RON95 ke RON97? Tak kisah laa...

Salam hari ke-9.
Hari ni dah 30 Ogos 2009. Lusa akan jadi 1 September 2009.
Bulan baru, dan harga pun baru.

Harga bahan api yang lebih berguna dari emas permata. Tanpanya, pastinya anda tak akan sampai ke ceruk celah bedah mana yang korang nak pergi.
Asalnya cuma cecair hitam yang dicari gali nun jauh di dasar batuan bawah laut dan disedut keluar dari perut bumi oleh si pencarigali emas hitam ini.
Dan selepas melalui penyulingan berperingkat, akhirnya terhasillah pelbagai kualiti bahan yang mampu menggerakkan jentera sekecil mini-bike sehinggalah sebesar Boeing 777.

sebotol sample minyak mentah yang belum diproses...
gambar dari : wikipedia

Tak kisah laa...bukan aku nak membasa-basikan pasal semua tu, cume intro kepada kenaikan harga minyak yang memang jadi keperluan kita, bukan kehendak.
Aku tak kisah sangat sebab tempat kerja cuma sepelaung je dari rumah...:P

Aku browse jugak di google, dan pastinya ramai forumer yang dok carik pasal benda nih. Ramai yang gusar, ramai yan sokong, ramai yang protest, ramai yang jenis "BH tak kisah.."

Secara keseluruhan ini yang dapat aku simpulkan:

On Market sekarang (sebelum 1 Sept 2009)
RON92 - minyak premium dijual pada harga RM 1.70/liter
RON97 - minyak berprestasi tinggi dijual pada harga RM 1.80/liter; orang kurang guna sebab "mahal" dan tak perlu untuk kereta "biasa2"....

Harga
RON92 (sebelum 1 Sept 2009) = RM 1.70/liter (minyak premium)
RON95 (sebelum 1 Sept 2009) = masih dalam perbincangan
RON97 (sebelum 1 Sept 2009) = RM 1.80/liter

RON92 (selepas 1 Sept 2009) = ditarik dari pasaran (byebye!)
RON95 (selepas 1 Sept 2009) = RM 1.75/liter (gantikan RON92 sebagai minyak premium)
RON97 (selepas 1 Sept 2009) = RM 2.05/liter

Misconception
  • RON95 berkualiti rendah berbanding RON97
  • tak sesuai untuk kenderaan kita (?)
  • akan sebab kereta menghadapi masalah
  • akan sebabkan performance kereta menjadi rendah
  • ada agenda politik dan keuntungan pihak tertentu dari perubahan ini
  • etc.

Apakah RON95 dan RON97 tu?

Sumber: Kosmo - RON95 vs RON97

Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.

RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.

Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97?


Apa kesimpulannya?
  • Gunakan RON95 dah memadai untuk kereta yang biasa2.
  • Jangan terlalu percayakan terlalu ramai "pakar automotif" punye 2nd opinion.
  • Kebanyakan kenderaan dicipta sesuai dengan RON95 kecuali minoriti yang high-performance.
  • Pilih stesen minyak terbaik yang lazimnya akan menawarkan nilai tambah dari segi bahan tambahan untuk tingkatkan prestasi minyak.
  • Untuk merasai kenikmatan RON95 paling awal dengan harga baru (RM1.75/liter), Shell dah start dah...yang lain dah mula jugak kut.
Okelaa..
Aku pun bukan pandai sangat pasal arena permotoran ni. Dan betulkan aku kalau aku silap..
Cuma menulis berdasarkan pembacaan. Dan aku percaya, ramai jugak spesis jenis tak kisah...kan?
Yang penting kereta aku jalan dengan elok, sampai ke destanasi yang dituju sudaah....
Itu normal laa...


Ikut kata KSW:
Ukur baju di badan sendiri.

Ikut kata hati:
Kereta aku Iswara je....

Ikut kata en_me:
amvoii...gitteww...

haha...ape2 je laa...

ps: petang ni nak berbuka nasi goreng USA...huhu

Comments

  1. salam..sempat lagi meng 'quote' en me kita ..LOL

    ReplyDelete
  2. salam bro..
    salam 9th Ramadhan juger..
    itulah pasal..aku keje dlm bidang oil n gas..
    skrg ni sibuk da suma company beso nk tuko dr 92 ke 95..bnda ni kat kota singa da lame da..coma skrg kat sini bru nk mula..benefitnyer tak taw plak..ade pnh dengo tp tak amek kesah asal keje siap..hehee..
    :p

    ReplyDelete
  3. Sy dah kasik kete sy minum yg 95 tu dah.....
    Pelahan gak kekdahnyer. Rasanya nak kasik Cik Vios sy minum air sungai je la. OK ke???

    Kalau tak laju gak, kete tu kene mandi bunga la nampak gayanyer. Huhuhuhuhu.....

    :)

    ReplyDelete
  4. Bru je nak wt post psl ni..aku balik kampung aritu boh Ron 95..then aku rasa ia mmg jimat..

    Biasanya dari KL - Kelantan satu tank tu nk abes,tp kali ni bnyk pulak lebih..pdhl jem butter dkt KL ..

    Dari segi prestasi enjin nak sure pulak maaa..

    Bak kata KSw-hanya johari mengenal manisan..hahahahaharun

    ReplyDelete
  5. Hmmm...naik la pulak.....
    Nak naik basikal, dah tak lalu....
    err basikal tu dah tak lalu menanggung akak...

    ReplyDelete
  6. dua² jenis boleh pakai,cuma bezanya ko nak habiskan duit tuk minyak aje ke atau tuk bende lain. kalu RON95, bleh jimat skit. lagipun kita bawak kete bukannya macam F1. cuma tuk bawa diri kita dari point A ke point B.

    ReplyDelete
  7. arsaili
    en me ittew kan fofuler...huhu

    hysMan..
    kite kan lmbt sket nih...sbb byk bende nk dipertimbangkan..
    rakyat kite kan ade 26 juta...
    huhu

    Zyma Saad
    sian kat vios tu...
    huhu

    n@m@n
    dah rase prestasi 95 la nih??
    balik kelantan kan slalu jam...
    bagus laa...

    xiiinam
    tak kisah laa...
    kite bwk kete bese2 udah le...
    bukan nk berlumba pun kan?

    Mr PenyuBiru
    point A ke Point C tu kan maknenye jarak...
    huhu

    AZANI
    erm...same2...

    ReplyDelete
  8. Cuma minyak masak sahaja kita ambil dari atas pokok. ;)

    ReplyDelete
  9. Apa pun jenis minyak..kena beli dengan duit juga...hehe

    ReplyDelete
  10. heheh x sabar2 nak pakai minyak2 neh semua. hehe :)

    perghhhh bagak giler header ko ek. cool !

    ReplyDelete
  11. Abang Long
    haha...

    Kujie
    btol btool btool...

    KNizam
    skg pon dah bulih pakai dah...dah ade dipasaran...
    header tu rasenye header paling koool pnh aku buat..
    huhu

    ReplyDelete
  12. Terima kasih tentang info minyak nih. Bagai satu saluran alternatif ttg harga pasaran minyak dunia plak entry cekgy yang nih..

    ReplyDelete
  13. akak nak join cklah nek beskal..
    org kedah panggil 'gerek'

    jom...

    ReplyDelete
  14. kuina
    ala. akak bolehla nek gerek, perlis besar mane je... :P

    haritz
    huhu...relaks...
    kite bersbar je laa...

    ReplyDelete
  15. Salam perkenalan,

    Saya baru mengisi byk hari ini. Ironikny RON97 habis di pam. Maka terpaksalah bertukar ke RON95 sebab tak snggup hendak memandu ke petrol station yg lain. Saya pun kurang arif pasal minyak tetapi berdasarkan artikel saudara nampaknya lebih baik guna RON95 sebab in the long run, byk penjimatan $$ sedangkan bezanya tidak sebanyak mana.

    ReplyDelete
  16. Ismail N
    salam...itu yg saya faham thru reading...
    saya pun tak arif sgt...

    dri forum2 yg sy bace, itulah konklusinya...
    katenye ron97 utk kereta yg high performance..
    kalau kereta biasa2, memadai dgn ron95...

    ReplyDelete
  17. yatie sawanila
    huhu..ye laa...
    lebih kurang...tapi baunye, tak hingat...

    ReplyDelete
  18. hingat? (apa tu)
    ke hangit? (mcm pelik la pulak kan)
    huhu..cuma kurang paham. sbb tu bertanya
    (^_^)"

    ReplyDelete
  19. Anonymous
    baunye tak ingat dunia, busuk gile...
    tu jea...
    sekian terima kasih...

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood