Aku tak suka, hospital...

Hospital Sg. Buloh, Selangor.

Semalaman di HSB, menjaga Azam dah berlalu. Malam tadi, turn Abah pulak jage Azam...
Mama amik shift jaga Azam waktu siang...

Aku tak pasti general views tentang HSB ni camane, tapi so far aku rase treatment nya ok, tak de la cam hospital gomen yang lain...Lagipun wad yang Azam masuk tu, takdela packed sangat.
Cuma visitors budak2 tak boleh masuk...
So, kena tunggu luar...

Cerita tentang menjaga Azam ni, jenuh jugak. Sebab Azam ni dalam kategori yang "ketegaq" jugak laa..
Sampaikan tangannya memang kene diikat...Maybe sebab kurang selesa, tu yang Azam kalau dapat peluang je mesti nak cabut ape yang terpasang kat badannya. Dah berapa kali kena warning ngan misi sane dah, tapi korang bayangkan je laa betapa tak selesanya...

Sebab, dalam keadaan sekarang fikiran Azam mungkin separa sedar, dan memang asyik kena tidur. Kalau tak tidur, segala rasa sakit tu akan dirasai.

sesi lawatan semalam. terima kasih kerana datang.

Kadang2 bila aku pikir2 balik, berat jugak dugaan yang Allah bagi kat Azam dan kami ni. Kami redha dan pasrah dengan ujian ini.
Doakan kami tabah...

Harapan kami ialah

SEMOGA ALLAH BERIKAN SEMANGAT, KETABAHAN DAN KEKUATAN KEPADA AZAM.

KEKUATAN DAN SEMANGAT KEPADA KAMI SEKELUARGA.


Perjalanan Azam masih jauh lagi untuk sembuh. Semoga Azam segera sembuh, dapat hidup seperti dahulu dan lebih "terbuka mata" untuk jadi insan yang lebih baik dari dulu.
Adik aku ni memang Tuhan tu nak tunjukkan jalan pada dia.
Jadi, harapnya dengan bala yang menimpa ni akan bagi jalan dan petunjuk supaya jadi lebih baik dari dulu.

Aku dan keluarga sentiasa dan tak putus2 berdoa agar Azam diberikan kesembuhan yang segera. InsyaAllah....

Kalau bercakap dengan kecederaan Azam, Azam cedera yang teruk kat bahagian muka. Sebab muka Azam mase accident tu, muke Azam memang menghentam cermin van tu, dan kaca tu masuk dalam mata. Alhamdulillah, lepas pembedahan hampir 11 jam dalam OT segalanya dapat dijalankan.

Kaki sebelah kanan bahagian peha patah. Tangan dan yang lain2 cume lebam2 dan calar2...

Walaupun teruk jugak muka Azam tu, gigi Azam satu pun takde yang patah!
Tu yang ajaib dan Besarnya Kuasa Allah tu...
Satu lagi, Azam memang cukup kuat. Lepas dari accident tu, Azam tak pengsan.
Azam menahan sakit dari Hospital Kuala Kubu sampailah ke HSB.
Hanya dia dan Tuhan je yang tahu macam mane sakitnya dan azabnya...
Sebab selalunya yang sebabkan orang yang accident ni KOMA ialah pengsan time lepas accident tu.

Mase kami mula2 tengok Azam lepas accident tu, memang sangat menyedihkan.
Azam mengerang kesakitan tapi semakin perlahan suaranya.

Mama sempat berpesan kepada Azam sebelum masuk ke wad kecemasan;

Azam, ni Mama ni Zam...
Kuatkan semangat yea...
Ingat Allah selalu...
Mama doakan ko akan selamat...

Azam mengangguk dalam kesakitan...
Sebak.
Aku dan Abah yang ade mase tuh turut sebak dan sedih.
Harapan hanya bergantung kepada Allah sahaja.

Mase dalam kecemasan, tak banyak yang doktor boleh buat. Dan mase tu, kami sekeluarga dipanggil untuk sikit briefing tentang apa yang doktor akan buat...
Mase tu, hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan kami.

Ikut penerangan doktor, macam2 risiko yang akan dihadapi termasuklah KOMA dsb.
Kami pasrah dan serahkan segalanya kepada Tuhan...

Lepas dari OT, Azam dimasukkan ke ICU. Mase operation tu, memang merupakan saat2 paling genting dan kami hanya berserah kepada Allah. Mase dalam ICU pun, kami berharap agar Azam kuatkan semangat...dan melepasi saat2 kritikal...

Akhirnya, kelmarin Azam dimasukkan ke wad biasa.
Alhamdulillah...

Perkembangan terbaru:
Muka Azam semakin kurang membengkak dan boleh melawak semasa kawan2nya datang semalam...walaupun tak boleh lagi nak bercakap, sebab saluran pernafasan masih lagi diletakkan di lehernya...

Dan Allah masih bagi peluang kepada Azam untuk terus bernafas. Itu dah cukup besar.

Dan aku bagi peluang untuk korang yang kental dan berani kalau nak tengok keadaan muka Azam. Sebab tak semua nak, atau berani nak tengok, aku buatlah password sket.
Kalau nak, masukkan password ni : aku doakan azam sihat
OK?

Jadi, aku harap agar Azam diberikan kesembuhan yang cepat, dan sihat seperti sediakala.
Dan terima kasih yang tak terhingga kepada kawan2 yang tak jemu2 bagi semangat dan doa kepada AZAM dan kami...
Tuhan sahaja yang dapat membalas segalanya.

Mintak kawan2 untuk doakan lagi agar Azam sentiasa tabah dan sabar serta tidak luntur semangatnya untuk terus sembuh.

Salam kasih buat korang semua bagi pihak Azam.
Sekian.
Terima kasih.


Comments

  1. hope he gets better... lepas neh mesti trauma... his spirit should heal also..

    ReplyDelete
  2. ya rabbi! chekgu. aku x blh nk ckp apa. agak teruk (bg aku la). Tuhan Maha Tahu ttg apa yg menimpa Azam. smga Azam kuat utk cpt sembuh.

    smga kau & fmly pun cekal & kuat.

    ReplyDelete
  3. berdoalah... hanya pd tuhan harapan kita...

    btw take care ur mother jgak... nanti dia pulak tenat.. dia pn x berapa sihat lg kan..

    urself also... klu sakit sapa nk tengok mak, bapak & dia.

    ReplyDelete
  4. semoga ALLAH kuatkan semangat Azam...
    semangat untuk cepat sembung & hidup spt biasa!
    apa-apa dugaan pun, pasti ada hikmahnya...

    ReplyDelete
  5. takde kata lain yg mampu dilafazkan melainkan sabar dan tabah.. azam bdk yg kuat, pastinya dia akan dpt melalui ujian ni sbb Allah tahu akan kekuatan hambaNya sblm Dia turunkan sesuatu ujian/musibah..

    sabar la cikgu.
    moga ada hikmah yg akan terpancar slps ini. kita di sekelilingnya hanya mampu berdoa yg terbaik utk azam.

    ReplyDelete
  6. teruk tu oi...ngilu aku tgk..papa pn semoga semua kembali spt sedia kala...amin

    ReplyDelete
  7. bang, apa2 pon sabar la paling penting..
    adik tu dia sakit, sbb tu kena ikat. itu lumrah bang..

    ini ujian. kita diuji oleh tuhan.

    ReplyDelete
  8. Sakit mata memandang,sakit lagi si Azam merasa..
    Arap2 cepat sembuh dan sihat seperti biasa..
    InsyaAllah..

    ReplyDelete
  9. MasyaAllah.. teruknya muka dia... hmmmm...
    tapi tak pe... fikir positif je... kalau azam tu kena teruk mcm tu, bayangkan ada org lain yg kena lagi teruk dari dia... sampai ada yg bawak maut...

    tapi Azam masih selamat dan bernafas... Alhamdulillah...

    semangat dia kuat tu... dia akan segera sembuh... insyaAllah... doa terus ok...

    ReplyDelete
  10. Semoga cepat sembuh...InsyaAllah,
    by d way, sapu minyak gamat untuk sembuh luka kat muka, jahitan benang pun cepat kering. aku cerita berdasarkan pengalaman sendiri..

    ReplyDelete
  11. Lagi ramai sedara dan kawan2 yg ziarah akan lagi cepat sembuhnya kerana dia akan mendapat semangat baru.

    ReplyDelete
  12. tak lama dia akan pulih tu, bagi dia masa untuk recuperate.InsyaAllah kembali sihat tu.

    ReplyDelete
  13. sedihnya aku baca... pengorbanan ibu dan bapa tak terbayar, kan... huk huk huk..

    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    semoga azam cepat sembuh.. cepat sedar.. dan jadi lebih baik - dapat melompat dgn lebih tinggi...


    pssssttt... aku tak berani nak tgk gambar azam tu.. takut pengsan!!

    ReplyDelete
  14. moga cepat semboh azam tewww.. salammms

    ReplyDelete
  15. AMIN. AMIN. AMIN.

    Atas doa para sahabat disini.

    ReplyDelete
  16. Cikgu BH, aku doakan semoga adik ko cepat sembuh dan dia tabah. ngeri jgk dgr penerangan ko psl kecederaan dia. tak tertanggung rasanya bila tgk gambo tu.

    Insya Allah, semoga semuanya cepat berakhir.

    ReplyDelete
  17. Azam semoga kau sihat dan boleh beribadat dengan tanpa rasa sakit. Amin

    ReplyDelete
  18. Salam...yang penting anda sekeluarga perlu tabah untuk memberi semangat kepada adik anda...didoakan semoga adik anda cepat sembuh...ingat Allah selalu!

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah he's getting better. nasib baik dia takde kecederaan kekal ke ape. Allah tu maha besar kan? nasib adik ko dah ok skrang ni. mungkin juga pengajaran utk dia sedar akan sesuatu. mungkin juga dia terabaikan sesuatu. keep on advice dia :)

    ReplyDelete
  20. semoga adinda cekgu sembuh cepat
    banyakkan bersabar di atas ujianNya

    ReplyDelete
  21. banyakkan bersabar. semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  22. salam...semoga azam adik yin beransur sembuh...
    Segala kejadian dan dugaan dariNya pasti ada Hikmahnya....Sabar ye dik....

    ReplyDelete
  23. semoga cepat baik dan cepat semboh ya..
    syukur semuanya selamat...

    ReplyDelete
  24. emm berat mata memandang berat lagi bahu memikul kan

    semoga dia sembuh cepat2

    ReplyDelete
  25. to azam
    semoga cpt sembuh
    same2 kte doakn dia :o

    ReplyDelete
  26. salam hazren..
    moga azam cepat sembuh...
    bagi die minum susu supaya tulang yang patah tu tumbuh ngan cepat...

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood