Si Bulus. Triple-O: Omok, Ompok, Openg.

Alkisah, 3 ekor makhluk Allah ni dah pun membesar sekarang ni.
Bermula kisah 3 meow ni dari seekor ibu yang kerap dirogol beranak kat kawasan kejiranan aku ni. Dan asalnya diorang ni, jiran aku yang dok bagi makan; bukan bela - sebab tak bawak masuk rumah.
Bila dah selalu bagi makan, dah jadi macam kita yang bela lah kan?

Dan tersebutlah kisah satu hari, isteri kepada tuan asal kepada memeows ni meninggal. Maka, terabailah memeows ni semua. Kami yang simpati bagilah dia makan secara berkala. Sudahnya bertukarlah pemilikan tuan kepada memeows ni semua....

Ibu kepada mereka ni kami bagi nama Momot, pasal comot, tapi slim je....sampaikan selalu jadi pilihan jejaka tua (kucing pencen) kawasan aku.

Sampai masa dia ditakdirkan Ilahi beranak lagi.


Dipetik dari instagram ai....
" Baru semalam aku ngepos pasal dia di status.
Status pertama dan terakhir pasal dia.
Malam tadi nampak elok.
Siang ni dia dah tiada. Tinggallah warisan nan 3 ekor tu. "


Dan, selepas meninggalkan warisannya, bermulalah kisah memastikan kelangsungan hidup si bulus bertiga ni. Susahnya menjaga ibarat menjaga baby manusia, sampailah dah besar macam sekarang ni....
Antara gambar yang dirakamkan di instagram aku pasal si bulus; Omok, Ompok & Openg. Hanya Openg si Jantan.

Stage paling susah; lepas mommy dorang mati, putus susu. Jenuh nak nyusukan pakai botol, ditambah pulak selera takda....risau-risau tak panjang umur diorang bertiga ni...

 Penampilan mereka selepas beberapa bulan.....
Alolololoh....omeynya tuan dia kucing-kucing ni....



Vet I-Vet Petcare di Seksyen 23, Shah Alam tu dah jadi rumah kedua dorang. Dari vaccination, sakit ke, macam-macam la, semua di sana. TQ doc Natrah and the geng yang banyak membantu. 
Kalau berminat dan mencari veterinar yang baik, bolehlah intai-intai FB Page deme...

Dan hampir +/- 9 bulan, mereka dah hampir dewasa. Dah makin nakal dan makin menggedik; especially yang betina tu. Tak pasal-pasal dapat cucu baru nanti, jadi safety precautions haruslah diambil...hehehe. Takpa, tunggu masa...

 
Openg yang memalu kekononnya....
Setakat ni paling demok dan bajet leh panjat pokok...
 
Si Omok di samping kakaknya; Si Ompok....
 
Main sesama....
 
Sesi lepaking bersama agaknya....
 
Oklah, dah banyak kot cerita pasal dorang ni.
Semoga mereka terus membesar dengan sihat dan jadi teman baik kepada kami sekeluarga.

And, kredit terbesar nak bagi pada Abah yang banyak melayan karenah bebudak ni; bagi makan, bagi mandi, rebuskan ikan yang banyak, bersihkan kandang dan etc untuk kebaikan bebudak ni lantaran ai yang busy memanjang kononnya dengan kerja....
Bebudak ni dah jadi macam anak Abah dah....
TQ Abah.... ;)

ps: tak lupa untuk Soi (adik bongsu ai) yang turut banyak membantu....

Sekian. 

Comments

  1. Moga murah rezeki anda dan keluarga kerana sudi berkongsi rezeki dengan mahluk tuhan yang comel ni :)

    - Hayati -

    ReplyDelete
  2. Tq kak Yati. Jaga si bulus akak tu leklok yea....

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Jangan fikir lama-lama nanti dikebas orang...