Perkembangan Terkini.

Selepas menjalani sesi pembedahan selama kurang lebih 10 jam, adik aku dipindahkan ke wad ICU. Apa yang kami harapkan ialah Azam (adik aku) terus kuat, terus tabah menanggung dugaan ni.

Kepada Abah, Mama, abang Pis, Kak Ima dan buat dr aku sendiri, semoga kita pun turut cekal.

Kami tak akan putus-putus berdoa kepadaNya agar diberikan RUANG DAN PELUANG untuk Azam terus menikmati hidup ini.

Kepada kawan-kawan yang mengirimkan ucapan selamat buat adik aku, terima kasih yang tak terhingga. Doa kalian menjadi satu azimat dan kekuatan buat kami dan Azam.

Semangat dan kekuatan buat AZAM..
ChekguBH dan keluarga,
Hospital Sg Buloh,
2.35 pm

Comments

  1. kuatkan semangat mu cikgu..
    insyaAllah... semuanya akan selamat.
    semoga keluarga dan adik cikgu tabah...

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah..rmi yg membaca, inyaAllah juga rmi yg mdoakan..ko pun kena kuat ye cikgu..cekalkan hati terima apa saja dari DIA..

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah..
    Tabahkan hati..
    Doa bnyak2..

    ReplyDelete
  4. Jaga diri cikgu juga...semoga dilindungi Allah selalu

    ReplyDelete
  5. will be waiting for good news.. huhuhu...

    ReplyDelete
  6. semoga selepas ni , ada berita berita gembira yang menyusul ..

    insyaallah

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah..semoga semua doa² kita dimakbulkan.

    Ya Allah..selamatkan lah Azam,adik kepada kawanku ini. amiin.

    ReplyDelete
  8. cikgu... aku doakan semuanya selamat.
    sabor la cikgu.... tiap berlaku
    ada hikmat... (ayat biase)
    tapi series... sabor la... tadek ucapan
    lain melainkan takziah atas apa yang berlaku.

    semoga dia cepat sembuh dan cikgu sekeluarga
    tabah menghadapi perkara ni. amin~

    ReplyDelete
  9. Chekgu,
    Semoga tabah dan doa daripada kami semua untuk adik chekgu.

    ReplyDelete
  10. Terus berdoa... hanya itu senjata kit sekarang... sama-sama kita berdoa... IsyaAllah, dia akan selamat... Dia akan diberi peluang... Terus berdoa... kuatkan semangat....

    ReplyDelete
  11. Salam..

    Chekgu BH..
    Bertenang dan teruslah berdoa..
    kami di sini mendoakan agar Azam terus cekal mengharung dugaan yg dtg dan sentiasa dlm pertolongan dan kasih sayang Allah...diberi kekuatan utk pulih sihat spt sediakala..

    Take care Chekgu BH..

    ReplyDelete
  12. ya Allah selamatkan lah Azam.. berilah kekuatan kepada beliau dan keluarga menghadapi dugaan mu ini.. amin..

    cikgu..sabar dan tabah dengan dugaan ini..

    ReplyDelete
  13. dapat tau berita ni dari blog neeza tadi..

    ReplyDelete
  14. saya yakin cekgu seorang yang kuat semangat...
    cekgu tak leh lemah sebab mak ngan ayah akan jadik lemah kalau tengok cekgu lemah..
    saya akan doakan adik cekgu cepat sembuh dan segalanya selamat..
    aminnn

    ReplyDelete
  15. salam ziarah...
    akak slow sikit berblog...semput beb...

    ReplyDelete
  16. aku br bukak intenet ni. terlepas entry ko. didoakan adik ko selamat. insya allah. amin.

    ReplyDelete
  17. aku doakan yg terbaik...
    itu je yg mampu aku lakukan...

    simpati sgt :(

    ReplyDelete
  18. Salam cekgu.
    Baru tahu berita ni melalui post yang cekgu link kan pada FB. Maaf time cuti jarang online.
    Banyakkan solat hajat, mintalah, doalah pada Dia yang Maha Penyembuh.Allah mendengar.Insya Allah semoga adik cekgu sembuh sedia kala. Amin.

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah selamat dalam pembedahan
    sekarang masa untuk pulih dengan cepat
    sama2lah kita doakan. amin

    ReplyDelete
  20. Ehhh .. nape x dek older posts nih? Aihhh!

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Jangan fikir lama-lama nanti dikebas orang...