Musibah. Doa untuk mereka. #pray4pantaitimur

 Sungai menjadi lautan. Yang sangat luas....

Sedih di kala ini saudara di sebelah sana; Pantai Timur dan sebahagian di Pantai Barat sebelah utara seakan mahu dilanda musibah yang sama.

Semua dari Allah. Dia yang memulakan dan Dia-lah yang menyudahkan. Dalam situasi sekarang ini, doa dan munajat kepadaNya adalah senjata terbaik. Dan sentiasa pujuk hati untuk bersabar dan tabah dengan dugaan. 
Mohon lah diberikan keringanan untuk musibah yang diturunkan Dia ini.

Sebagai muslim, doa sebagai senjata utama; banyak doa boleh diamalkan. Jadi bolehlah diamalkan sebagai ikhtiar kita mohon pertolongan dari Dia....
 
 Doa mengelak banjir...

Dan di sini, aku kongsikan satu post dalam group Whatsapp.
Sedih dan mereka sedang helpless....
Mohon bantuan dan diringankan urusan mereka Ya Allah....


Dan status terbaru dari sepupu yang menyewa di Padang Jawa...

Masa entri ni ditulis, hujan sedang turun dengan sangat lebat dari langit. Dengarnya TTDi Jaya pun air sudah melimpahi dari parit besarnya....
Mohon sangat-sangat Allah makbulkan doa kami agar tidak ditimpakan musibah. Mohon dijauhkan....
Kasihani kami Ya Allah...


Comments

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood