Pencari cahaya....

Dalam usaha memeriahkan syurga idamanku (biarpun tak besar) tu, mencari aksesori pelengkap yang bagi rupa kepada sesuatu ruang dalam rumah tu memang sangat penting.
Dan of course la kita akan cari yang terbaik, tercantik, pada harga terbaik dan murah sebagai bonus.
Jadi, hasil Google-lan aku, ramai yang suggest untuk ke Houses Lightings di Puchong tu. Rujuk Google Plus di sini : Houses Lightings Puchong

Dan macam yang dibaca, orang memang cenggini-cenggini haa (cakap sambil dua belah tapak tangan ditimpakan satu sama lain, mulut dijuihkan; haha)...ramainya umat....
Masa mula-mula sampai dengan besfren ai tu, masa tu hujan. Lebat boleh tahan la, dan tak susah nak cari tempat tu dengan bantuan GPS yang sangat berjasa tu.


Dalam banyak-banyak lampu yang murah dan serba cantik tu, yang ni antara yang menarik perhatian aku.
Tengokla harganya....oke kan?

Masa memula sampai tu, dari luar memang aku impress.....dalam hati dah "Waaaa....." 
Hari hujan, orang ramai, staf pun ramai. Nak bayar kena ambik nombor. Walau ramai customer, service dia dikira boleh tahan. Dia akan membontot entertain korang dari mula sampai habis. Selebihnya yang korang baca dalam belog dorang memang macam tu la....malas nak tulis. huhu

Jenis lampu dinding....nak letak kat tangga pun boleh (eh, ada tangga ke?)

Dari mula masuk sampai habis memang dok mendongak ke atas. Mata pun jadi rambang.
Sambil pandang, sambil berangan dan berimaginasi kalau lampu tu di letakkan kat rumah, kat bahagian mana....memanglah lama.

Ni variant yang sama dengan yang berkenan di qalbu tu tapi jenis stand lamp tu, 
baru sama tema dengan chandelier kan? 

Ni jenis sama, tapi terendak dia kaler putih.... *wink

Eh, tangan sapa tu? Hehe
Tukang pegang tag harga.
TQ... :)

Standlight yang simple, macam menarik je.....

Dan, akhirnya.......
Aku tak beli apa-apa pun lagi.
Saja-saja datang cuci mata. 
Tapi macam dah target nak beli apa kan?
 ~ngee

Kawan-kawan ada nasihatkan untuk try recce tempat lain; masih di Puchong. Satu par dengan kedai ni. Antaranya ialah :


Top Ten Lighting Sdn Bhd 
No. 1-G,
Jalan Bandar 3 Pusar Bandar Puchong
47100 selangor Darul Ehsan.

YT Lighting Trading 
No. 7G,
Jalan Bandar 3 Pusat Bandar Puchong
47100 Selangor Darul ehsan.

Lucky Lighting Centre
No. 38-g,
Jalan Bandar 3 Pusat Bandar Puchong, Puchong
47100 Selangor Darul Ehsan.

Jadi, memang kena survey. Dah puas hati, baru decide nak beli kan?
Lagi pun aku tak rushing nak duduk rumah tu. Biarlah masa yang tentukan....ecececeh...

Overall kedai ni not bad la. Kalau dah decide nanti mungkin aku akan kembali ke sini...
Details yang lain pasal downlite, kipas berapa bilah, jenis mentol nak pakai apa pun aku tak decide lagi.

Kbai!
 

1 Superb Comments!:

  1. standlight tu cntik gak.. letak kt ruang tamu, deko2 ckit.. mst mnarik..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

 

KRIK KRIK KRIK...

10 Terbaik !

Ads

TONE PLUS

 photo BANNERCONTESTSMALL.png