Posts

Showing posts from January, 2009

Ini Bukan Kisah Mesin Basuh lagi, ye! :P

Image
Ade beberapa cerita, ceriti dan ceritu. Satu persamaan, all of the stories were past, erm...but one ceritu is still ongoing... Cerita 1. Ceriti 2. Ceritu 3. Ape bende yang ChekguBH ni dok sebuk 2 nak kepohkan kat sini...?? Takde ape yang penting pun, saje je... Dry sket kut entry aku kali ni... Korang ni, nak entry yang basyah 2 je yer....? Oooo..kalau entry mesin basuh aku tuh, cepat 2 korang nak bagi komen ye....Nakall ye....Haha... Cerita 1: Watikah pelantikan Pengawas sesi 2009 SKS 24, Shah Alam... Ketua dan Penolong Ketua Pengawas selaku Ketua dan Penolong Ketua Murid dah pun dipilih... Kalau refer entry ni, yang nombor & nombor dipilih sebulat suara oleh guru 2 sebagai Ketua dan Penolong... Ok laa.... Mengangkat tangan untuk berikrar dan bersumpah laknat untuk menjalankan tugas sepenuh jiwa raga mereka. Ceriti 2: Ingat lagi Gerhana Matahari Separa yang berlaku 26 Januari haritu?? Aku jenuhla kunun 2 nak amik gambar gerhana bersejarah itu, dengan menggunakan teknik ko...

Tenang Ketika Gawat

Image
Source : deviantart by Ksatria Malam Pelbagai kesan dirasai impak kegawatan ekonomi yang berlaku ketika ini. Di Malaysia, sudah 10,000 pekerja hilang pekerjaan sejak 1 Januari 2009 dan dijangkakan dalam tiga bulan pertama dalam tahun ini lebih ramai yang akan diberhentikan kerja. Dilaporkan di USA, seorang pekerja yang baru diberhentikan kerja telah bertindak nekad membunuh isteri dan 5 orang anaknya sebelum membunuh dirinya sendiri!!! Peristiwa yang tragic ini adalah sebahagian fenomena sosial akibat tekanan hidup yang berat kerana kegawatan ekonomi yang sedang berlaku. Bagi seorang Muslim, kegawatan yang berlaku adalah satu ujian yang ditakdirkan oleh Allah SWT. Muslim yang percaya kepada qada’ dan qadar akan mengharungi segala ujian dengan tabah dan optimis betapa di sebalik ujian dan dugaan ini pasti menyusul kesenangan dan kemanisan. Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT berfirman; Aku berasa kagum terhadap hamba-hambaKu yang beriman….. apabila mereka diuji dengan kesenangan mere...

Perihal Mesin Basuh...

Image
Salam Semua... Sementara aku ade benda nak update nanti, korang layan la cerita pendek ni dulu laa... Aku nak koma jugak laa...Bulih??? Sebuah kisah simple yang mewarnai isi rumah tangga mereka yang berkeluarga, ye ke?? Jangan tanya aku, sebab aku mungkin tatau... Hanya mereka dan pasangan mereka sahaja yang tahu... Bulih??? Mungkin korang pernah terbaca kisah ni... Kalau dah, buat 2 la belum ye...haha... ***************************************** [ Kisah Mesin Basuh ] Husband : Sayang, bila mak bapak yang ada sini, kalau kita nak "BENDA" tu ,abang nanti kata, malam ni kena basuh kain tau.. jadi yang fahamlah yang malam tu abang nak "BENDA" tu ... Wife : OK-lah bang . So, the " basuh kain " thing worked out fine .. one day they had a misunderstanding and they were not on speaking terms and to make things worse the in laws came for another stay. After a day or two, the husband wanted to have the "thing" so he called his son and said :- Husband ...

TABIK Cikgu!

Image
Selamat Tahun "Lembu Jantan Degil" Baru Cina... Hari ni, esok dan lusa mungkin ramai yang cuti. Yang cuti sampai ujung minggu ni pon ramai gak, contoh cam aku dan kawan cikgu-cekgi sekolah aku laaa...Dan ade sesetengah sekolah yang amik cuti seminggu, dan akan diganti kemudian, jenuh lah! Sempena cuti yang agak panjang dan mungkin bosan bagi aku yang tak pi mane 2 ni, jadi kenelah carik sesuatu untuk menghiburkan hati. Nak keluar pun, bukan takmo. Kalau dah kluar, mula lah aku meraban nk carik bende yang tak sepatutnye aku beli. Mase tu aku separa sedar yang duit tu mengalir macam air je...Hampeh... Jadi aku rase kalau dapat dok umah, membaca ape yang patut pun bagus gak..Aku berminat dengan buku nih; Asam Pedas Gula Melaka , tapi setakat ni aku belum jumpa lagi. Aku rase buku ni best, ikut review encik KNizam itu. Ade sape 2 tau kat mane aku bulih dapatkan buku nih??? Sebab belum berjodoh dengan awek buku tu, aku terjumpa buku nih... Tabik Cikgu by Fatimah Az-Zahra. Buk...

Nak tengok tak?? Boleh..tapi kena janji tau...

Image
Salam semua. Rindu nak bertandang, lepak kat sini. Aku macam biase la, rase minggu ni agak sibuk dan bermandi peluh je sepanjang minggu. Tiada hari yang tak basah ketiak baju untuk aku ni.... Kalau ikut entry aku yang sebelum ni , ramai jugak (?) yang request nak tengok ChekguBH ni ajar poco-poco... Nak tengok ke??? Nak?? Tak yah laaa....Ai malu laa ....haha... Erm... OKlaa, untuk tak menghampakan korang semua yang sudi jadi pembaca aku sebab korang rase aku kawan korang, aku publish la sket Video Klip Poco-poco kendalian aku tuh... Tapi, sayangnye video klip ni pendek je, sebab jurukamera yang aku hired tu mogok sebab aku tak bayar gaji dier dah 5 bulan....Haha... Sket je, sebab tu je yang ade...Selebihnye adelah gambar sahaja...Jurukamera aku ni ade amik video pakai videocam, tp yang itu kena convert dulu.... Tak pe laa...Lain kali, kalau aku disambung kontrak untuk ajar orang 2 tua dewasa mase LADAP nanti, maybe tu full length video kut... Ape 2 pun, layan je laa.... Ok??? Meng...

Pesan Roh Kepada Manusia

Image
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut. Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh. Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh. Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak,...

Tolong....Ada api, Pak!

Image
Kira 2 jam 9.50 pagi, Jumaat yang hening....tiba 2 .... Krinnnggggg...... Satu bunyi loceng yang saaanggaatttt panjang entah dari mane datangnya...Mungkin dari loceng sekolah... Memang ye! Itu loceng sekolah...Tapi kenapa panjang sangat ye..... Menyedari yang itu loceng amaran kebakaran, semua budak berbondong 2 melarikan siri sambil berpegangan tangan dengan jalan yang agak pantas... Ade yang terbakar ke??? Sape?? jeng, jeng, jeng..... Rupe 2 nye, itu loceng latihan larian kebakaran atau versi omputehnye "Fire Drill".... Sebagai langkah keselamatan yang dijalankan oleh semua sekolah sebagai latihan kalau 2 , (mintak simpang!) berlaku kebakaran di sekolah.... Berduyun 2 budak 2 berlari 2 .... ade yang bertempik, ade yang bertempiaran...ade yang skema mengikut arahan yang sepatutnya... Yang tak tinggal beg pun ade...dibawaknye sekali beg, sekali ngan baju 2 PJ sekali.... Bagus kan?? Dorg ni memang sayangkan buku 2 teks pemberian kerajaan tu kan??? Lepas semua dah turun d...

Wajah-wajah Duka Mereka

Image
BOIKOT! Jangan tak BOIKOT!

Tak Cukup Dengan PMD, Lepas Ni LADAP Pulak!

Image
Bukan sekolah aku je yang ade PMD skang ni, sekolah Cikgu Jawe , Cikgu Su dan mungkin cikgu-cekgi yang lain pun tengah don sibuk buat Program Maju Diri atau PMD ni. Mase ni la budak 2 akan diberi segala input untuk memajukan lagi diri mereka terutama dalam aspek kurikulum. Sebab kadang 2 ade lagi budak 2 ni yang blur 2 lagi cikgu-cekgi pun ade gak yg still blur 2 , sebab dah lame sgt cuti, hiks! pasal subjek yang aka dorg belajar dan exam, berserta dengan format serta petua untuk score dan sebagainya la.... Ingat lagi aku buat entry Poco-poco tu??? Aku pulak "digesa" dan dipohon dengan baik oleh penyelaras senamrobik PMD utk jadi instructor untuk Poco-poco tu, macam takde pilihan lain je dalam skolah aku...kan? Hehe... Menganga dan terkesima dorg tengok aku gelek Poco-poco kat atas stage tu... Haha.... Aku buat stail Poco-poco siap dengan tangan 2 aku nih, korang bayangkan je laa... Pastu Cikgu Jonid dok merakam "aksi gedik" cikgu lelaki itu yang baru ber...

Berat Mata Yang Memandang...

Image
Daripada Abu Harayrah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang melapangkan orang Mukmin dari suatu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan di dunia nescaya Allah akan melapangkannya daripada kesusahan daripada kesusahan-kesusahan pada hari Kiamat. Barangsiapa yang memudahkan atas orang yang berada dalam kesusahan maka Allah akan memudahkan ke atasnya daripada kesusahan di dunia dan di Akhirat (Riwayat Muslim) Daripada hadith di atas, pengajaran utama yang disampaikan oleh Rasulullah SAW adalah galakan motivasi untuk seorang Muslim untuk tidak membiarkan saudaranya berada dalam kesusahan atau kesengsaraan. Sebagai imbalannya diringankan kesusahan kita di dunia dan di Akhirat. Bukankan ini satu tawaran yang sangat besar??? Konflik Israel-Palestin bukanlah satu konflik yang baru. Konflik telah berlanjutan selama hampir satu abad . Berjuta-juta rakyat Palestin menjadi pelarian dan ratusan ribu nyawa yang tidak berdosa telah menjadi korban. Majoritinya adalah civilians. Bagi pe...

Balenggang pata-pata...

Image
Jom Poco-poco...! Aku skg tengah dok angau ngan poco 2 ni. Siang tadi, sambil tengok 2 , pantau 2 budak 2 bola ni train, sambil tu aku train carik budak nak buat demo Poco 2 mase PROGRAM MAJU DIRI nanti. Minggu ni Selasa dan Rabu untuk tahun 6, minggu depan untuk tahun 5 dan the following week is for year 4. Mase PMD ni ade satu slot senamrobik... Poco 2 steps Tapi aku la gatai mulut cadang kat commitee suh buat Poco 2 , sebab senamrobik dan biase sangat, try la Poco 2 pulak...Aku rase mungkin akan SUPERB kang...haha... Korang tau kan Poco 2 tu?? Tarian Poco 2 ni aku rase satu seni tarian yang diulang 2 yang mengikut lagu Poco 2 oleh Yopie Latul...Stepnye memang agak susah nak ikut, tp kalau dah biase, rase naik syeh pulak... Dah la, aku nk praktis kejap 2 kat dalam bilik sorg 2 ni, mane la tau kalau 2 aku kene jadik instructor Poco 2 Dance ni kan... Haha... Practice Makes Perfect! Balenggang pata-pata Ngana pe goyang pica-pica Ngana pe bodi poco-poco Cuma ngana yang kit...

Cara Nak Bantu Palestine?

Image
Setiap kali aku bace post blogger 2 yang prihatin pasal masalah pergolakan dunia yang tengah berlaku sekarang ni. Zionis celaka, ba*i, sial, hangswa yang takde langsung perikemanusiaan pada rakyat Palestin yang helpless, aku akan tersentuh. Betul! Semua paparan dalam media, aku rase sangat 2 sedih.. Sedih sebab tak dapat nak buat ape 2 , sedih sebab mereka ditindas....Dengan alasan yang sangat buduh! Nampak sangat la ko ni menindas orang tak tak terdaya. Menegakkan benang yang lencun dari dulu, semenjak ko menceroboh Bumi Gaza dan kate ko berhak atas tanah Palestine. Kepala Bapak ko! Sape ajar ko buat cemni..?? Aku cukup bengang dengan dorang..Sungguh.... Jadi sebagai sokongan kecil yang aku mampu buat adalah ini; menyebarkan tentang kite akan dan boleh menolong kat Palestine ni kalau tak banyak sikit! Dengan memboikot...Kena boikot...Kalau bukan atas dasar Islam, atas dasar simpati atas penderitaaan mereka yang tak berdosa untuk mereka yang bukan Islam. Ape salahnye kite berhenti me...

Rindu Tak??

Image
Salam. Lama tak dengar citer dari chekguBH kan?? Hari ni chekgu takde citer bergambar. Cume cerite-ceriti itu dan ini, pasal ape? Ape lagi kalau bukan sekolah aku. Semalam, 2 malam sebelum, 3 malam sebelum aku tau, ramai rakan seangkatan dok pening kepala nak tune balik minda nak biasekan diri dengan rutin seorang guru sepanjang 10 bulan yang akan datang. Dah liat, sedap cuti panjang kan?? Aku rase aku nk jadi Hebat laa...Macam yang aku cakap sebelum ni; Aku ingin menjadi SUPERB, walaupun dalam kelasnye yang tersendiri.... Tak kisahlah keje kite ni ape, tapi selagi kite ikhlas dan sepenuh hati buat sesuatu bende, janganlah risau, sebab Allah tu Maha Adil lagi Mengetahui. Setiap bende baik yang kite buat tanpa memohon balasan, akan ade balasan yang akan menanti, kalau bukan dalam nikmat duit, dalam nikmat kesenangan dalam hati, dalam fikiran dan sebagaimya. Dengan karenah yang pelbagai terutama dalam bidang pendidikan yang aku pilih, jangan berkire dengan mereka, sebab mereka adalah u...

Selamat Kembali...

Image
Hari pertama hari tu, mmg hari paling blurr pernah aku alami...Sebab dah terlalu banyak lemak! Dah sedap cuti panjang, bangun pun nak taknak je pagi tu.... Ikut hati memang malas nak pi sekolah...Sebab nak kene ngadap muke budak 2 yang baru lagi, nak layan karenah dorg, dan macam 2 lagik...Kalau korang bukan cikgu, korang tak paham la kut...Hanya cikgu 2 yang tahu.... Orang cakap keje cikgu ni senang, Ye! Iye la tu...Senang...sampai bawak balik ke rumah sebab tak sempat nak siapkan kat sekolah... Entah laa...Takpe la, biarlah sengsara ini KITA tanggung sendiri kan?? Hari 2 makan hati, tapi elok jugak kut kalau makan hati hari 2 , bulih kurus sket kann?? Ini adalah gelagat makpak pada hari pertama anak 2 mereka...Bukan tahun 1 je, tahun 2 yang lain pun lebih kurang gak...Aku rindu sebenarnye suasana dihantar oleh mak atau abah aku ke sekolah, tapi seingat aku, makpak aku jarang hantar ke sekolah... Dorg akan hantar 4 the 1st year jea, yang lain...ko pi sendiri laaa...Yuran?? Nah, ...

W910i : A Reward for Myself...

Image
Just to make it fast, sebab aku kan buat 2 bz sementelah hari ni adalah hari pertama aku kat sekolah.... Haha, memang blur sepanjang hari aku kat sekolah hari ni, lesson yang di-planned, lgsg bersepah...Tapi yang tu nanti aku cerite la ye...?? Ini haa...Inilah buah hati pengarang jantung aku, kaler merah lagik...haha.... Konon 2 aku angkat henset ni sebagai personal reward dari aku sendiri untuk diri sendiri, nak harap orang bagi sampai ke anak cucu pun tatau la bulih dapat ke tak? :P Saje nak berkongsi, bukan ade niat lain, tu je...Kenapa merah? Sebab aku taknak pilih hitam, hitam is tooo common...dah bersepah kut orang pakai....Dan ini je termampu, aku bukan gaji beriban 2 cam encik KNizam itu, gaji cikgu bese ape sangat la kan?? :P En KN ni pun baru je angkat E91 dengan keyboard qwerty itu.... Dier punye specs bagi aku dah oke laa, dah ade 3g, 2MP camera, sliding, bulih tahan la screen nye...Rege pun berats je, tak sampai beribans pun....Sebab lain aku sambar ni sebab aku ade ...