Berat Mata Yang Memandang...

Daripada Abu Harayrah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Barangsiapa yang melapangkan orang Mukmin dari suatu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan di dunia nescaya Allah akan melapangkannya daripada kesusahan daripada kesusahan-kesusahan pada hari Kiamat. Barangsiapa yang memudahkan atas orang yang berada dalam kesusahan maka Allah akan memudahkan ke atasnya daripada kesusahan di dunia dan di Akhirat
(Riwayat Muslim)


Daripada hadith di atas, pengajaran utama yang disampaikan oleh Rasulullah SAW adalah galakan motivasi untuk seorang Muslim untuk tidak membiarkan saudaranya berada dalam kesusahan atau kesengsaraan. Sebagai imbalannya diringankan kesusahan kita di dunia dan di Akhirat. Bukankan ini satu tawaran yang sangat besar???


Konflik Israel-Palestin bukanlah satu konflik yang baru. Konflik telah berlanjutan selama hampir satu abad. Berjuta-juta rakyat Palestin menjadi pelarian dan ratusan ribu nyawa yang tidak berdosa telah menjadi korban. Majoritinya adalah civilians. Bagi pemerhati Antarabangsa, konflik ini adalah konflik kemanusiaan yang paling buruk dalam sejarah manusia moden. Konflik ini juga dianggap antara salah satu root-cause kepada konflik Islam-Barat yang mengundang ketegangan sehingga membawa kepada keganasan. Sebenarnya, konflik ini mempunyai kaitan langsung dengan sejarah penubuhan Negara Israel di atas tanah rakyat Palestin pada tahun Mac 1948 selepas PBB meluluskan Resolusi 181 pada 1947.

Terkini, Israel sekali lagi menggunakan kekuatan ketenteraannya yang dianggap antara yang paling sophisticated di dalam dunia untuk menghukum penduduk di Semenanjung Gazza. Jumlah korban dalam serangan yang masuk hari yang ke 19 telah mencecah 970 nyawa dan lebih 4300 cedera. Setengah dari jumlah korban dan kalangan yang cedera adalah wanita dan kanak-kanak. Seluruh kawasan Gazza terputus bekalan elektrik dan bekalan air bersih. Manakala bantuan kemanusiaan khususnya yang membawa makanan dan ubat-ubatan dari luar disekat oleh Israel daripada masuk ke kawasan Gazza. Agensi bantuan kemanusiaan antarabangsa mengisytiharkan bahawa tiada kawasan yang selamat di Semenanjung Gazza dan keadaan kemanusiaan di sana berada pada tahap paling buruk!

Sebagai maklumat, Gazza adalah kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang antara paling padat dalam dunia. 75% daripada warga Gazza adalah Pelarian yang mana tanahair mereka telah dikuasai Regim Zionis. Justeru, sekiranya serangan senjata berat ini tidak dihentikan serta merta dan bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk tanpa sebarang sekatan, malapetaka yang sedang berlaku ini akan bertambah parah!

Bagi manusia yang masih mempunyai pertimbangan yang waras, apa yang berlaku di Gazza adalah tindakan yang inhuman dan tidak bertamadun. Seluruh masyarakat dunia mengecam kezaliman yang berlaku. Justeru sebagai Muslim, sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah dalam hadith di atas, marilah kita membantu mereka yang tertindas dengan apa yang termampu.

Antaranya dengan berdoa, menyebarkan maklumat supaya masyarakat memahami isu sebenar dalam konflik Israel-Palestin dan menggunakan kuasa pengguna untuk memboikot produk dan jenama yang menyokong pendudukan Israel ke atas rakyat Palestin serta menghulurkan bantuan kewangan untuk meringankan beban penderitaan yang dialami oleh saudara-saudara kita di Palestin.

YA ALLAH SEGERAKAN PERTOLONGAN DAN KEMENANGAN BUAT HAMBA-HAMBAMU YANG DIZALIMI DAN KAMI SERAHKAN MEREKA YANG ZALIM KEPADA HUKUMANMU YANG MAHA AZAB!

ps: ini adalah entry saduran dari emel yg difwd oleh supplier fwd email aku, Pak Uda aku..Thanx to him...

Comments

  1. semoga naseb mereka terbela.. dan golongan yang kejam ditimpa azab yang maha seksa dari allah SWT..

    ReplyDelete
  2. KNizam
    huhu...

    juelee
    amiin....!

    [S]itie [B]Um [B]Um
    sokong!!!

    ReplyDelete
  3. YA ALLAH SEGERAKAN PERTOLONGAN DAN KEMENANGAN BUAT HAMBA-HAMBAMU YANG DIZALIMI DAN KAMI SERAHKAN MEREKA YANG ZALIM KEPADA HUKUMANMU YANG MAHA AZAB!taqabbalallahu min kum...

    ReplyDelete
  4. meleleh air mata tengok gambar2 kat internet...bayangkan macam manalah situasi kita

    ReplyDelete
  5. Cikgu BH sebelum serangan Laknatullah itu..dah 18 bulan Gaza dikepung oleh Syaitan-Syaitan celaka itu..ditahannya semua bekalan makanan, ubat-ubatan dan bekalan air bersih.....cukup masanya serangan pun dilakukan....masyAllah...mmg. kita kena hulurkan bantuan kepada saudara kita semuslim itu...

    ReplyDelete
  6. berdoalah & bantulah dgn apa cara sekalipun.

    ReplyDelete
  7. tapikan ada jugak org yang tak reti bahasa bila i cakap i boikot semua brg israel... dia ckp ala you boikot pun takde bezala...
    u rasa ada nak lempang tak??? sbb at least kite usaha nak nolong... dia boleh ckp tak blh hidup la tak mkn tu mkn ni
    mungkin dia non muslim tapi kat palestin tuh bukan muslim je, non muslim pun ada.... takde kemanusian langsung

    ReplyDelete
  8. prosperity burger termasuk dlm agenda boikot tu kan :P

    hehehehehehe... klu aku nmpk ko mkn PB tu lagi, ngan ko ko aku boikot... :P

    ReplyDelete
  9. aku tgh berusaha kuat boikot mcd ni =____=
    padahal dulu makan seminggu sekali! huh

    aku sedih tgk naseb diorg.,
    semua hancur.
    duduk kat kem pelarian.
    makan pun tak tentu :(

    hanya doa kita boleh utuskan..

    ReplyDelete
  10. izzah
    amin..

    su
    sedih sebab mereka tertindas tanpa dibela....

    Kujie
    sedih gak kak...

    HABIHA69
    jahanam ISRAEL!
    Celake ko...Allah jatuhkan bala maha dahsyat buat mereka!
    kuIna Jentayutiara

    Yatie SawaNiLa
    erm...btol la tu...
    dorg tak paham konsep kemanusiaan kut...
    sumbangan kecik kalau dibuat dgn massive scale, mmg la byk....
    jgn dianakkan boikot nih....

    ku tak sempurna
    haha...aku janji, aku boikot...serius...

    yOnnA
    ko kene thn sket nafsu mekdi ko tu...
    kene bantu walau sikit okeh, bulih kurgkan sket ape yg terlebih tu kannn?? haha...
    kene boikot...!

    ReplyDelete
  11. Lepas berdoa kita menderma pula, tak banyak sikit pon jadilah

    bayangkan negara jiran islam sendiri menutup pintu masuk negara mereka, kemana mereka nak berselidung,

    ALLAHU AKBAR

    ReplyDelete
  12. Mohon agar Doa Kita semua jadi perisai buat mereka di sana :?

    ReplyDelete
  13. theconfused
    kedukaan mereka, kedukaan kite jugak!

    Rjuna
    tu ar, pdahal dorg ade power...
    tp mate ditutup dek kerana tak sanggup nk belakangkan US..hampeh!

    snm
    InsyaAllah...Allah lindungi mereka..!

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Jangan fikir lama-lama nanti dikebas orang...