Trip Sabah Episod IV : Jambatan Tamparuli

Landmark wajib singgah - Jambatan Gantung Tamparuli.
Tak jauh dari Rumah Terbalik. Siap ada signboard khas ke sana. Cari, dan singgah. Ambik gambar tu wajib! Shopping di pasar dia, harus!

Sapa nak nyanyi lagu Jambatan Tamparuli?
Marsha Milan Londoh?
Krik krik krik....


Dari tepi jambatan....

En. ZE sempat bertegur sapa dengan bikers Sabahan ni....peramah kan? :P

Pose membayangkan jambatan mau roboh. Haha

Merenung kenderaan di bawah....

Konsep laluan jambatan di bawah tu memang sehala. Dan sangatlah merisaukan untuk dilalui.

Semangat bertolak ansur sangat diperlukan jika dua hala kenderaan ada untuk melintas. Beri laluan dan semuanya akan selamat. Kami pernah lalu sewaktu baru lepas hujan, dan sangat menyeramkan kerana air hampir menutupi atas jambatan. Minta-minta selamat....
 
 Dari bawah jambatan....

 Di hujung jambatan...

 En. ZE pose pelik-pelik je time ni. Haha

En. ZE menelek-nelek durian yang dah dikopek untuk ditelan hidup-hidup...huhu

Pose untuk tujuan illustrasi saje. 

Sebelum balik kami jalan-jalan di pasar yang ada di bawah tu. Gerai jual durian memang ada. Kami beli yang dah siap diproses je, senang nak ngap.
3 bungkus RM20 kalau tak silap. Habis satu kereta baunya....huhu

Okla.
Sekian. Jumpa lagi.



Comments

  1. Salam chekgu BH, PCL belum sampai ke sana lagi..teringin jugak suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  2. Oooo..ini jambatan Tamparuli yang famous tu ya...Ngeri pulak tengoknya..he..he..

    Nway Thanks cikgu for sharing..

    ReplyDelete
  3. eeee...kalau minta JM bawa kereta atas jambatan yg sempit tak berpalang tu ..x sanggup rasanya

    ReplyDelete
  4. ehh kt bawah ada plak jambatan kecil... dah sehala.. seriau tgk

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Jangan fikir lama-lama nanti dikebas orang...