Finalè : Trip Sabah. Sweet memories.....remained.

Salam.
Ini adalah entri terakhir berkenaan kembara BH dan Abam ZE di Sabah. Trip 5 hari 4 malam yang menggembirakan bagi aku. Almaklum lah, pengalaman pertama menaiki pesawat udara...(jakun kan?haha...sian...). Dan kami selamat sampai ke Semenanjung ni dengan muatan yang beranak-pinak dek kerana teringatkan sedara-mara di kampung halaman (kampung la sangat!).

Bumi Sabah dari atas udara....
Ternyata bumi Sabah sangat kaya dengan tempat-tempat menarik dan bagus untuk menambah pengalaman. Trip 5 hari 4 malam aku pun tak cukup. Tu baru aku sampai 1/4 dari Sabah...tu pun gigih memandu...hehe. Aku rekomenkan, pada mereka yang bakal ke Sabah rancanglah itinerary perjalanan di sini lebih atau sama macam kami. Buat research tempat yang nak dilawati dan enjoy the trip! Dari ticket flight, kereta sewa atau hotel penginapan.

Masa dalam flight pun aku memang pilih seat tepi sayap. Kekonon nak dapat shot terbaik dari kacamata helang, bersekali dengan shot dengan sayap pesawat. Haha. Ambitious. Masa pergi dan balik flight tu ambik lah ticket siang supaya dapat tengok view di awanan biru. Macam aku cuma balik saja dapat tengok sebab waktu tu siang dan cerah. Sampai ke LCCT baru hujan selebatnya...

Nak lebih enjoy, dalam flight tu orderlah makan. Pre-order online. Memang mahal sikit, tapi berbaloi apa? Satu; sebab memang makanan tu sedap. Dua; kita dapat menikmati hidangan beribu meter di atas awan. Dan ketiga; kita pastinya akan men-jeleous-kan penumpang sebelah, depan dan belakang kita dengan bau hidangan yang menusuk hidung tu...dah la sedap. Hahaha

Nasi Lemak Pak Nasser. Siap ada ayam goreng rempah lagi. Pedas sikit. 
Double thumbs up!

Ada lagi tempat yang kami dah lawati tapi tak dinukilka di sini. Bimbang tak habis baca sampai esok pulak. Takpala, kita biarkan gambar berbicara....

 yang mahal....Durian hutan Ranau. Colour merah, tapi tawar....


View awal pagi dari atas bukit di Resort sunyi lagi (macam) misteri di Kinabalu Pine, Kundasang.

Bila sebut tempat-tempat menarik yang WAJIB SINGGAH di Sabah ni, memang banyak. Dalam antara list yang belum aku singgahi dan kalau kembali aku akan ke sana adalah:
  1. Desa Cattle Farm - tengok lelembu tenusu di ladangan lembu tenusu yang mendamaikan. Ralatnya tak sempat singgah...kalau tak boleh menyusu main dengan lelembu...
  2. Kundasang War Memorial
  3. Fish Spa di Kampung Luanti Baru - tak jauh dari Poring Hot Spring
  4. Menyaksikan sendiri Puncak Kinabalu di Kinabalu Park
  5. Dan melawat tempat menarik "sebelah sana" - area Tawau, Lahad Datu ; ini akan datang. Insha Allah. Laut sebelah sana lagi cantik, sebab sana memang menghadap ke laut lepas....

Berikut adalah kronologi (la sangat!) entry berkaitan kembara aku di Bumi Bawah Bayu; Sabah:

psst: inilah hint untuk contest@BH. Hehe
  1. Trip Sabah Episod I : Pengalaman Pertama
  2. Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood 
  3. Trip Sabah Episod III : Rumah Terbalik 
  4. Trip Sabah Episod IV : Jambatan Tamparuli
  5. Trip Sabah Episod V : Menara Tun Mustapha & Sekitar Kota Kinabalu
  6. Trip Sabah Episod VI : Pasar Malam Kampung Air
  7. Trip Sabah Episod VII : Tip of Borneo - Simpang Tg. Mengayau 
  8. Trip Sabah Episod VIII : Ke Pulau Sapi... 
  9. Trip Sabah Episod IX : Kinabalu Park, Ranau. 
  10. Trip Sabah Episod X : Air Panas Poring + Canopy Walkway 
  11. Trip Sabah Episod XI : Tamu Kota Belud 
  12. Trip Sabah Episod XII : Pasar Philipines. Shopping! 

 Flight balik kami....

Merenung ke luar jendela....

Sayonara Sabah. 
We're gonna miss u....I'll be back, Inshaa Allah....
Setakat ini dulu. Nantikan soalan-soalan untuk Contest@BH. Segala hadiah yang bakal direbut ada di sini:

p/s: Ada ke yang nak masuk Contest ni?

Comments

  1. Selera tengok durian tu.. kecil tapi nampak kesedapannya.. mmg feveret durian tu. Pendek kata mmg tak menolaklah klu ada hehee.. Pengalaman yg sememangnya menarik utk diabadikan sbg kenangan manis. Thanks sharing BH.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sharing info yg pending....setahun yg lepas punya pengalaman ni...
      TQ KK sudi mengomen....

      Delete
  2. saya pon belum pernah naik kapal terbang lagi huhuhu... mst jakun jugak hihi

    ReplyDelete
  3. Yeah.. Ke tawau ke kita lepas ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah...ada dalam perancangan...bila tu tak pasti...hehehe

      Delete
  4. Replies
    1. pelik dan tak sesedap durian kuning yg lembik dan manis pahit tuuu....

      Delete
    2. durian merah tu dia bagi rasa, tapi secubit je....
      tak sedap pun. sib baik lah tak terpengaruh dan tak terbeli...
      harga dia sangat mahal, isi dia mengkal (keras), dan tawar rasanya.....

      Delete
    3. biasalah Zarul...dorang tu fikir untung je..biar dorang jawab di akhirat nanti

      Delete
  5. Replies
    1. sumandak = gadis; dalam bahasa Sabah bah...hehehe

      Delete
    2. GADIS Sabah mmg cantik, kulit putih dan mulus je..so apo laie jang heheeh

      Delete
    3. ooo..patutlah..roomate saya cantik..putih ja..
      sbb mak dia org sabah

      Delete
    4. ahakss..baru tahu ke...waktu sis JM ke sabah beberapa tahun lepas..bukan gadis sabah g cantik..jejaka sabah jugak hensem dan romantik..almost terpikat tp dorang x terpikat pada sis huhuh

      Delete
  6. Jika ada rezeki, memang teringin nak melancong ke Sabah... Negeri indah dibawah bayu :)

    ReplyDelete
  7. saya belum penah sampai lagi
    naik kapal terbang pun belum penah
    tapi seronok tengok penggambaraan orang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe....nnti anak2 dah besar skit boleh g jalan2 naik flight...
      sekali sekurang2nya kne merasa...bkn selalu...

      Delete
  8. semoga selamat pendaratan ke KLIA ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu Etuza..bukan mendarat di KLIA kerana mereka naik pesawat Air Asia so masih mendarat di LCCT kerana penerbangan tahun 2013 masih beroperasi di LCCT...skrg sudah berpindah ke KLIA2...lebih besar

      Delete
  9. Etuza mulanya tak arlet baca laman BH ni..ingat kan guru di Sabah, nampak Sabah ja terbayang lah Etuza anda blogger Sabahan..( alamak malu ni )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe.
      no prob cikgu...
      oke ja bah kalau kau igt aku sabahan...
      boleh bah kalao kauu...haha

      Delete
  10. Wah menarik ni..rasa macam nak jln2 kt Sabah jugak la.

    ReplyDelete
  11. Nazi lemak tu nampak sedapp tull laa..oo durian ranau tu laa org pggil durisn merah tu..sblm ni ada dgr kt sabah jer sda durian merah.

    ReplyDelete
  12. bagi JM "Nasi Lemak Pak Nasser" kurang sedap dari dulu..ke sbb JM dah biasa dan kerap makan..so umpphhh nya dh kureng huhuhhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknyalaa kot...sbb sy bru 1st time makan....
      Agak pedas....tp bau dia wangi jugak. Makan pulak atas flight....tu yg terasa mcm sedap je...

      Delete
    2. eheheeh..ok2..biasalah..yg pertama mmg sedap..bila nasuk yg ke 2,3 dh rasa biasa je x gitteww

      Delete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood