplyDelete
  11. salam, hai, selamat berpuasa!
    Minta perhatian kepada tuan tanah, blog Luth telah bertukar url dari www.luthtextile.com ke http://luthtextile.com/blog/ So, kalu baik hati leh la update link blog luth diblog anda ek! Bye2

    ReplyDelete
  12. salam merdeka cekgu bani hasim ittewww.. muger2 negara akan tetap aman damai sentosa sejahtera sentiasa..

    ReplyDelete
  13. salam belated merdeka......... KPKK pon blom ade logo lagi.. huhu

    ReplyDelete
  14. salam merdeka...

    akak buat taik mata semalam.. ujan sepanjang hari... astro kan klu ujan gulap gulita..

    ReplyDelete
  15. Salam persaudaraan. Singgah sebentar. Apakhabar Tuan rumah ?

    ReplyDelete
  16. Luth Textile
    okies...noted...

    en_me
    insyaAllah en_me ittew...

    Jard The Great
    haha...
    dorg tak pntingkan logo kut..
    yg penting prestasi..haha

    kuina
    haha...
    abis tu nk buat ape lagi kan kak??

    Tabib Haji Norjae
    baik je...alhamdulillah...

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

 

KRIK KRIK KRIK...

10 Terbaik !

Ads

TONE PLUS

 photo BANNERCONTESTSMALL.png