Trip Sabah Episod V : Menara Tun Mustapha & Sekitar Kota Kinabalu

Salam.
Sambung cerita perkelanaan di Bumi Cantik Bawah Bayu; Sabah.
Kalau di KK, dari jauh kita boleh bangunan tinggi ni. Bangunan ni bangunan pejabat, tapi sangat cantik sebagai landmark, berkilau-kilau dari kejauhan.

Termenung ke bang?
Sikit info dari Wikipedia: 

Menara Tun Mustapha yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah merupakan antara 4 bangunan di dunia yang menggunakan teknologi "bangunan tergantung". Menara yang disiapkan pada tahun 1976 ini dinamakan bersempena Ketua Menteri Sabah ketiga, Tun Datu Mustapha Datu Harun. 

Menara setinggi 30 tingkat ini menempatkan beberapa jabatan kerajaan negeri serta menempatkan ibu pejabat Yayasan Sabah. Akan tetapi, tarikan utama menara ini adalah restoran berputar "Atmosphere" di tingkat 18 yang merupakan satu-satunya restoran berputar di pulau Borneo. Menara Tun Mustapha senang dilihat jika anda berkereta ke utara Kota Kinabalu.

 
Ada orang tengah mencuci cermin building....

 
Tak lepaskan peluang untuk wefie berlatarbelakangkan Menara Tun Mustapha
Penuh muka ko BH! Haha


Memang bangunan ni tergantung la....

Alternatif lain selain bas untuk keliling kota dan bergerak ke kawasan berhampiran KK....
Sort of van sapu la ni....

Hanya di luar Muzium Sabah je....

Tugu landmark KK, kalau tengah malam datang sini, mesti clear untuk ambik gambar kan?
Ikan todak rasanya ni...

Masjid Terapung Kota Kinabalu di Likas...

Posing penuh keinsafan...(konon)

Actually, gambar yang di Muzium Sabah dan Masjid Terapung KK tu gambar beberapa jam sebelum bertolak balik.
Sementara ada masa, kami habiskan la merayau-rayau sekitar KK. Rugi rasanya kalau tak gunakan masa dengan baik. Ye la, bukan selalu dapat datang Sabah yang cantik ni....

Ok, sekian sesi sharing.

Jangan lupa Contest BH ek...


8 Superb Comments!:

  1. Menara ni memang ikonik di Kota Kinabalu, kira macam KLCC untuk KK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rekabentuk dia pon unik....kecik kot bwh, besar kat atas....huhu

      Delete
  2. Kali terakhir saya menjejak kaki ke sabah pada 11 tahun lalu.. tak sedar cepat betul masa berlalu. Pasti dah banyak perubahan berlaku di sana kan.. syok klu dpt jenjalan ke sana lagi.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus pergi lagi bro....
      banyak tempat kena dilawati...dan dilawati semula....

      Delete
  3. BH dan En Ze...nampak seperti 2 beradik..same size theheheeh

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. ehh silap.. restoran berputar... kat kedah ada gak... kat menara..tak try lagi.

      Delete

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

 

KRIK KRIK KRIK...

10 Terbaik !

Ads

TONE PLUS

 photo BANNERCONTESTSMALL.png