Kringgggg............

Cuti sempena akhir tahun sesi persekolahan 2014 ini pendek, tapi aku rasakan panjang. Sebabnya adalah kerana aku tak ke mana, banyak masa dihabiskan di rumah; depan lappy lebih tepatnya.
Takpa, redha.
Sebab tahun 2014 ni antara tahun yang penuh pancaroba dan beronak bagi aku.
Takpa, redha lagi.


Yang dah berlalu, biarkan berlaku.
Let the bygones be bygones.
Let's start anew.

Mesyuarat pertama untuk perancangan 2015 sesi akan datang bakal berlangsung.
Tapi mungkin kehadiran tak penuh, bahana musibah bah teruk di sebelah sana.
Jadi, kita yang belum ditimpakan apa-apa di sebelah sini, tapi bunga-bunga musibah tu dah kelihatan; sama-samalah kita berdoa dan bermohon agar sentiasa dikasihani Yang Esa.

Takpa la. Yang berada di sebelah sama, teruskan berdoa akan diberikan pertolongan dan dipermudahkan segala urusan.

Kita yang berada di sebelah sini, teruskan hari dan hidup seperti biasa.

Jadi, aku kongsikan di sini Jadual Gaji 2015 dan Cuti Umum 2015 dalam bentuk grafik yang menarik. Khusus untuk penjawat jawatan awam dan bagi si perancang percutian.




Memang tak dinafikan, tahun ni penuh pancaroba.
UPSR ulangan, PT3 yang mengejutkan, Bah besar di Pantai Timur, konflik tempat kerja...
Fuhh....semoga dipermudahkanNya....

Selamat bermesyuarat kali pertama untuk semua pendidik di Malaysia.
Semoga tahun 2015 yang diramalkan penuh dugaan dapat kita lalui dengan baik dan lancar; 
mudah-mudahan!
Insha Allah.

Kbai!


3 Superb Comments!:

  1. Redha tu kunci untuk meneruskan kehidupan ...
    Lebih-lebih lagi menjelang tahun 2015 nanti !
    Aja Aja Fighty Chekgu !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab redha la kita ada sampai ke hari ni kan?
      Semoga hari mendatang akan lebih baik untuk diri kita....
      Lawan demi terus hidup !

      Delete
  2. moga tahun 2015 ni akn lebih baik dri thun sebelumnya..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

 

KRIK KRIK KRIK...

10 Terbaik !

Ads

TONE PLUS

 photo BANNERCONTESTSMALL.png